Adsense

Sabtu, 4 Ogos 2012

Zon Artis

Zon Artis


(Gambar) Wajah Anak Kedua Dynas, Mohamed Haqaish

Posted: 03 Aug 2012 03:06 AM PDT


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D

Rumah Aznil Dipecah Masuk, Kerugian RM40 Ribu

Posted: 03 Aug 2012 02:23 AM PDT

RUMAH AZNIL NAWAWI DIMASUKI PEROMPAK

Lepas satu, satu rumah selebriti dimasuki perompak dan ianya semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Terbaru, rumah pengacara terkenal, Aznil Nawawi pula menjadi sasaran perompak apabila rumahnya dipecah masuk pada malam Rabu lalu.

Seperti dilaporkan Kosmo, kediaman Aznil di Taman Yarl itu dimasuki perompak kira-kira jam 10 malam. Ketika kejadian, hanya ibunya serta dua orang pembantu rumah berada di rumah berkenaan.

Penjenayah terbabit dipercayai memasuki rumah Aznil dengan cara mengumpil besi jeriji tingkap. Dalam rompakan tersebut, Aznil kerugian dalam lingkungan RM40,000 apabila penjenayah melarikan barang kemas, komputer riba dan beberapa helai pakaian.

Berita baiknya, ibu Aznil serta dua orang pembantu rumahnya tidak diapa-apakan dan Aznil melalui Twitternya memberitahu yang kesemua mereka berada dalam keadaan selamat. Syukur alhamdulillah.

Related Posts with Thumbnails