Berita Harian: Hip |
Posted: 01 Apr 2011 03:44 PM PDT Hip Inspirasi Audrey Hepburn, bibir merah menyala dan celak mata tebal, mungkin menghiasi wajah Siti Nurhaliza untuk malam ABPBH2010 esokSLOGAN rangkaian produk penjagaan kulit dan kosmetik SimplySiti Sdn Bhd milik Datuk Siti Nurhaliza, Rahsiaku Kini Milikmu.... begitu jelas memberi gambaran apa yang ingin dikongsinya. Lebih membanggakan empayar perniagaan yang dilancarkan sejak Mac tahun lalu mula mempunyai pengikutnya sendiri. Tidak perlu lagi mencemburui kecantikan yang dimiliki pemegang rekod selama tujuh kali bagi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ini, kerana anda tahu bagaimana untuk mencari jawapannya. Impian atau angan-angan mahu jadi cantik seperti Siti bukan sesuatu yang mustahil. SimplySiti menawarkan pelbagai kelebihan dengan bantuan teknologi nano yang canggih untuk memberikan lebih banyak manfaat kepada kulit wanita. Teknologi nano yang digunakan adalah partikel bersaiz sangat halus yang didapati dalam semua rangkaian produk yang ditawarkan di bawah label ini.Menariknya tahun ini, SimplySiti turut memberi penajaan kepada penganjuran ABPBH edisi ke-24 yang bakal berlangsung malam esok di Arena Of Stars, Genting Highlands. Bersama Sabtu, kita selami pelbagai rasa yang terbuku di hati tauke kosmetik ini termasuklah agenda perancangan meluaskan skop perniagaannya. "Hajat dan impian Siti untuk membuka pusat sehenti kecantikan yang menawarkan spa dan pelbagai rawatan badan serta kecantikan seperti yang diperkatakan sebelum ini bakal menjadi kenyataan. Tapi bukanlah dalam masa terdekat. Siti sasarkan tiga tahun lagi untuk merealisasikannya. "Sekarang Siti mahu fokus kepada apa yang sudah ada di bawah rangkaian SimplySiti. Akan datang, insya-Allah, Siti akan menawarkan produk penjagaan badan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Selain itu, Siti juga berhasrat mahu tampil dengan wangian sendiri dan eksklusif," ungkap Siti yang sempat mengikuti siri jelajah promosi SimplySiti yang berakhir di Alamanda, Putrajaya, semalam. Sekalipun membuat keputusan nekad dengan menarik diri dalam sebarang pencalonan ABPBH tahun ini, jenama Siti tetap terus bernyawa. Selain memberi penajaan menerusi SimplySiti, Siti masih tetap memberi sokongan menerusi kehadiran di samping membuat persembahan finale ABPBH 2010 dengan persalinan Rizman Ruzaini. Beliau yang sudah menggenggam trofi Penyanyi Wanita Popular selama 13 kali berturut-turut ini turut memuji usaha Berita Harian mengangkat tema Klasik Moden. Siti akan membiarkan wajah mulusnya ditatarias jurusolek kesayangan, Nurul Shukor menggunakan rangkaian kosmetik SimplySiti. "Untuk tema ini, Siti masih memikirkan gaya solekan apa yang perlu dipertimbangkan. Bab pakaian, Siti serahkan kepada Rizman Ruzaini. Tetapi selalunya, tatarias klasik ini selalu mengingatkan Siti kepada Audrey Hepburn dengan solekan bibir merah menyala dan celak mata yang tebal. "Solekan muka itu lebih 'nude' dan aspek mata serta bibir itu antara fokus utama yang perlu ditekankan dalam menepati tema ini. Siti akan menggunakan koleksi gincu dipanggil SimplySiti Glam Red. Ia dilancarkan hujung tahun lalu. "Jika mahu bibir yang merah dan mungil, Glam Red menawarkan lima rona merah yang elegan sekali gus dapat menyerlahkan pesona si pemakai. Glam Red dibahagikan kepada dua pecahan iaitu Destinasi Cinta I dan II (berwarna merah cili) dan