Filem Bini-Biniku Gangster Posted: 19 Sep 2011 04:40 PM PDT Artis Malaysia filem | 20 September, 2011 Sinopsis Bini-Biniku Gangster:- Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam. Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam. Tajuk Filem: Bini-Biniku Gangster Pengarah: Ismail bob Hashim Penerbit: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. Dipawagam: 22 September 2011 Pelakon Bini-Biniku Gangster: Shaheizy Sam Yana Samsudin Intan Ladyana Zul Handyblack Trailer Bini-Biniku Gangster:

Tags: Bini-Biniku Gangster, Bini-Biniku Gangster review, Bini-Biniku Gangster sinopsis, Bini-Biniku Gangster trailer, cinema, filem Bini-Biniku Gangster, filem malaysia, film Bini-Biniku Gangster, Intan Ladyana, movie malaysia, review Bini-Biniku Gangster, Shaheizy Sam, sinopsis Bini-Biniku Gangster, trailer Bini-Biniku Gangster, wayang, Yana Samsudin, Zul Handyblack
Keys: bini-biniku gangster, BINI BINI KU GANGSTER POSTERS, bini biniku gangster review, biniku gangster |