Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Gambar & Ulasan Konsert Tirai Akademi Fantasia 9 Posted: 02 Apr 2011 09:11 PM PDT Sekarang Budiey berada dalam bas Sinarmas untuk naik ke Genting, Malam ini Anugerah Bintang Popular akan berlangsung. Dan ada 2 event untuk media diadakan sebelum anugerah ini berlangsung. Jadi, terpaksa naik awal dan dijangka sampai dalam jam 1 tengahari. Semalam telah berlangsung Konsert Tirai Akademi Fantasia 9. Seramai 12 orang pelajar AF9, Aida, Laika, Nera, Miza, Eka, Lena, Amir, Afif, Raqib, Kay, Erul dan Azri telah menunjukkan vokal dan persembahan masing-masing. Macam-macam perangai dan karakter ada pada pelajar kali ini. Yang kelakar ada, yang lurus bendul pun ada. Ulasan Konsert Tirai AF9 pastinya akan ditulis oleh blogger-blogger yang terkenal di Malaysia. Apa pendapat korang dengan Konsert Tirai AF9 semalam? Okay tak? Hafiz Shahir Zahid Ada yang kata, Erul ni cakap aje minat KPOP, Sebut Annyonghaseyo Pun Tak Betul? Mmm… Budiey tak pasti, sebab Budiey tak tahu cakap bahasa Korea ni. Tapi performance Erul gempak apa semalam. I like! Vokal pun lantang dan tepat. Good luck Erul. Tags: Anugerah Bintang Popular, Afif, Aida, Amir, Azri, Eka, Erul, Kay, Laika, Lena, Miza, Nera, Raqib, ulasan konsert tirai af9Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Gambar Shaheizy Sam di Anugerah Bintang Popular 2010 Posted: 02 Apr 2011 08:30 PM PDT Gambar Shaheizy Sam di Anugerah Bintang Popular 2010. Hadir di sesi merasmikan & acara testing baju untuk ABP tajaan Lord's Tailor pada hari Jumaat lalu, Shaheizy Sam begitu ceria mendapat baju baru. Maklumlah dapat free, siapa tak nak. Lepas pakai boleh simpan kat rumah. Terima kasih banyak untuk Lord's Tailor. Kali ini, seramai 11 orang selebriti telah ditaja oleh pereka fesyen terkenal, dan Budiey rasa semua rekaan sangat sesuai dan menepati tema, Modern Classic. Pemilihan fabrik yang agak gelap dan kelabu dengan garis lurus selari. Kalau ABP tahun lepas, ramai yang pakai baju petak-petak dan berwarna-warni. Tapi kali ini nampaknya, tiada lagi fesyen caca marba. Semua nampak macam pelakon Hollywood zaman dulu. Budiey sempat borak-borak santai dengan Shaheizy Sam. Secara tak langsung, Sam menganggap ABP tahun ini satu percutian baginya. Kerana keesokannya, Sam akan terbang ke Korea untuk pengambaran filem Aku Ada, Kau Ada? Video Temubual Budiey Bersama Shaheizy Sam Sempena ABPBH2010 Kalaulah Shaheizy Sam ni hidup di zaman-zaman 60an dulu mungkin beginilah stailnya. Dengan topi ala Charlie Chaplin dan pakaian klasik. Ini sebagai teaser untuk korang, Shaheizy Sam akan menggayakan pakaian ini tajaan Lord's Tailor di ABP. Lebih kurang macam ni lah nanti Sam akan berjalan di karpet biru di puncak Genting pada malam ini. Tags: 60an, abp, Anugerah Bintang Popular, borak borak, Budiey, ceria, charlie chaplin, Fesyen, Filem, garis lurus, hadir, macam, marba, pakaian, percutian, petak, sangat, santai, siapa, terima kasih Tags: Anugerah Bintang Popular, Shaheizy SamClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |