Adsense

Rabu, 9 Februari 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Nana manjakan Althea

Posted:

Nana manjakan Althea

Nana manjakan Althea



JIWA seorang wanita pastinya begitu tersentuh saat zuriat pertama hasil perkongsian hidup bersama insan dikasihi selamat dilahirkan dengan sempurna.

Debaran ketika menahan kesakitan terus lenyap sebaik sahaja tangisan cahaya mata milik pasangan Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali dengan panggilan Nana dan suami tercinta, Mohd. Raqeem Brian memecah kesunyian wad bersalin Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Petaling Jaya pada 21 Oktober tahun lepas.

Lantas, titisan air mata membasahi pipi pasangan yang mula mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2009 itu di kediaman keluarga Nana di Persiaran Bahagia, Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor.

Ketika itu masing-masing terpandang sesama sendiri bagaikan tidak percaya sudah bergelar seorang ayah dan ibu serta perlu memikul tanggungjawab membesarkan anak dengan sepenuh kasih sayang.

"Susah untuk gambarkan perasaan waktu itu, Nana rasa sayu, sebak dan gembira. Barulah dapat tahu betapa hebatnya ibu yang telah berjaya melahirkan kita ke dunia," jelas Nana.

Dengan nada sungguh gembira apabila diminta untuk menceritakan kemanisan hidup apabila diserikan dengan kehadiran orang baru, pasangan itu telah sepakat memberikan nama yang ringkas untuk cahaya mata mereka.

Jadi dengan persetujuan bersama, anak sulung mereka yang dilahirkan seberat 2.71 kilogram (kg) itu telah diberikan nama Althea.

"Kami memang bercadang untuk dapatkan nama yang ringkas tetapi manis apabila disebut. Althea merupakan perkataan dalam bahasa Greek yang memberi makna amat sempurna," beritahunya lagi.

Menatang minyak penuh

Seperti yang diketahui, lagak Nana sememangnya seperti seorang wanita agak kasar sebelum ini. Bagaimanapun, ia tidak bermakna penyampai radio XFM itu tidak mampu mengendalikan hal penjagaan anaknya yang kini berusia empat bulan secara sendirian.

Akuinya, suatu ketika dahulu dia pastinya kekok apabila diminta untuk mendukung bayi yang baru sahaja dilahirkan.

"Saya tidak akan pegang bayi yang baru lahir, kononnya struktur tulang mereka masih belum kuat," ujarnya sambil tergelak kecil.

Namun, segala-galanya telah berubah sebaik sahaja kemunculan Althea. Nana, 28, secara perlahan-lahan mampu menepis perasaan takut bahkan telah menjaga bayi comelnya itu secara bersendirian.

"Kalau Brian kerja, saya akan duduk di rumah dengan Althea. Awalnya rasa janggal tetapi saya bernasib baik kerana suami sangat ringan tulang untuk membantu," tuturnya dengan menyifatkan Brian seorang suami yang cukup bijak menjaga anak.

Selepas dua minggu berpantang, dia mula mengambil alih tanggungjawab menjaga Althea sepenuhnya memandangkan ibunya, Rosnah Harun, 50, terpaksa pulang ke kampung.

Langsung tidak terdetik perasaan cemas kerana perlu mengendalikan urusan itu.


LANGSING. Tidak sampai lima bulan melahirkan cahaya mata sulungnya, sosok tubuh Nana kini kembali kepada bentuk asal seperti di zaman anak daranya dahulu.


Sebaliknya, sikap aktif yang menebal dalam dirinya membuatkan Nana sedikit pun tidak berasa pengalaman berpantang sendirian membebankan hidup.

"Hari kelima Nana dah boleh berlari, naik dan turun tangga. Memang ibu bising, tetapi Nana tidak boleh duduk diam," ungkapnya ringkas.

Lebih teruja buat peserta Akademi Fantasia musim pertama itu ialah tatkala mampu menimba momen manis memandikan Althea.

Sungguhpun, tidak begitu mahir, Nana tidak akan membiarkan individu lain melakukan tugas tersebut selagi dia mampu menyempurnakannya.

Kegembiraan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata setiap kali menggalas tugas mempersiapkan diri anak tercinta dengan kerahan tenaga sendiri.

Berdasarkan apa yang dikongsikan oleh Nana, dia seolah-olah terlalu memanjakan Althea. Secara jujur, dia akui Brian merupakan seorang ayah yang lebih mementingkan ketegasan dalam membesarkan Althea.

"Saya rasa setiap pasangan perlu ada keseimbangan untuk mendidik dan membentuk anak. Bila saya perhatikan, Brian mungkin menjadi bapa yang mengutamakan disiplin kerana setiap kali Althea menangis dia akan minta saya biarkan dahulu.

"Jangan terus tepuk atau dukung. Tetapi saya lain pula kesian tengok dia menangis," ceritanya yang bercadang menyusukan Althea sehingga usianya mencecah enam bulan.

Tiada pembantu rumah

Alam bujang, berumah tangga dan seorang ibu merupakan pengalaman cukup berlainan. Ketiga-tiganya mempunyai cara pengendalian tersendiri supaya tugas hakiki tidak mudah terabai.

Rutin terbaru yang perlu dipikul oleh Nana dan suami perlu disambut dengan senyuman meskipun terpaksa melupakan kegiatan melepak dan membeli-belah bersama teman-teman.

Keutamaan yang bermain difikiran pasangan terbabit ialah melunaskan tanggungjawab terhadap kerjaya masing-masing.

Di samping itu, perlu berkejar ke rumah untuk bermesra bersama Althea yang buat masa kini dijaga oleh ibu Nana.

"Saya tidak ada pembantu rumah sebaliknya emak yang jaga Althea. Tetapi bila habis waktu kerja memang saya akan ambil alih tugas ibu.

"Jadi ibu boleh berehat dan giliran saya pula untuk melayan kerenah anak," selorohnya.


NANA beruntung kerana Brian merupakan jenis suami yang ringan tulang dalam membantu menguruskan urusan rumah tangga mereka termasuklah untuk menjaga cahaya mata sulung mereka ini.


Rancak bercerita, Nana menyifatkan dia cukup bertuah kerana cahaya matanya itu tidak sering meragam. Meskipun pada waktu malam, Althea hanya akan terjaga sebanyak dua kali untuk meminum susu.

"Mudah jaga Althea, empat jam sekali dia akan bangun untuk menyusu dan sambung tidur," jelasnya.

Jaga badan

Lupakan seketika perihal rutin harian, Nana yang tidak keberatan memberikan laman blog peribadinya iaitu nana-ker.blogspot.com untuk tatapan gambar-gambar terkini.

Seronok perhatikan gambar telatah Althea yang dimuatkan di dalam blog itu tetapi terkejut dan sekali gus kagum juga dengan bentuk badan yang dimiliki oleh Nana.

Meskipun baru sahaja melahirkan anak, Nana tetap mengekalkan sosok tubuhnya yang langsing. Apabila ditanya, mungkinkah Nana mempunyai sebarang petua, secara spontan dia langsung tidak mengamalkan diet.

"Nana jenis yang kena makan nasi. Jadi istilah diet atau jaga pemakanan memang tidak ada. Berat Nana waktu mengandung 62kg dan sekarang 53kg.

"Mungkin Nana menyusu dan jaga Althea, itu menyebabkan berat senang turun," jelasnya.

Sementara itu, daripada segi perkembangan kerjaya pula, Nana menjelaskan, dia masih aktif sebagai penyampai radio di XFM yang ke udara pada pukul 10 pagi hingga 3 petang.

Pengalaman tujuh tahun bergelumang dengan dunia penyampai radio tidak pernah dirasakan sesuatu yang membosankan.

Malahan semakin lama berada di industri itu akan lebih banyak berhadapan dengan pelbagai cabaran terutama dalam memuaskan hati pendengar.

"Kemunculan di radio XFM banyak membantu Nana terutama dalam pemilihan lagu dan topik yang bersesuaian dengan pendengar muda," tambah Nana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Britney lancar album ketujuh

Posted:

Britney lancar album ketujuh

Britney lancar album ketujuh


FOTO yang dirakam pada 11 Januari tahun ini di luar sebuah studio tarian di Los Angeles, California menunjukkan Britney diiringi seorang pengawal peribadi.


BRITNEY Spears mengesahkan album terbarunya yang juga album solo ketujuhnya yang berjudul Femme Fatale bakal dilancarkan pada 15 Mac ini.

Dijangka menempa sukses seperti mana single sulung daripada album itu, Hold It Against Me yang diterbitkan menerusi kolaborasi penerbit Dr. Luke dan Max Martin, lain-lain penerbit yang dikatakan turut terbabit dalam penghasilan album tersebut termasuklah Rodney Jerkins, Fraser T. Smith dan Bloodshy & Avant.

Britney, 29, merancang untuk mengeluarkan album tersebut dalam dua versi - selain album versi standard, satu lagi versi album itu adalah versi khas yang turut disertakan dengan tiga hingga empat lagu ekstra.

Pengurus Britney, Adam Leber menulis dalam Twitter yang berbunyi: "Britney Spears terbabit dengan fotografi khusus untuk album terbarunya.

"Banyak benda menarik akan muncul daripada album ketujuh Britney itu. Peminat Britney pasti teruja."

Tambahnya: "Album itu menakjubkan, klip videonya juga panas dan fotografinya pula sangat glamor."

Sebagai ikon muzik bertaraf global, dalam tempoh lebih sedekad kerjaya muziknya, Britney telah muncul dengan enam album dengan jumlah keseluruhan terjual mencecah 70 juta unit di serata dunia.

Tidak ramai ikon global yang membuat pencapaian seperti dirinya yang muncul dengan lima album yang terus menjuarai carta Top 10 album popular pada minggu pertama ia berada di pasaran, selain 24 buah lagu yang berjaya masuk carta Top 40 lagu popular.

Hold It Against Me yang dilancarkan pada 10 Januari tahun ini, membuat kemunculan sulung sebagai juara carta Top 10 Lagu Popular di Belgium, Kanada, Denmark, Finland dan New Zealand, selain menjuarai carta Billboard Hot 100, di Amerika Syarikat (AS).

Di AS, Britney mencipta sejarah sebagai artis kedua selepas Mariah Carey yang muncul dengan lagu baru yang terus menjuarai carta Billboard Hot 100 lebih daripada sekali.

Klip video lagu tersebut dijadualkan berada di pasaran menjelang 18 Februari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Shahriza nekad dedah umur

Posted:

Shahriza nekad dedah umur

Shahriza nekad dedah umur

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my


PASANGAN pengantin bergambar kenangan bersama ahli keluarga sebelah mempelai lelaki.


LUKA di hati pengarah dan pelakon drama, Shahriza Mahmud, 45, selepas dikecewakan seorang lelaki bernama suami 14 tahun lalu masih berbekas sehingga ke hari ini.

Malah, episod duka ditinggalkan suami beberapa hari selepas bernikah itu turut mengundang keresahan kepada anak kelahiran Alor Setar itu untuk naik ke jinjang pelamin buat kali kedua.

Tidak dapat menolak ketentuan Ilahi, Shahriza pada Sabtu lalu bertemu jodoh dengan abang penyanyi Anna Raffali iaitu Saddiq yang 15 tahun lebih muda daripada usianya.

Pasangan yang sudah menjalin cinta sejak empat tahun lalu itu sah bergelar suami isteri selepas dinikahkan oleh Imam Masjid Rafeah, Alor Setar, Zakaria Long berwalikan bapa pengantin perempuan, Mahmud Ismail, 76, dengan mas kahwin RM1,111.11.

Dengan sekali lafaz, pelakon drama Semanis Janji dan Antara Maruah dan Pengorbanan itu sah bergelar isteri kepada Saddiq yang merupakan penolong pengarah dan pelakon drama.

Sementara, majlis persandingan pula berlangsung di kediaman keluarga Shahriza di Taman Muhibbah, Lebuh Raya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada pukul 1 petang hari yang sama.

Kedua-duanya mengenakan persalinan tajaan Zeellion Bridal Gallery & Beauty bertemakan warna hijau.

Shahriza ketika ditemui selepas majlis akad nikah, sebak apabila ditanya tentang perasaannya setelah bergelar seorang isteri kepada Saddiq.

"Sehingga ke saat ini saya seperti tidak percaya sudah menjadi isteri orang kerana terlalu lama saya hidup sendirian tanpa suami," tuturnya.

Dihantui kisah silam

Menurutnya, biarpun masih dihantui kisah silam, dia menaruh harapan dan kepercayaan yang tinggi kepada Saddiq untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dengan bertanggungjawab.

"Saya teringin sangat nak melalui alam rumah tangga dengan Saddiq kerana dulu saya tidak sempat nak alami saat-saat seperti ini. Masa perkahwinan pertama, saya ditinggalkan suami beberapa hari selepas bernikah dan dia menghilangkan diri selama empat tahun empat bulan sebelum muncul semula dan kami bercerai selepas itu," ungkapnya.

Tambah Shahriza, dia tidak meragui keikhlasan hati Saddiq untuk mengahwininya dan yakin dapat hidup bahagia sehingga ke akhir hayat.

"Jika berulang lagi kisah pahit, saya mungkin buat keputusan untuk hidup single," ucapnya.

