Adsense

Rabu, 22 Jun 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Hormat sifu

Posted: 21 Jun 2011 06:16 PM PDT

Hip

pix_gal0
Qalisha menaruh harapan tinggi dengan pengalaman Ajai

SEMUANYA bermula lima tahun lalu. Ketika itu usianya baru 15 tahun. Atas desakan dan sokongan keluarga, Qalisha memberanikan diri untuk mengasah serta mengembangkan bakat nyanyiannya kepada komposer ternama, Ajai.

Ketika itu, Ajai antara selebriti yang diundang memeriahkan sebuah acara hiburan di Terengganu. Peluang dan kesempatan bertemu dengan bekas pemain keyboard kumpulan Exist itu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh gadis 20 tahun ini.

Akhirnya, di atas keberanian, anak jati kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu disunting menjadi penyanyi di bawah naungan Wake The Baby milik Ajai. Itu sudah menjadi kejayaan bagi Qalisha kerana selama hayatnya juga, dia tidak pernah langsung menunjukkan bakat dengan menyertai pertandingan nyanyian dan program realiti TV. "Saya meminati dunia nyanyian ini, tetapi tidak berani dan kurang yakin untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian. Mungkin tuah dan rezeki saya melalui bantuan abang Ajai. Itu pun selepas dua kali saya menghampakan pelawaannya ke Kuala Lumpur untuk diuji bakat.

"Hanya pada awal tahun lalu, saya kuatkan semangat berjumpa dengan abang Ajai. Saya datang ke studionya dengan menyanyikan lagu Dan Sebenarnya dan Because You Loved Me," katanya yang selesa menyanyikan lagu pop.

Hadir ke Balai Berita baru-baru ini dengan memakai dua persalinan koleksi peribadi dan rekaan Nazreen Idris, Qalisha atau Noor Qalisha Ahmad Rashid ini memang mengaku masih terlalu jauh perjalanannya untuk mencipta kejayaan.

Katanya, Ajai mempercayai dan yakin dengan bakat dimiliki. Malahan selama berada di bawah tunjuk ajarnya, Ajai selalu memberi nasihat, semangat dan peringatan mengenai dunia seni, terutama pancaroba yang perlu dihadapi.
"Saya dinasihatkan supaya kena pandai jaga diri. Saya menghormatinya sebagai seorang sifu. Waktu bekerja dia memang tegas. Jadi saya tidak boleh main-main dan perlu tunjukkan kesungguhan," katanya.

Qalisha sepatutnya melanjutkan pelajaran di kolej, tetapi atas minat terhadap nyanyian, dia memilih untuk mencuba selama setahun bagi membuktikan apa yang ingin dikejar sekarang boleh tercapai. Chaq dan Tasha yang dikatakan menimbulkan masalah apabila masing-masing mendakwa Wake The Baby tidak menerbitkan album mereka seperti yang dijanjikan.

"Saya ada mendengarnya (isu Chaq dan Tasha). Tetapi yang lepas itu biarlah berlalu. Saya berfikiran positif dan nampak kesungguhan abang Ajai dan isterinya, Kak Liza dalam mengatur kerjaya seni saya. Sebaik-baiknya, saya nak tumpukan bidang nyanyian," jelas gadis ini.

Sementara itu, mengajak gadis berdarah campuran Arab, Pakistan, Afghanistan, Melayu dan Bugis ini membicarakan sisi peribadi, Qalisha mengaku pernah beberapa kali putus cinta.

Katanya yang sering ditemani kakak, Noor Cahaya Ahmad Rashid, 21, ketika ini dia mengutamakan kerjaya seni.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sekat muat turun muzik percuma

Posted: 21 Jun 2011 06:00 PM PDT

Hip

SKMM diminta bertindak tegas demi masa depan pengkarya

PENGGIAT industri hiburan yang terdiri daripada pemuzik dan penyanyi meminta kerajaan memandang serius masalah muat turun percuma yang berleluasa di internet. Jika masalah itu tidak dibendung, industri muzik akan berdepan zaman kehancuran tidak lama lagi.

Kebimbangan itu diluahkan beberapa artis dan pemuzik tanah air pada sidang media anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) yang menyokong tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat 10 laman web dipercayai menawarkan khidmat muat turun kandungan kreatif secara haram.

Mereka meminta kerajaan tidak melonggarkan keputusan yang sudah dibuat demi menjaga masa depan industri yang kian malap. Luah mereka lagi, sepatutnya lebih banyak laman web yang menawarkan muat turun lagu secara haram ini ditutup kerana penggiat industri kini tidak boleh cari makan. Mereka berkata, kehidupan pemuzik dan artis kelihatan glamor tetapi sebenarnya hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kesan daripada muat turun haram. Jika keadaan ini terus berlarutan, lebih parah lagi mereka berkemungkinan tidak mampu untuk menyara hidup keluarga.

Pemain gitar kumpulan Saturnine, Aznan Alias jelas begitu kecewa dengan situasi yang melanda industri muzik sekarang. Dia yang cukup lantang meluahkan isi hatinya berharap usaha kerajaan dalam membanteras lanun laman siber mendapat sokongan daripada masyarakat agar nasib pemuzik sepertinya tidak melarat.

Katanya, situasi yang dihadapi industri muzik sekarang terlalu kritikal sehinggakan artis yang memiliki nama besar seperti Datuk M Nasir sendiri bimbang menghasilkan single kerana tahu bakal menanggung kerugian kerana tidak mendapat pulangan daripada penghasilan single.

"Perkara ini sudah lama berlaku tetapi ia seakan tidak berpenghujung. Sekiranya masalah ini tidak diselesaikan tahun ini juga, industri muzik kita akan mati. Saya melihat industri muzik kita seperti industri muzik untuk kebajikan kerana tindakan tidak bertanggungjawab daripada pihak yang menjana pendapat secara haram hasil daripada titik peluh kami.
"Kami yang bersusah payah menghasilkan lagu tapi tak dapat apa-apa kerana lagu-lagu kami boleh dimuat turun secara percuma. Keadaan menjadi lebih teruk apabila kebanyakan studio rakaman kini boleh didirikan di sebelah bilik air rumah. Orang yang hendak buat dan rakam lagu tak perlu lagi pergi ke studio besar kerana kosnya mahal. Akhirnya satu demi satu studio tutup, bayangkan dulu kita ada lebih 20 buah studio tetapi sekarang yang tinggal cuma beberapa buah saja.

"Akibatnya pemuzik seperti kami tidak boleh cari makan. Pendapatan kami sekarang kebanyakan bergantung kepada stesen televisyen. Contohnya, jika ada Akademi Fantasia (AF) maka adalah pendapat untuk kami. Selepas ini AF sudah tiada lagi, jadi kami terpaksa meninjau peluang lain. Soal bayaran juga kami tidak boleh 'demand' kerana sekarang ini kebanyakan penganjur membayar secara 'token'. Kami bersusah payah menjayakan persembahan sehingga berjaya, mereka yang mengaut keuntungan.

"Radio juga sebenarnya memainkan peranan. Stesen radio kebanyakan bersikap 'double-standard' bila tengok lagu artis tempatan, mereka seperti geli nak putarkan. Tetapi lagu dari seberang boleh pula mereka putarkan berulang kali.

Disebabkan keadaan ini, saya tidak menggalakkan anak-anak bergelar pemuzik kerana masa depannya gelap. Terus terang saya katakan, pemuzik tak mampu hantar anak ke kolej. Sebab itu ramai pemuzik kita lari ke luar negara kerana pendapat di sana lebih lumayan," kata Aznan.

Antara artis yang hadir bagi menunjukkan sokongan di atas tindakan SKMM ialah Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, Fazli Zainal, Izwan Pilus, Salwa Abdul Rahman, Zaiton Sameon, Isma Halil Hamzah dan ramai lagi.

Penyanyi yang cukup dikenali satu ketika dulu dengan lagu Harapan, Fazli Zainal pula berkata, sokongan saja tidak akan menamatkan masalah ini sekiranya tiada pelaksanaan dilakukan. Katanya, tiada gunanya menjadi seperti anjing menyalak bukit kerana sampai bila-bila pun masalah ini tidak dapat diselesaikan.

"Kita perlu laksanakan satu program yang dapat memupuk kesedaran di kalangan pengguna laman web. Jika kita sekadar menyokong usaha SKMM tanpa disusuli dengan pelaksanaan dan terus menuding jari ke arah orang lain, masalah ini tidak akan ada kesudahan.

"Saya mengharapkan supaya pihak kerajaan terus kekal dengan keputusan mereka, malah kami berharap lebih banyak lagi laman web haram ditutup," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan laman web 2crank. com yang menawarkan muat turun lagu secara sah, Mohamad Hazmi Yaacob pula berkata, masalah yang dihadapi industri tempatan bukan masalah luar biasa kerana ia turut dihadapi industri muzik antarabangsa.

Daripada berbuat bising, lebih baik kata Hazmi, penggiat industri muzik mencari jalan penyelesaian kerana masalah yang dihadapi kini amat sukar dibendung kerana setiap isi rumah memiliki komputer.

"Setakat ini tidak ada perisian yang boleh menghalang kewujudan laman web untuk muat turun lagu secara percuma, jadi masalah ini amat sukar untuk dibendung. Lebih baik orang seni fikir apa yang mereka boleh lakukan untuk menjana pendapatan yang lebih melalui muzik serta cara memupuk kesedaran masyarakat mengenai penderitaan yang ditanggung penggiat seni," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.