Debaran Cinta I, II dan III (merah gelap)," katanya sambil memberitahu koleksi simplySiti Glam Red turut dilengkapi dengan pelembap bibir. Tambah penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu lagi, untuk penumpuan mata, beliau lebih selesa menggunakan Simply Liquid Eye Liner ditambah lagi dengan Simply Luscious Dual Mascara untuk mata lebih menyerlah. Manakala bagi pembayang mata, Siti selesa menggunakan pembayang mata dari Koleksi Gold Edition Simply 4 Eye Color dengan empat warna asas merangkumi pembayang hitam, warna cerah coklat dan warna pembayang mata emas untuk kesan dramatik 'Smokey Eyes'. "Untuk melengkapkan wajah, Siti wajib pakai Simply Eye Brow Pencil (Charcoal Brown). Manakala bagi pembayang mata, Siti selesa menggunakan pembayang mata dari Koleksi Gold Edition Simply 4 Eye Color dengan empat warna asas merangkumi pembayang hitam, warna cerah coklat dan warna pembayang mata emas untuk kesan dramatik 'Smokey Eyes'. "Sebagai tambahan, sebelum langkah untuk bibir dan mata, Siti akan menggunakan bedak asas dan krim dasar solekan dari Simply 5 Cream. Untuk hasil yang lebih menawan, Siti juga boleh menggunakan Simply Perfect 2 Way Cake yakni bedak silikon semula jadi yang mengawal minyak dan mengandungi SPF 30," kata isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu. Cadangan miliki imej moden klasik dengan hasil yang anggun bersama rangkaian kosmetik SimplySiti 1) Gunakan Simply 5 Cream 2) Simply Perfect 2 Way Cake 3) Untuk dapatkan imej moden klasik, solekan muka lebih nude dan simple. Gabungan dua langkah di atas (Simply 5 Cream dan Simply Perfect 2 Way Cake) untuk mendapatkan wajah licin dan berseri (ala porcelain doll). 4) Tumpukan solekan mata sedikit dengan Simply 4 Eye Color Gold Edition, kemudian serlahkan mata dengan Simply Liquid Eye Liner (celak mata lebih gelap dan tebal, sesuai juga untuk membuat celak mata ala Cat's Eyes) kemudian galakkan lagi dengan Simply Luscious Dual Mascara dan akhiri solekan dengan Simply Gorgeous Lip Color Glam Red Collection. 5) Untuk bibir, gincu koleksi Glam Red Collection menawarkan 5 rona merah Simply Gorgeous Lip Color yakni Destinasi Cinta I & II (rona merah cili) dan Debaran Cinta I, II & III (rona merah gelap, maroon). Juga terdapat pelembap bibir Glam Red Collection sebagai pelengkap gaya. INFO |
Posted: 01 Apr 2011 03:41 PM PDT Hip Rossa akui rapat dengan anak orang kenamaan, namun belum terfikir soal kahwinADA rona bahagia yang terpancar pada wajah penyanyi jelita ini. Canda tawa, bahasa tubuh yang ditunjukkannya seakan menterjemahkan bahawa si empunya diri sedang asyik dilambung ombak cinta. Apatah lagi saat diusik pertanyaan apakah benar kekosongan di hatinya sudah terisi, reaksi yang diberikan pemilik nama penuh Sri Rossa Roslaina Handiyani atau lebih akrab disapa Rossa ini sudah cukup untuk membuktikan hatinya yang dulu kosong kini sudah berpenghuni. Dalam malu-malu, Rossa masih mampu menjawab pertanyaan yang dilontar wakil media, walaupun ada di antara soalan yang dikemukakan hanya mampu dijawab dengan hilai tawa dan senyuman. Tidak mahu terus berselindung, Rossa mengaku dia sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang. "Kami masih dalam peringkat mengenal hati budi dan tiada sebarang perancangan untuk melangkah lebih jauh lagi dalam fasa perhubungan kami," ujar penyanyi yang mula memikat hati pendengar di Malaysia menerusi lagu Tegar ini.Walaupun bersikap terbuka, namun seboleh mungkin Rossa tidak mahu kisah hubungannya dengan anak seorang kenamaan bernama Raja Sapta itu terus menjadi topik perbincangan kerana tiada kepastian yang boleh dijanjikan darinya. "Segala-galanya masih terlalu awal untuk saya jelaskan mengenai hubungan ini. Cuma saya tak nafikan, buat masa ini, dia lelaki paling rapat dalam hidup saya. Saya ulangi lagi sekali, buat masa ini... Kerana saya sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Namun, mengenalinya, tidak dinafikan dia mempunyai ciri-ciri lelaki idaman saya seperti pintar dan amat memahami diri ini. "Dia bukanlah peminat setia saya, cuma dia menggemari lagu nyanyian saya. Tapi kalau nak tahu lebih lanjut mengenai dia, google saja!" kata Rossa sambil disambut gelak tawa sekumpulan wartawan yang diundang menjayakan sesi fotografi bersama penyanyi kecil molek itu di The Coronade Hotel, Kuala Lumpur, petang Selasa lalu. Beralih kepada kisah bekas suaminya, pemain dram kumpulan Padi, Surendro Prasetyo atau Yoyo, yang ditahan gara-gara terbabit dengan penyalahgunaan dadah, berkali-kali Rossa menyatakan perasaan simpatinya terhadap lelaki yang juga bapa kepada anak lelakinya, Rizki Langit Ramadan, yang berusia empat tahun itu. "Sewaktu mendapat tahu mengenai berita penangkapan itu menerusi Blackberry dan juga laman Twitter, saya memang terkejut kerana sehari sebelum itu, dia datang ke rumah untuk bertemu dengan Rizki. Tak sangka boleh jadi begitu. "Walaupun saya tahu yang dia terbabit dalam penyalahgunaan dadah, tapi saya tak pernah melihat dengan mata kepala sendiri. Begitupun, bagi saya dia tetap suami yang baik meskipun terbabit dalam gejala tidak sihat seperti itu," terangnya. Ditanya apakah pembabitan Yoyo dengan dadah menjadi punca perceraian mereka, seperti juga reaksinya sebelum ini, Rossa tetap mengunci mulut dan menyifatkan perkara itu sebagai rahsia peribadi mereka berdua. "Apakah puncanya, biarlah kami berdua saja yang tahu. Apa yang pasti, keputusan ini ialah jalan penyelesaian terbaik buat kami," ujar Rossa yang kini bergelar kontraktor berjaya di Jakarta. Showcase istimewa Jun nanti KETIKA ini lagu Ku Menunggu yang juga single keduanya hangat diputarkan di corong radio di sini. Namun bagi sesiapa yang menghayati melodinya, pasti akan perasan lagu berkenaan pernah dinyanyikan oleh Ella dan juga Shah sebelum ini. Bagaimanapun tajuk dan liriknya amat berbeza. Apabila perkara ini berlaku, timbullah pertanyaan siapa ciplak siapa? Mengulas perkara itu, Rossa mengaku dia tidak tahu langsung lagu terbabit pernah dinyanyikan penyanyi Malaysia sebelum ini. "Apabila komposernya, Mery, menyerahkan lagu itu kepada saya, saya akui tertarik dengan melodi dan juga liriknya. Lantas saya muatkan dalam album ini. Bagaimanapun, persoalan siapa ciplak siapa, itu bukan urusan saya. Saya hanya menyanyikan saja," terangnya. Selepas mengadakan konsert Melodi Cinta Rossa tahun lalu di Stadium Putra, Bukit Jalil, Rossa juga sedang merancang untuk mengadakan sebuah lagi persembahan khusus untuk peminat yang tidak pernah puas menyaksikannya beraksi. "Pada 9 dan 10 Jun nanti saya akan mengadakan showcase di Tropicana Glof Resort. Diharap semua peminat dapat bersama-sama berhibur dalam persembahan itu nanti," katanya dalam nada teruja. Tajaan lokasi: The Coronade Hotel, Kuala Lumpur Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |