Adsense

Sabtu, 2 April 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Live Update : Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Posted: 02 Apr 2011 09:23 PM PDT

Kami sibuk packing barang-barang seperti kamera, lensa kamera, Mac Book, charger & Celcom Broadband 3G untuk membuat live update sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang akan berlangsung malam ini di Arena Of Star, Genting Highland.

Ikuti pula Twitter Ohbulan bersama 7388 followers yang lain untuk spyshot yang lebih menarik, pasti tidak ada di mana-mana. Manakala, anda boleh mendapatkan arkib artikel ABPBH 2010 di bahagian sidebar kiri, atau lebih mudah klik Koleksi Artikel ABPBH 2010.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amy Search, Dilantik Sebagai Pengetua AF9.

Posted: 02 Apr 2011 08:48 PM PDT

Bukan satu kejutan pun, nama Amy Search memang dalam jangkaan kami. Kiranya, kami memang tabik spiring terhadap 'orang dalam' kami yang membocorkan rahsia ini. Terlebih dahulu, kami mengucapkan tahniah buat Amy Search yang telah diberikan kepercayaan oleh pihak Astro untuk menerajui Akademi Fantasia 9. Paling istimewa, AF9 merupakan musim terakhir yang akan diterbitkan.

Ada juga kami menerima cadangan pihak tertentu untuk membuat konsert All Star Akademi Fantasia. Konsepnya sama seperti Maharaja Lawak. Imbas kembali, sejak musim pertama AF, sudah 8 orang ditabalkan sebagai juara. Bermula daripada Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz & Shahir. Untuk musim terakhir pula, berdasarkan pemerhatian kami di konsert tirai, masih belum ada yang kami berkenan di hati. Tidak mengapa, bagi chance dulu.

Mengenai ura-ura Ahmad Dhani sebagai pengetua pula, ada yang agak kecewa apabila selebriti besar Indonesia itu tidak menerima restu daripada majoriti rakyat Malaysia. Kata mereka, kalau Ahmad Dhani masuk, at least boleh guna backdoor untuk membolosi pasaran Indonesia.

Itu kata mereka, masing-masing ada pendapat sendiri. Kami pula tidak kisah, mana-mana selebriti pun okay, janji pengalaman yang dibawa oleh selebriti itu memang champion.

Sekali lagi, kami ucapkan tahniah buat Amy Search. And please, no more feewit kay?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.