Sensasi |
- Pelawak Veteran cabul pelajar perempuan lebih 3 kali
- Video: Maharaja Lawak minggu pertama ,siapa lawak,siapa tak lawak
- Society of Sistas…Moment membesar dengan rakan karib bersama LipIce
Pelawak Veteran cabul pelajar perempuan lebih 3 kali Posted: 02 Apr 2011 07:14 AM PDT Tapi Pihak polis belum mengumumkan nama si pencabul sebab dia kini diburu Polis,kira hilang la.. Nampaknya industri hiburan kita akan gempar lagi bila dapat tahu siapa gerangan pelawak veteran itu. kalau sensasi jadi pelajar tue..awal-awal kena,sensasi dah mengamuk mcm org gila sambil tendang2 anu dia..huhu.. Baca Berita sepenuhnya: Seorang pelawak berusia 63 tahun yang popular sejak era 70-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa dicabul lebih tiga kali lelaki itu. Lebih keji, pelawak otai yang lebih memberi tumpuan dalam bidang pengarahan itu dikatakan menyogok sejumlah wang kepada pelajar berusia 13 tahun itu dengan harapan mangsa patuh kepada arahan, selain tidak membongkar kejadian itu kepada ahli keluarga serta orang ramai termasuk ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya. Difahamkan, pelajar malang itu dicabul lebih tiga kali sejak Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu, di dua kediaman berasingan milik ibu saudara mangsa di Kepong dan Klang, selain beberapa kali di luar kediaman berkenaan apabila mereka bertemu. Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kira-kira jam 10 pagi semalam. Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 11 malam Disember tahun lalu di sebuah rumah di kondominium di Kepong apabila mangsa dicabul di kediaman ibu saudaranya itu. Beliau berkata, ketika kejadian suspek berkunjung ke rumah berkenaan kononnya melawat ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya. "Bagaimanapun, selepas berbual lebih 30 minit, ibu saudara mangsa mendakwa letih dan mahu tidur sebelum mengarahkan suspek berehat dalam bilik tetamu jika tidak mahu pulang. "Suspek bersetuju sebelum masuk ke bilik berkenaan. Lima minit kemudian suspek keluar semula sebelum memanggil mangsa masuk ke dalam bilik berkenaan dan meminta mangsa mengurut badannya," katanya. Mangsa pada mulanya menolak, namun bersetuju berbuat demikian selepas dipujuk suspek. "Sebaik masuk ke dalam bilik itu, suspek dikatakan mencium mulut dan pipi mangsa serta memegang bahagian sulit mangsa. "Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa berlari keluar dari bilik. Bimbang mangsa mengadu kepada ibu saudaranya, suspek memohon maaf, selain berjanji tidak akan mengulanginya. "Termakan pujukan suspek, mangsa bersetuju merahsiakan perbuatan itu. Malah, suspek dikatakan menyogok RM100 kepada mangsa sebelum berpura-pura insaf dengan keterlanjurannya itu," katanya. Sumber berkata, kejadian terbaru berlaku pertengahan Mac lalu kira-kira jam 5.30 petang di sebuah lagi rumah ibu saudara mangsa di Klang. "Kejadian berlaku dalam tandas di rumah berkenaan apabila suspek meluru masuk sebelum mencabul mangsa yang ketika itu ingin membuang air. Kali ini, bertindak lebih ganas ketika memegang bahagian sulit dan payudara mangsa," katanya. Difahamkan, suspek sekali lagi memberikan wang RM100 kepada mangsa untuk menutup mulut. Biarpun mangsa enggan menerima wang berkenaan, suspek dikatakan meletakkan wang itu di atas meja sebelum meninggalkan rumah berkenaan. Sumber berkata, disebabkan mangsa masih mendiamkan diri selepas insiden itu, dia dikatakan dicabul lagi suspek setiap kali bertemu ataupun apabila suspek berkunjung ke kediaman ibu saudaranya itu. Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa memberitahu ibu saudaranya sebelum mereka tampil membuat laporan di balai polis. Katanya, sehingga kini, suspek masih belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.-=\ |
Video: Maharaja Lawak minggu pertama ,siapa lawak,siapa tak lawak Posted: 02 Apr 2011 06:44 AM PDT Maharaja Lawak ,sebuah program baru di Astro yang menampilkan juara,naib juara dan tempat ketiga dalam rancangan Raja lawak sebagai peserta.. Jadi pelawak kesukaan ramai yang dah kira biasa melawak dlm TV dan belakon filem pun join ,Johan,Zizan,Nabil dan ramai lagi..jadi semua berpendapat mesti Maharaja Lawak nie bikin riuh satu studio dengan gelak tawa dari pelawak2 hebat. Yang pasti ramai yang memang high expectation kat Jozan,sebab derang memang kelakar kan..dan gandingan serasi lah katakan.. Tapi bila tengok maharaja lawak minggu pertama memang agak menghampakan sebab Jozan tak berapa nak lawak..mcm syok sendiri nak cerita kehebatan jadi artis...Jozan dikatakan juri over-confident... Lawak-lawak peserta lain ada yang kelakar,ada yang kureng.. Yang berjaya menghiburkan org ramai antaranya Nabil.nampak persediaan rapi nabil.dan yang pasti Nabil nie memang lancar bercakap,tak pelupa,jadi bila buat lawak ,menjadi la..kelakar sgt...cuma masa pendek sgt..sensasi nak gak tau nape dia dilempang..hehe Masa musim raja lawak yang lepas,sensasi suka dengan kumpulan Balas...dlm Maharaja Lawak,kumpulan Balas pun best jugak.. Tajuk lawak mereka minggu pertama nie:Hantu Mak cik Karipap..mungkin dpt idea sebab juri (mamat Khalid) kan pengarah Filem hantu komedi ,Hantu Kak Limah Balik Rumah ... yang paling kesian dengan Amir,eh Amir dulu dapat nombor berapa ek dalam Raja Lawak?kenapa dier boleh masuk Maharaja Lawak?? Amir agak kurang petah,mungkin sebab loghat kelate nya pekat susah nak buang.. dan lawak Amir lah yang paling kurang meneyrlah dalam Maharaja Lawak nie..aduh..kesian Sensasi tengok.. Walaubagaimanapun,tiada penyingkiran utk minggu pertama. |
Society of Sistas…Moment membesar dengan rakan karib bersama LipIce Posted: 02 Apr 2011 04:35 AM PDT Bercakap tentang Lipice memang banyak kenangan manis yang saya pernah lalui dengan Lipice sehingga kini,terumata sekali semasa tempoh membesar sebagai seorang remaja…Maklumlah,menjadi remaja bukannya semudah yang disangka,waktu remajalah yang paling konflik untuk menentukan siapa diri kita yang sebenarnya.Adakah kita seorang yang rendah diri,atau sentiasa mempunyai semangat dan keyakinan diri. Sebelum nie tentu korang semua dah tahu kisah saya di zaman persekolahan,ala masa mula-mula nak cuba bermekap…Ketika remaja jugaklah saya jatuh hati kepada seseorang dan adanya lipice,membantu meningkatkan keyakinan diri saya… Bahkan sampai skrg saya masih lagi bersama si dia…. tak perlu tergesa-gesa untuk jadi dewasa,dengan lipice,ia membantu saya berasa lebih berkeyakinan dan berpenampilan menarik :P Saya ada seorang adik perempuan yang kini menginjak remaja.Cepat betul masa berlalu,dulu dia cumalah seorang kanak-kanak Ribena yang riang gembira tanpa apa-apa masalah.Kami memang rapat,dia selalu akan masuk bilik saya dan kami akan bersembang dan bergurau senda bersama-sama. Kalau dia ada apa-apa masalah dia pasti akan cerita pada saya,maklumlah adik bongsu..memang manja sikit.mcm-mcm cerita dan rahsia yang kami kongsi bersama.kadang-kadang waktu saya tengah berwebcam dengan "si dia",adik saya akan sibuk nak join kami bersembang… Kebelakangan nie saya tengok dia berkelakuan pelik.suka sangat nak pakai pakaian saya,mintak nak beli kasut tumit tinggi 5 inci sampai mak pun terkejut tengok taste dia..punyalah nak bergaya sakan kalah mak datin.kadang-kadang penampilan yang diingininya Nampak sangat "tua"..dia juga suka nak pakai lipstick mak,kononnya nak nampak cantik bergaya.Tapi mak bising,suruh dia behave,jangan nak mengada. Adik mula buat perangai,kadang-kadang nak ajak keluar pun susah,kalau ada aktiiti petang,sukan atau unit beruniform,dia suka sangat ponteng.adik berubah jadi seorang yang kurang aktif.mungkin dia malu kelihatan pucat dan lesu dan kurang keyakinan diri. Malam itu mcm biasa kami bersembang,saya pun menasihati adik saya,"Adik,adik masih remaja lagi,tak payah la nak jadi mcm org tua,nak pakai mekap,nak pakai kasut tumit tinggi semua.Semua orang teringin nak jadi remaja tau,jadi jangan sia-siakan masa remaja adik skrg.enjoy your youth while you can.." Tapi kata adik,dia rasaa tak cantik,dia nak bibir yang sihat,cantik dan berseri .Dia Tanya apa yang saya gunakan untuk bibir?Saya pun kongsikan keluaarkan sesuatu dari handbag dan beri kepada adik."Nah ,cuba pakai nie,LipIce,bagus tau untuk bibir,nanti kalau adik pakai nie,bibir akan Nampak lembut,sehat,dan cantik,cubalah.."..Adik saya pun cuba pakai,dan dia sangat suka dengan bau strawberry yang wangi. Semenjak itu,adik saya selalu nak pinjam LipIce saya.saya pun belikan satu untuk dia,dia makin ceria dan berkeyakinan.Dia tak perlu lagi nak curi-curi pakai lipstick mak sebab dengan lipice,menyerlahkan kecantikan semulajadi dan keremajaan adik. Dengan LipIce hubunagn saya dengan adik bertambah rapat.Saya rasa seronok menjadi sebahagian drpd waktu membesar adik,dan membantunya meningkatkan keyakinan diri. Inilah yang dinamakan Sisterhood,always Share your moment with LipIce. Oh ya,siapa yang belum like page Facebook LipIce??Ada yang menarik menanti anda skrg nie wahai gadis gadis sekalian…Nak tahu apa?? http://www.facebook.com/MyLIPICE LipIce Facebook sekarang ada applikasi menarik yang membolehkan anda bersama "your sister" tak kira la adik anda ,kakak,mahupun kawan baik anda mendapat satu LipIce setiap seorang.LipIce akan menghantarkan satu kad,bersama LipIce kepada rakan baik anda dan jugak anda. Mudah je,Cuma perlu like Faceook Lipice Malaysia,kemudian,masuk ke applikassi SOS . Langkah 1: Hias upload gambar,kemudian hias kan ruangan anda bersama rakan baik anda Kedua: Tulis saat manis anda dengan lipice ketika anda bersama rakan baik anda Ketiga: Hantar kepada rakan anda tadi Ke-4: Tulis butiran anda supaya LipIce dpt dihantar erus ke alamat anda. Kelima: Rakan anda akan disuruh menulis butiran supaya dia menerima satu Lipice.dan dia juga boleh menulis pesanan untuk dihantar bersama… Tadaaa~siap dah,setiap sorang bakal menerima satu LipIce setiap sorang…seronok kan dpt LipIce percuma…mudah sangat. Nak tengok bagaimana bungkusan yang bakal anda terima?? Macam nie la menarik kan..lepas tue boleh gunting,ipat ikut garisan,dan boleh buat hiasan kat Meja dengan gambar anda bersama Rakan baik anda… Aplikasi Facebook SOS ( Society of Sistas) hanya akan berlangsung sebulan bermula 24March sampai 24 April…Jadi kalau anda nak berpeluang menyertai,Like Facebook Lipice skrg ok… http://www.facebook.com/MyLIPICE |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |