Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Faizal Ismail Hos Apa Saja FBI Ikhwan Hos Galaksi Posted: 09 Feb 2011 09:40 PM PST KOMBINASI HANGAT MALAM JUMAAT Pada jam 11 pagi tadi, satu sidang media pelancaran program terbaru TV9 iaitu Apa Saja… FBI dan Galaksi musim baru telah diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama. Hujung minggu sememangnya dinanti-nantikan oleh semua lapisan masyarakat yang inginkan masa untuk berehat dan bersantai bersama keluarga mahupun orang tersayang di rumah atau di mana sahaja. Hari minggu inilah TV9 mengambil kesempatan untuk memulakan pengembaraan bersama penonton menerusi dua buah rancangan menarik dan sensasi untuk tatapan semua iaitu Apa Saja… FBI yang sudah pun bermula pada 28 Januari 2011 dan Galaksi pada 4 Februari 2011 lalu. Pengurus Besar TV9, Cik Sherina Noordin, berkata, "Malam Jumaat kini semakin hangat di TV9 dengan kombinasi program yang sensasi dan mencuit hati di mana ia dijangka dapat sambutan yang menggalakkan kerana kandungan kedua-duanya yang lebih bersahaja tetapi padat dengan hiburan yang dikehendaki oleh penonton setia kami. TV9 dengan berbesar hati ingin memperkenalkan dua deejay radio Hotfm terkenal iaitu Faizal Ismail dan Khairul Ikhwan Rosli yang akan menjadi teman anda pada setiap hari Jumaat. Ia akan bermula pada waktu malam selepas Berita TV9 dan merupakan back-to-back dari jam 8.30 malam sehinggalah jam 10 malam." "Penglibatan Faizal dan Ikhwan di TV9 ini memantapkan lagi kolaborasi di antara dua stesyen yang bernaung di bawah Media Prima Berhad iaitu TV9 dan Hotfm. Kedua-dua stesyen ini bekerjasama untuk memberi hiburan terbaik untuk sasaran penonton mereka yang sama iaitu penonton muda yang lebih berfokus kepada para belia dan remaja. Kami ingin mewar-warkan kepada semua untuk terus menonton ruangan ini kerana pelbagai hiburan akan dihidangkan bersesuaian dengan cita rasa penonton dan pendengar. Pelbagai aspek telah diambil kira dan sememangnya perubahan atau penambahan yang diatur merupakan yang terbaik untuk penonton TV9," tambah beliau lagi. Malam minggu anda bermula dengan Apa Saja… FBI pada setiap hari Jumaat jam 8.30 malam di mana anda semua akan digeletek dengan lawak Faizal Ismail, deejay terkenal Hotfm dan Anugerah Juara Lagu. Kepetahan dan keceriaan beliau telah berjaya membuatkan penonton di studio dan di rumah terhibur apatah muka bersahajanya ketika membuat jenaka di hadapan penonton. Ini dapat dibuktikan menerusi dua episod yang telah berlangsung yang mengetengahkan topik panas dan sensasi seperti "Suami Muda" dan "Terkenal di Youtube" baru-baru ini yang berjaya mendapatkan lebih 500,000 ribu jumlah penonton. Rancangan Apa Saja… FBI diterajui oleh Roslina Abdul Rahman sebagai penerbitnya. Menerusi Apa Saja… FBI ini, segmen Terkono Den juga diperkenalkan di mana Faizal sendiri akan ke luar studio dan berlakon untuk "mengenakan" orang ramai. Seakan 'panggilan hangit' tetapi penonton dapat melihat reaksi muka dan gelagat orang yang dikenakan oleh Faizal sendiri. Biar pun sudah "dikenakan", namun ia sekadar gurauan sahaja selari dengan taglinenya "Yang penting Happening, jangan pening!". Satu lagi kelainan rancangan ini adalah ia tidak sahaja memanggil artis-artis untuk diwawancara, malah turut menemuramah mereka yang terdiri dari orang ramai yang bukan artis tetapi terkenal menerusi laman you tube seperti Cikgu Shida serta Paku dan Belacan dalam episod 'Terkenal Di You Tube". Selesai bergelak tawa bersama FBI, Ikhwan Hotfm pula menyusul bersama Galaksi, sebuah rancangan yang menyentuh tentang isu-isu semasa artis tempatan tanah air. Bersesuaian dengan tahun baru yang baru sahaja tiba, Galaksi juga tidak terlepas dengan sentuhan barunya seperti konsep, set, kandungan dan juga pengacaranya. Ikhwan merupakan pengacara lelaki pertama bagi Galaksi dan pelbagai perancangan telah dibuat di antara Ikhwan dan krew penerbitan terutamanya penerbit Galaksi kini iaitu Nasir Ahmad atau lebih dikenali dengan Abg Nas. Pengalaman Abang Nas di dalam rancangan-rancangan berbentuk hiburan pastinya dapat membangkitkan pembaharuan terhadap Galaksi di samping pengacara sensasi yang sangat dikenali menerusi radio Hotfm. Terdahulu, Galaksi pernah dibawakan oleh Irma Hasmie, Sazzy Falak, Nadia Shahrul Anuar, Sharifah Shahirah, Nana Mahazan serta pengacara jemputan seperti Awal Ashaari, Sarimah Ibrahim dan Serina Redzuawan. Ikhwan kini diberi kepercayaan untuk menghembus nafas baru kepada Galaksi yang sudah bersiaran sejak 5 tahun yang lalu. Pasti ramai yang tidak sabar dan tertunggu-tunggu untuk mendapat pelbagai informasi menarik dalam Galaksi pada setiap minggu. Kedua-dua rancangan hiburan yang berjaya meraih lebih daripada 500,000 ribu penonton ini pastinya dapat meluangkan masa yang berkualiti penonton setia kami bersama keluarga, sanak saudara dan rakan taulan. Jangan lepaskan peluang menghangatkan lagi malam Jumaat anda bersama dua rancangan hiburan Apa Saja… FBI pada setiap hari Jumaat jam 8.30 malam diikuti dengan Galaksi musim terbaru pada jam 9.00 malam menerusi saluran Di Hatiku! Tags: apa saja, bandar utama, belia, deejay radio, Faizal Ismail, galaksi, hangat, hari minggu, hiburan, kesempatan, khairul, media prima berhad, radio hotfm, rosli, sahaja, sensasi, setia, setiap hari, sri pentas, terkenal Tags: Faizal Ismail, Ikhwan, TV9, Galaksi, hos Galaksi, ikhwan hot FM, Irma Hasmie, Nadia Shahrul Anuar, Nana Mahazan, Sazzy Falak, Sharifah ShahirahClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Wings Mahu Cipta Sejarah di Konsert Opera Hidup Posted: 09 Feb 2011 05:05 PM PST WINGS MENCIPTA SEJARAH DI ISTANA BUDAYA MENERUSI KONSERT OPERA HIDUP BERSAMA ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAAN Wings telah banyak mengharungi 'Opera Hidup' sebagai kumpulan rock tanah air selama 25 tahun di dalam memperjuangkan muzik rock bersama-sama kelompok peminat yang mereka kumpul hingga kini. Sayap Wings tetap teguh terbang bersama Awie, Joe, Eddie dan Black merantau serta menerokai musik rock dengan lebih rakus dan berani demi mencari sesuatu pembaharuan di dalam Opera musik mereka agar tetap hidup didalam jiwa dan ingatan peminat-peminat. 16 album dari Belenggu Irama hingga Live at Planet Hollywood, pelbagai rentak dan melodi rock telah dihadiahkan Wings kepada peminat setia mereka. Dari pentas Fun-Fair hingga ke pentas Konsert selama 25 tahun mereka memberikan persembahan yang panas lagi bertenaga. Kini, pada 29 April hingga 1 Mei 2011 di Panggung Istana Budaya bakal tercipta sejarah di dalam Opera Hidup Wings dan peminat setia mereka – KONSERT WINGS OPERA HIDUP bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK). Bombay Worldwide dan Anggerik Event akan menganjurkan konsert ini bersama Red On Black dengan kerjasama Istana Budaya dijadualkan berlangsung selama tiga hari. Dengan berlatarkan pentas ekslusif, Panggung Sari Istana Budaya, Wings akan memberikan persembahan yang amat istimewa lagi ekslusif yang mampu memberi impak yang besar kepada peminat-peminat mereka semua. Selaku pengarah konsert, Bombay yang telah banyak menjayakan konsert dan event yang berprestij berkata 'Wings Opera Hidup bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan' adalah satu sejarah yang diciptakan buat Wings untuk peminatnya dan industri musik tanahair. Gabungan idea dari Bombay dan sentuhan kreatif dari Joe Wings bakal menghidangkan satu karya ekslusif yang belum pernah disaksikan sebelum ini oleh semua. Menurutnya lagi, pejuangan Joe yang ingin Wings bersama dirinya untuk menghasilkan karya persembahan mereka ke tahap yang lebih tinggi maka terciptalah KONSERT WINGS OPERA HIDUP di Istana Budaya. Konsep persembahan dan genre musik yang akan dibawa oleh Wings digabungkan bersama Ex-Wings ialah Rock Klasik Versi Orkestra sepenuhnya dan adalah dari lagu-lagu hits Wings. Bagaimanapun, memandangkan tiket adalah terhad, hanya 7000 peminat bertuah saja berpeluang untuk menyaksikan sebuah karya unggul yang boleh dianggap sebagai satu sejarah khususnya untuk mereka yang selama ini mengaku penggemar setia kumpulan Wings. Sejarah ini tidak akan tercipta tanpa kerjasama Ketua Pengarah Istana Budaya Encik Juhari Shaarani, pegawai-pegawai dan kakitangan Istana Budaya. Dengan itu, Bombbay Worldwide ,Anggerik Event dan Red On Black serta tenaga kerja produksi Konsert Wings Opera Hidup akan menjayakan konsert yang bersejarah ini bersama-sama. Jesteru, bagi peminat yang ingin membuat tempahan tiket bagi menyaksikan persembahan istimewa Wings ini, anda boleh melayari laman sesawang www.ticket2u.bz dan www.sayap2wings.com. Tiket-tiket berharga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245, RM305, RM450 (Ekslusif bersama Wings). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Aida Husin – 012 2166 873 Sidang media khas untuk mengumumkan tentang konsert Wings ini diadakan pada petang ini. Tags: Anggerik Event, awie, band rock, Bombay Worldwide, bombbay, fun fair, impak, ingatan, Istana Budaya, joe wings, joe yang, Konsert Opera Hidup, konsert wings, kuala lumpur, kumpul, malaysia rockers, mampu, musik rock, orkestra simfoni, Orkestra Simfoni Kebangsaan, persembahan, Planet Hollywood, rakus, sayap, sentuhan, setia, teguh, wings Tags: Konsert, Wings, Anggerik Event, band rock, Bombay Worldwide, Istana Budaya, Konsert Opera Hidup, kuala lumpur, malaysia rockers, Orkestra Simfoni Kebangsaan, wingsClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti | Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |