Adsense

Rabu, 9 Februari 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Misteri klip video TAAP

Posted:

Misteri klip video TAAP

Misteri klip video TAAP

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim.com.my
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


Barisan tenaga produksi lagu Hanya, runut bunyi untuk filem Tolong Awek Aku Pontianak.


HAMPIR menangis penulis ketika memandu kereta menuju ke Teratak Angah, Kampung Kemensah, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini untuk membuat liputan penggambaran klip video lagu Hanya yang merupakan lagu tema filem Tolong Awek Aku Pontianak (TAAP).

Perasaan seram sejuk menyelubungi diri bukan kerana kesejukan dari penghawa dingin kereta tetapi kerana melintasi hutan dengan pemandangan kiri kanan yang gelap-gelita, ditambah pula keadaan jalan yang berlopak membuatkan hati ini tidak tenteram.

Ketika itulah pelbagai imaginasi datang menerpa di minda, sudahlah judul filem klip videonya menyeramkan, penggambaran pula dibuat di tempat 'jin bertendang'. Kalau berlaku apa-apa macam mana?

Sebaik sahaja sampai di lokasi Teratak Angah, pengarah klip video, Shuhaimi Lua Abdullah, 35, memberitahu, penggambaran tidak dapat dimulakan lagi kerana ada pokok tumbang yang hampir merosakkan peralatan penggambaran.

"Semasa kami sampai pada pukul 7 malam tadi, semuanya okay. Tiba-tiba sahaja pokok tumbang. Itulah, ada seorang dua krew mulut celupar. Sampai saja, dia kata, tempat ini seram dan macam-macam.

"Hah! nak jadi cerita, tiba-tiba pokok tumbang menghalang jalan. "Hampir-hampir nak kena lampu yang telah siap dipasang. Nak buat di tempat lain, kurang sesuai dengan jalan cerita," katanya.

Menurut Shuhaimi, klip video yang menampilkan lagu Hanya, nyanyian Aril AF itu perlu menjalani penggambaran waktu malam kerana ia dibuat berdasarkan jalan cerita filem arahan James Lee.

Selain kisah pokok tumbang, Shuhaimi yang menggunakan kamera definisi tinggi (HD) untuk penggambaran berkata, tiba-tiba set penggambaran jadi gelap apabila tenaga elektrik putus .

"Penggambaran hanya dapat dimulakan pada pukul 8 malam dan berakhir pukul 3 pagi. Selepas itu kami pergi ke Taman Melawati. Dugaan betul, nak buat macam mana, penggambaran perlu di buat waktu malam untuk dapatkan senario alam semulajadi," ceritanya.

Katanya, selain menyanyi Aril turut tampil sebagai stand in untuk watak utama filem itu yang dilakonkan oleh Zahiril Adzim kerana lagu itu dibuat berdasarkan jalan cerita TAAP.

Shuhaimi yang diberi tanggungjawab oleh Tayangan Unggul Sdn. Bhd., untuk mengarah runut bunyi dan The Making of TAAP berkata, lagu ciptaan dan lirik Zaidi itu mengambil masa tayangan selama empat minit.

"Walaupun lagu ini tempoh empat minit tapi ada 17 adegan, selain itu akan diselitkan juga footage dari filem tersebut. Untuk klip video itu, Aril akan dibantu oleh dua pelakon wanita yang juga 'stand in' untuk watak Sazzy Falak dan Nurul.

Untuk klip video lagu Hanya itu juga, Aril menggunakan dua pasang pakaian dan solekannya dilakukan oleh Shuhaimi Baharom.

Klip video berkenaan dijangka disiarkan lebih awal daripada tayangan filem bagi tujuan promosi.

Selain itu, pengarah filem pendek Chukang itu juga sibuk membuat persiapan untuk mengarah program masakan 13 episod yang bakal menampilkan Fizzo Omar sebagai hos.

Dalam pada itu, pengarah berasal dari Bachok, Kelantan itu juga bakal mengarah filem Kita Bukan Tuhan Beb, projek di bawah Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) yang menggabungkan tiga pengarah baru.

Beliau yang pernah berlakon drama Zaharul vs. Zarina dan Zaharul vs Zarina 2 serta Aidilfitri Bulan Syaaban berkata, selain mengarah dia juga menulis skrip drama.

"Saya lebih cenderung menghasilkan drama berunsur kritikan sosial seperti Raja Tom Yam , Sepinya Seorang Perempuan Mualaf Itu dan Cinta Facebook.

"Apa yang saya tulis berdasarkan realiti kehidupan sama ada melalui pemerhatian atau pengalaman orang lain kerana ia mempunyai pengajaran di sebaliknya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mengulangi fenomena Sheila Majid

Posted:

Mengulangi fenomena Sheila Majid

Mengulangi fenomena Sheila Majid

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my


SHEILA Majid akan menampilkan beberapa kejutan dalam konsertnya di Jakarta, Indonesia nanti.


TANPA perlu pengenalan diri atau sesi promosi luar biasa, Datuk Sheila Majid sudah tentu boleh menarik nafas lega pada masa ini.

Semuanya kerana, penjualan tiket konsert solo beliau, Sheila Majid 25 Years, Radiance Celebration Live in Jakarta menunjukkan perkembangan yang cukup memberangsangkan.

Sehingga awal minggu ini juga, tiket-tiket konsert penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Sinaran, Gemilang dan Pengemis Muda ini sudah terjual lebih 50 peratus.

Seperti juga di Malaysia, budaya membeli tiket konsert di saat-saat akhir sudah menjadi kelaziman dan dijangkakan penjualan tiket konsert berkenaan akan melonjak dalam masa sehari dua lagi.

Kurang daripada seminggu, Sheila akan beraksi di pentas Pusat Konvensyen Jakarta (JCC), Jakarta, Indonesia.

Konsert solo itu amat bermakna buat penghibur genit yang disayangi ramai bukan saja di Malaysia, bahkan peminat-peminat seni Indonesia sendiri yang memandang tinggi kedudukannya di persada seni negara itu.

Ketika Sheila sukar mengadakan konsert solo di Malaysia, penganjuran pertunjukkan ini terlalu penting untuk catatan rekod seni beliau yang sudah menghampiri usia suku abad.

Meraikan ulang tahun pembabitannya selama 25 tahun di Jakarta, Sheila bertuah kerana konsert solonya itu mendapat sokongan padu daripada penaja.

Iklan konsert solonya yang dibawakan khas oleh pengeluar produk kecantikan wanita popular, Pond's disiarkan di beberapa saluran televisyen utama pada waktu perdana.

Itu belum lagi, iklan di akhbar dan majalah serta liputan yang cukup positif daripada wartawan-wartawan antarabangsa.

Bahkan papan iklan besar turut digantungkan di beberapa kawasan utama di sekitar Jakarta.

Sementara pada risalah iklan serta poster konsert Sheila pula tertera lebih 40 senarai penaja bersama yang merangkumi logo hotel rasmi, radio rasmi, pelbagai media cetak dan elektronik, syarikat pelancongan dan lain-lain.

"Sheila Majid mempunyai tarikan dan keistimewaan tersendiri bagi kami rakyat Indonesia. Bahasa muziknya berada di kelas tersendiri.

"Kerana itu, dia mudah diterima di sini biarpun sudah lama Sheila tidak mengadakan konsert solo," kata penganjur konsert Sheila yang juga pengasas syarikat promoter konsert, Tarunia Indowira Sejati (TIS Communication), Marsita Kaelani pada satu pertemuan dengan Hits di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Marsita juga memberitahu, selain penerimaan baik peminat seni Indonesia, sebab lain yang mendorong beliau membawa Sheila beraksi di Jakarta ialah kerana, artis-artis dari negara jiran tidak boleh dilupakan dengan sewenang-wenangnya.

Usahawan itu memberi contoh bagaimana promoter-promoter pertunjukkan pentas Indonesia yang lebih ghairah membawa artis-artis Barat ke negara itu sehingga sepanjang tahun 2011 ini, negara itu akan dibanjiri dengan kehadiran artis Hollywood.

"Orang-orang Indonesia selalu lupa pada artis-artis di negara jiran tetangga. Kerana itu, saya beria-ia mahu membawa Sheila mengadakan persembahan di sini.

"Sheila punya pengaruh. Peminatnya juga besar jumlahnya. Lagipun Sheila dan peminat di sini menggunakan bahasa yang sama. Lalu, tidak ada sebab untuk saya tidak menganjurkan konsert untuk beliau di sini," jelas Marsita penuh optimis konsert itu akan mencapai kejayaan memberangsangkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.