Adsense

Khamis, 23 Disember 2010

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


EU minta ‘ujian porno’ Republik Czech dihentikan

Posted: 22 Dec 2010 12:00 PM PST

du 03.1 EU minta ujian porno Republik Czech dihentikan

FILEM porno digunakan untuk menguji orientasi seks lelaki gay yang ingin mendapatkan suaka bagi golongan itu di Republik Czech.

PRAGUE – Kesatuan Eropah (EU) menggesa Republik Czech agar menghentikan 'ujian porno' yang dikenakan kepada pencari suaka gay yang bertujuan memastikan bahawa mereka adalah lelaki gay sebenar.

Ujian itu memerlukan mereka menonton filem lucah yang terdiri daripada filem porno biasa (melibatkan lelaki dan perempuan) serta filem porno gay untuk dinilai tahap rangsangannya. Alat pengesan akan disambungkan kepada alat sulit untuk menguji sama ada mereka terangsang atau sebaliknya.

Jika pemohon terangsang apabila menonton pasangan lelaki dan wanita melakukan hubungan seks, permohonan suaka akan ditolak secara automatik. Suaka tersebut dipohon oleh golongan gay kerana beranggapan mereka berada dalam bahaya di negara asal masing-masing.

Jurucakap Menteri Dalam Negeri Republik Czech, Pavel Novak menyatakan ujian itu hanya dijalankan ke atas pemohon dari negara seperti Iran yang golongan gay boleh didakwa. Ujian tersebut dilihat penting bagi memastikan orientasi seks pemohon. EU pula menyifatkannya sebagai melanggar hak asasi manusia.

Dalam satu laporan mengenai kesaksamaan homoseksual, Agensi bagi Hak-hak Asasi menegaskan bahawa ketepatan keputusan ujian tersebut adalah diragui.

Biarpun begitu, Kementerian Dalam Negeri Republik Czech mendakwa, ujian itu hanya melibatkan kurang daripada sepuluh kes dan ia dihadiri oleh pakar perubatan. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.