Adsense

Rabu, 19 Januari 2011

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Farish Aziz akan berkahwin bulan febuari ini

Posted: 18 Jan 2011 12:57 PM PST

Pelakon dan pengacara Farish Aziz dengarnya akan berkahwin pada 18 febuari ini dengan gadis yang dicintainya sejak 14 tahun yang lalu.. Gadis bertuah yang bertugas sebagai peguam tu hanya mahu dikenali sebagai Zahrah dan kini menetap di sabah.. Farish sendiri juga tidak menyangka hubungan percintaan mereka sejak di tingkatan satu kekal sehingga kini dan akan diakhiri dengan ikatan perkahwinan..

"Memang sekarang ini kami sibuk dengan persiapan perkahwinan sehinggakan saya terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon buat sementara waktu.

"Alhamdulillahlah segala persiapan dibuat seperti yang dirancang dan kami akan mengadakan majlis resepsi pada 19 Februari depan berkonsepkan dalam taman,"

"Bagaimanapun, selepas kahwin, kami terpaksa tinggal berasingan buat sementara waktu kerana Zahrah masih bekerja di sebuah syarikat guaman di Sabah. Saya harap kami boleh menempuhi segala dugaan dan cabaran dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri,"

MyGosip ucapkan tahniah buat Farish dan bakal isterinya yang sudahpun bertunang pada 26 September 2010 yang lalu.. dan kami harap segala perancangan mereka berdua untuk mendirikan rumah tangga berjalan dengan lancar hendaknya.. Apa-apa pun jom kita layan gambar Farish dan Zahrah, bakal isterinya kat bawah ni…

farish dan bakal isteri zahrah

Farish dan tunangnya Zahrah


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.