Adsense

Khamis, 13 September 2012

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Advertorial: World of Movies Dibawakan Oleh Astro

Posted: 12 Sep 2012 08:21 PM PDT

Saksikan koleksi filem terbaru menerusi Astro First dan Astro Best bersama pustaka filem yang menarik melalui Astro B.yond VOD.

Helakan nafas dan duduk bersandarlah pada sofa empuk anda di rumah. Lalu bertanya pada hati anda: "Apakah filem yang mahu ditonton hari ini?

Usah gusar kerana jawapan itu ada pada Astro Best dan Astro B.yond VOD yang kini boleh dinikmati pada hujung jari anda.

Cukup membanggakan kerana Astro kini melancarkan Astro Best yang menawarkan 3.1 million pelanggannya untuk menikmati filem-filem Hollywood dan Asia menerusi satelit DTH (Direct-To-Home) dan platform IPTV (Internet Protocol Television).


Dengan Astro Best, anda mampu menonton judul-judul filem Hollywood dan Asia seawal 3 bulan selepas ia ditayangkan di pawagam dalam bentuk Definisi Tinggi (HD) yang berkualiti di rumah.


Sebagai contoh, anda boleh menyaksikan filem seperti The Avengers, The Hunger Games dan filem hit Korea yang menaikkan nama bintang-bintang K-Pop, I AM: SM Town Live Tour in Madison Square di saluran Astro 481, pada harga RM10 untuk setiap filem, bagi tempoh 48 jam selepas tempahan dibuat.

Judul akan datang bagi Astro Best termasuklah What to Expect When You're Expecting dan The Cabin in The Woods.

Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata, Astro Best dilancarkan selepas kejayaan Astro First yang mencetuskan fenomena baru di Malaysia.

Pelanggan boleh membeli filem Astro Best melalui SMS di Astro Channel 481 pada harga RM10 untuk setiap filem dalam tempoh 48 jam selepas menempah.

Untuk pakej ini, Astro bekerjasama dengan studio filem antarabangsa seperti Walt Disney Company, Lionsgate, Sundance Channel, Animax, Fortune Star, CJ Media dan Unitel Classica agar peminat di Malaysia boleh mendapatkan akses yang hebat kepada pustaka filem-filem Hollywood dan Asia.

Amit Malhotra, Pengurus Besar Jualan & Pengedaran Media bagi The Walt Disney Company (Asia Tenggara) pula berkata: "Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Astro dengan menawarkan karya Disney, Pixar dan Marvel terus kepada penonton di rumah yang berada di Malaysia."

Ujar Wendy Reeds, Timbalan Presiden Eksekutif Kandungan Jualan & Pengedaran Celestial Tiger Entertainment (CTE) pula pihaknya sangat berbangga dapat bergabung dengan Astro untuk melancarkan The Hunger Games, filem blockbuster pertama dalam bentuk francais dan filem akan datang, Cabin in The Woods serta What to Expect When You're Expecting.

"Astro adalah rakan kongsi kami yang penting dan kami yakin kerjasama ini akan mencipta satu jalinan baru ke arah hiburan komersial yang menarik termasuk yang ditawarkan oleh Lionsgate."

Mengulas mengenai pembabitan SPT Networks, Ricky Ow, Timbalan Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar Sony Pictures Television Asia berkata, kerjasama stratregik dengan Astro memberi peluang kepada pihaknya memperkenalkan Animax video kepada peminat di Malaysia.

"Ini memberi peluang kepada peminat untuk menonton anime terbaru dari Jepun mahupun seleksi siri anime yang popular dari studio-studio animasi ternama. Ia lengkap dengan sarikata bahasa Malaysia," katanya.

Tidak ketinggalan gembira menjalinkan usahasama dengan Astro adalah Bruce Tuchman, Presiden AMC/Sundance Channel Global.

"Kami di Sundance Channel, berbangga dapat menjalinkan kerjasama dengan Astro. Dengan ini penonton Astro akan dapat menonton karya berkualiti daripada pembikin filem bebas yang mana filem-filem mereka ada yang masih lagi ditayangkan di pawagam di Amerika Syarikat.

Antara judul filem terbaru yang ditawarkan kepada Astro B.yond VOD adalah seperti 50/50, Man On A Ledge, Abduction, Here, Teddy Bear dan karya dari Asia dan Bollywood termasuk Nightmare, Ghost On Air, Ashoka, Chalte Chalte, Penny Pinchers dan pelbagai lagi.

Judul bagi Catch Up TV termasuklah Oh My English, drama Korea dan China seperti City Hunter, Palace II dan The Other Truth, tidak ketinggalan karya Disney seperti Phineas and Ferb serta Upin & Ipin dan banyak lagi setiap hari.

Di samping itu, kandungan VOD terpilih juga disediakan secara online dan mobile melalui perkhidmatan Astro On-The-Go untuk semua pelanggan.

Untuk informasi lanjut mengenai Astro Best dan Astro B.yond VOD, sila layari https://www.facebook.com/Astroworldofmovies.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/12


Optimis dengan kritikan

Posted: 12 Sep 2012 07:19 AM PDT

HADIRNYA bukan sehari dua. Kelibat senyuman manis dengan lirikan mata galak, menterjemah jiwa dan semangat si empunya wajah eksotik ini. Sesekali tampak bicaranya lantang kerana sudah lama dirinya menanti untuk saat ini.

Mana tidaknya, sekian lama mempamerkan bakat yang luar biasa dalam menghidupkan setiap watak yang dipikul lengkap pengiktirafan yang diterima, ia bukan jaminan untuk wajahnya terus dibawa ke depan. Sebaliknya masih ramai yang belum perasan.

Namun tuah manusia tiada siapa yang mampu meneka, watak Ain Hawani menerusi drama rantaian 80 episod, Adam & Hawa yang kini sedang mencetus fenomena setiap malam di Astro Mustika HD, wajahnya tidak henti menjadi perhatian.

Jelas Nadiyatul Nisaa Kamaruddin membuka cerita, inilah yang dikatakan rezeki.


"Ruang ke depan memang tiada untuk saya selama ini walaupun sudah beberapa kali diberikan kepercayaan produksi besar dan filem hebat. Namun itu bukanlah alasan untuk rasa kecewa, jauh sekali putus asa kerana keutamaan saya adalah melakukan seni lakon dengan ikhlas dan jujur tanpa mengharapkan publisiti melimpah ruah.


"Bagaimanapun bohong jika tidak terdetik dalam hati, cuma saya biarkan ia sekadar cabaran yang akhirnya mengundang semangat untuk terus bekerja keras.
Prinsip saya sejak kali pertama menjejakkan kaki dalam industri ini adalah percaya, yakin akan rezeki. Insya-Allah jika ia sudah tersurat, takdir itu tidak akan lari ke mana.

"Alhamdulillah dan rasa penuh syukur, kerja keras, kesungguhan dan doa itu akhirnya terjawab," katanya mengukir senyum.

Membintangi filem yang dilabelkan kontroversi, Dukun yang hingga kini terperap di dalam arkib, kemudiannya tampil memegang watak utama dalam filem yang menang di anugerah antarabangsa, Karaoke, wajah anak seni berusia 27 tahun ini masih gagal menyelinap ke depan.

Perlahan-lahan, wajahnya diterima membintangi drama televisyen termasuk Dengan Nama Cinta, Hanya Aku, Donut, Cinta 5 Bintang dan Impian Sunsilk 2. Nasibnya masih sama, kelibatnya ada namun pesona popular itu tercicir entah ke mana.

Muncul pula sutradara terkenal, Osman Ali memberinya watak Manis menerusi filem Cun!, ia bagai titik permulaan buatnya hingga trofi Aktres Pembantu Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 tahun lalu dan Anugerah Skrin 2011 selesa di dalam genggamannya.

Ironinya, ia berlalu pergi tanpa siapa sedar hingga membuatkan anak kelahiran Kuala Lumpur ini terfikir, mana lagi silapnya, apa lagi longgarnya.

Ombak Rindu menjadi taruhan sekali lagi. Walaupun filem ini mencetus fenomena hingga tersenarai kutipan tertinggi ketika itu, Nadiya masih tertinggal jauh ke belakang sebelum Jiwa Taiko muncul menjadi pengganti dan sekali lagi memperlihatkan namanya seakan tempelan.

Celahnya berseloroh menyifatkan senario itu kebiasaan hingga tidak terkesan buatnya secara peribadi: "Mungkin saya tiada kontroversi dan tidak cantik seperti pelakon wanita lain membuatkan peminat dan penonton tidak sedar akan nama dan wajah saya."

Tambahnya bersemangat, penonton lebih ingat akan watak yang dilakonkan.

"Masih ramai memanggil saya Manis. Ada kalanya mereka tidak tahu nama sebenar saya. Itulah hakikat namun tidak sekelumit terasa hati," katanya.

