Adsense

Rabu, 19 Januari 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


(Gambar) Zoey Rahman Drama Klik! – Risau Tentang Akaun Facebook Palsu

Posted: 19 Jan 2011 01:50 AM PST

Astro Ceria akan menayangkan sebuah drama komedi yang berjudul Klik! pada setiap hari Ahad, jam 10.30 pagi bermula pada 9 Januari 2011 menerusi saluran 611. Zoey Rahman, memegang watak sebagai Haziq yang berusia 16 tahun dan merupakan abang kepada Aminah. Tidak kamceng dengan Redwan (Ariel Zafril), memegang jawatan sebagai pengawas yang kononnya tegas dan berdisplin namun suka menghukum orang yang tidak digemarinya.

Di sidang media drama Klik!, kami berjaya membuatkan Zoey beraksi comel khas untuk pembaca OHBULAN! Menurut Zoey, dia kini sudah mempunyai sebuah website rasmi ZoeyRahman yang baru dilancarkan pada 2 Januari 2011. Kini, Zoey jarang menggunakan Myspace untuk berinteraksi dengan peminat, sebaliknya lebih mudah menggunakan Facebook & Twitter.

Menurut Zoey lagi, dia risau dengan kemunculan sebuah akaun Facebook palsu yang menyamar sebagai dirinya, iaitu akaun Zoey Fc.

"Saya terkejut kerana akaun tersebut mempunyai gambar-gambar yang saya sendiri tidak ingat daripada mana munculnya. Kadang-kadang, ada peminat yang bertanya khabar, namun dibalas oleh empunya akaun fake ini seperti saya pula yang jawab. Setakat ini, akaun tersebut tidaklah memburukkan apa-apa pasal saya. Cuma saya risau dengan peminat yang percaya bahawa akaun palsu tersebut adalah milik saya," balas Zoey dengan nada gusar.

Enjoice pose comel Zoey Rahman selepas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.