Kata Shahriza, angka mas kahwin iaitu RM1,111.11 membawa makna tersendiri kepada dia dan suami kerana ia merujuk cinta dan kebahagiaan yang berkekalan buat selama-lamanya.

"Walaupun kami berdua sensitif dan suka merajuk tetapi kami akan berbaik semula dan berbincang untuk memperbaiki kesilapan untuk membina hubungan yang lebih baik," akuinya.

Menyentuh tentang jarak usia, ujarnya, perkara itu tidak menjadi masalah selagi wujud persefahaman antara mereka.

"Jarak usia tidak penting, apa yang perlu diutamakan adalah sikap saling menghormati dan menyedari tanggungjawab masing-masing," jelasnya.

Tambahnya, sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, dia tidak pernah mendedahkan usianya yang sebenar kepada kalangan wartawan.

"Tetapi hari ini saya tidak kisah untuk mendedahkan usia saya yang sudah mencecah 45 tahun kerana saya sudah berpunya," tegasnya sambil tersenyum.

Menceritakan tentang perkenalannya dengan Saddiq, katanya, dia mula mengenali suaminya itu ketika dia menjadi tenaga pengajar di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam bidang seni lakonan, lima tahun lalu dan Saddiq merupakan salah seorang pelajarnya.

"Pada masa itu saya tidak suka dengan dia (Saddiq) sebab sombong sedikit kerana dia ada stail tersendiri dan kemudiannya kami terpisah selepas Saddiq habis kursus di situ.

"Tidak lama kemudian kami bertemu lagi di Bukit Antarabangsa selepas bekas pelajar saya termasuk Saddiq merancang untuk buat filem pendek," ceritanya.


ANNA RAFALLI mendoakan abangnya, Saddiq dan kakak iparnya, Shahriza beroleh kebahagiaan selagi hayat dikandung badan.


Ujarnya lagi, sepanjang proses pembikinan filem pendek selain mengadakan program Anjung Budi untuk RTM, hubungannya dengan Saddiq semakin rapat dan serius setahun selepas perkenalan itu.

Tambahnya, perbincangan mengenai perkahwinan pula dilakukan pada Disember tahun lalu bagi menunaikan hasrat kedua-dua ibu bapa untuk melihat mereka disatukan selepas kembali daripada menunaikan Haji di Mekah.

"Alhamdulillah, hasrat baik ibu bapa saya dapat ditunaikan dan insya-Allah kami akan melayari alam perkahwinan ini dengan baik," ujarnya.

Cahaya mata

Ketika diajukan tentang cahaya mata, Shahriza mengakui dia tidak merancang dan menerima dengan hati terbuka sekiranya diberi rezeki anak dalam masa terdekat.

"Saya tidak merancang apa-apa dan akan menerimanya dengan tangan terbuka jika ditakdirkan saya dikurniakan anak dalam masa terdekat," katanya.

Sementara itu, Saddiq yang hanya tersenyum sepanjang sesi temu ramah itu berkata, dia gembira apabila hasratnya untuk bergelar suami kepada Shahriza yang dianggapnya sebagai insan istimewa dalam hidup tercapai.

"Saya sudah lama tunggu saat-saat ini kerana kami telah bercinta selama empat tahun dan Alhamdulillah kami sudah jadi suami isteri yang sah.

"Bercinta lama sangat pun tak elok dan saya buat keputusan untuk berkahwin kerana keikhlasan yang ditunjukkan Shahriza dalam hubungan ini," katanya.

Tambahnya, dia dan Shahriza selepas ini akan cuba membahagikan masa antara kerja dan keluarga.

"Kesibukan tidak ada masalah kepada kami kerana selama empat tahun bercinta kami sudah biasa dengan keadaan kerja dan jika ada masa terluang kami akan berehat bersama," ungkapnya.

Pasangan tersebut memilih Cameron Highlands untuk berbulan madu dan merancang untuk mengadakan kenduri doa selamat di rumah suami pada masa terluang kelak.

Jodoh Anna Raffali

Dalam pada itu, Anna Raffali berharap agar hubungan abangnya dengan isteri berkekalan sampai bila-bila.

"Harapan saya semoga abang saya dan Kak Shah mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat," katanya.

Ditanya tentang jodohnya sendiri, menurut Anna, dia masih belum mempunyai perancangan ke arah itu buat masa ini dan akan menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang nyanyian.

"Buat masa sekarang, sejak menang satu anugerah besar (Anugerah Juara Lagu Ke-25) pada hari itu, saya perlu tumpukan perhatian dalam bidang nyanyian untuk buktikan bahawa saya betul-betul serius dalam bidang itu," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.