Adsense

Rabu, 9 Februari 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Isteri Dakwa Joey Mengaku Hubungan Sulit Dengan Watie

Posted: 09 Feb 2011 06:01 PM PST


"Suami saya mengaku mempunyai hubungan sulit dengan Norwati Sadali (Watie), " kata Noraini Mohd Nasir apabila ditanya identiti wanita yang mempunyai hubungan dengan suaminya, Joey. Noraini memberitahu mahkamah untuk kes permohonan lafaz cerai terhadap Joey.

Noraini menceritakan kronologi kes penceraian yang bermula daripada perbincangan di luar rumah. Al-kisahnya, Joey pulang ke rumah bersama Acong pada 4 Jun 2010. Ketika berbincang di luar rumah, Joey menyatakan hasrat untuk menceraikan dirinya, namun dia terus masuk ke dalam rumah.

Acong kemudiannya memberitahu Noraini bahawa lafaz cerai yang disebutkan oleh Joey memang jelas maksudnya. Kemudian, dia cuba menghubungi Joey, namun panggilan & SMS tidak berbalas.

Selang 4 hari kemudian, Joey pulang ke rumah dan ingin merujuk kembali dengan melafazkan kenyataan berbunyi, 'Aku Zulkifli Daud dengan ini merujuk kembali kepada kamu, Noraini Mohd Nasir.'

Kredit berita: Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Suami Zakiah Anas Dinasihatkan Lafaz Cerai, Dikenakan Waran Tangkap.

Posted: 09 Feb 2011 05:16 PM PST

Suami Zakiah Anas Dinasihatkan Lafaz Cerai, Dikenakan Waran Tangkap.

Laporan Mstar hari ini memberikan sedikit kejutan kepada kami. Selama ini, kami bermati-matian ingatkan Zakiah Anas sudah pun bercerai dengan suaminya, Mohamad Yusof. Rupanya, kedua-dua pasangan suami isteri ini masih dalam proses penceraian, dan semalam Hakim Mahkamah Rendah Syariah menasihatkan Mohamad Yusof supaya menceraikan Zakiah Anas.

Nasihat tersebut dilontarkan oleh Hakim Syarie Ghazali Ahmad ekoran kegagalan Jawatankuasa Pendamai untuk memujuk personaliti TV3, Zakiah Anas & suaminya meneruskan kehidupan sebagai suami isteri.

Walau bagaimanapun, lafaz cerai tersebut tidak berlaku seperti yang dinasihatkan kerana Mohamad Yusof tidak hadir ke perbicaraan mahkamah, semalam. Ekoran kegagalan dia, satu waran tangkap telah dikeluarkan oleh Ghazali selepas dipohon oleh peguam syarie Zakiah Anas, Abdullah Anuar Sahri.

Mahkamah menetapkan tarikh 9 Mac untuk sebutan semula dengan kehadiran suami Zakiah Anas di lokasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.