Benar percaturan dan firasatnya. Nama graduan Ijazah Sarjana Muda Penyiaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini tiba-tiba kecoh diperkata.

"Alhamdulillah jika betul apa yang diperkatakan, popular dan publisiti datang berhimpit, saya bersyukur dengan rezeki ini. Drama Adam & Hawa akan saya catatkan menjadi anjakan positif dalam profil seni saya. Masanya sudah tiba dan kini tanggungjawab dan komitmen saya untuk menghargai setiap peluang dan ruang ini.

"Sejak awal menerima skrip daripada penerbit Global Station Sdn Bhd untuk melakonkan watak Ain, saya sudah tertarik dengan plot cerita dan wataknya. Ia adalah naskhah yang diadaptasi dari novel yang penuh emosi dan menceritakan setiap inci perasaan Ain. Saya mudah faham dan mampu menyerapkan rasa itu ke dalam jiwa, katanya."

Apabila Nadiya diberitahu akan digandingkan dengan Aaron Aziz, dia akui tidak berdepan dengan sebarang masalah atau tekanan.

"Kelakarnya, cabaran pertama adalah berdepan cemuhan banyak pihak terutamanya peminat yang mempertikai peluang saya sebagai Ain di samping Aaron. Saya terima dengan hati terbuka dan memandang kritikan itu daripada perspektif optimis dengan harapan, mereka akan mengubah persepsi itu sebaik yakin dengan lakonan yang diberi.

"Mujur, seminggu selepas itu, akhirnya saya diterima sebagai Ain. Mulalah mereka menerima dan kini sudah percaya dengan kemampuan saya tanpa mengukur lagi populariti saya," katanya yang mengakui Aaron adalah pelakon berkaliber dan punya keserasian dengannya.

Mengakui Adam & Hawa memberikan sebuah pengalaman terindah kerana berpeluang mendekati watak yang kuat selain bergandingan dengan ramai pelakon popular lain, anak kedua daripada lima beradik ini sempat berkongsi cabaran dan kisah di sebalik lakonannya sepanjang meletakkan sepenuh fokus kepada penggambaran sejak Februari hingga Julai lalu.

Lebih lima bulan mendalami plot Adam & Hawa, ia juga menterjemah pengorbanan luar biasanya terhadap kehidupan peribadi. Mana tidaknya, si pemilik sifat rendah diri dan gemar berjenaka ini bukanlah anak gadis lagi.

Usah tertipu dengan penampilan, susuk tubuh kecilnya dan personaliti bersahaja yang ada padanya kerana Nadiya sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

Berkahwin dengan seorang pelukis, Saiful Razman, 32 tahun pada Julai 2010, perkahwinan bahagianya kian bersinar dengan kehadiran Omar, 28 September tahun lalu.

Lantas, jadual penggambaran dari pagi hingga ke malam setiap hari sepanjang lima bulan bukanlah satu kisah mudah.

"Mujur suami memahami dan tidak pernah sekali hilang yakin pada saya. Dia adalah inspirasi yang sering kali memberikan semangat dan paling penting, suami faham akan tanggungjawab saya sebagai pelakon. Saya terpaksa meninggalkan Omar setiap pagi selepas menyediakan segala keperluannya dan suami akan menghantarnya ke rumah keluarga saya, katanya."

Kini belum sempat perwatakan Ain terhakis, tawaran lain pula menyusul.
Syukurnya tak terhenti apabila bakal muncul dalam filem romantik komedi bersama Farid kamil dan Rita Rudaini berjudul Pengapit.

Kemudiannya, wanita yang ditatarias kakaknya petang itu akan kembali ke lokasi penggambaran bagi melakonkan watak Elina menerusi drama siri 26 episod berjudul Cinta Jangan Pergi bersama Remy Ishak dan Tiz Zaqyah.

Telefilem bersama Aaron Aziz sekali lagi terbitan Global Station Sdn Bhd, Anugerah Dendam Yang Terindah akan menyusul selepas itu sebelum akhir tahun ini Nadiya akan meletak sepenuh tumpuan untuk filem Bikin Filem.

Jelasnya ketawa, baru kini status selebriti dan kerjaya pelakon itu dirasakan kerana jadual kerjanya sudah penuh dan makin kencang seperti bintang popular lain.

Mahu atau tidak, drama Adam & Hawa memang jelas menjadi pengenalan kepada bakatnya ke mata luar.

Pastikan temu janji anda untuk mengikuti perjalanan emosi Adam Dan Hawa setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di Astro Mustika HD.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/12