Adsense

Isnin, 28 Februari 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Ujibakat Mencari Peserta Sejuta Impian TV3

Posted: 28 Feb 2011 09:46 PM PST

PENCARIAN PESERTA KINI BERMULA!
Rebutlah Peluang Merealisasikan Impian Demi Kebaikan Bersama

Berita baik kepada semua yang berminat untuk menyertai program realiti, SEJUTA IMPIAN! Rebutlah peluang merealisasikan impian anda dengan mengahdiri sesi ujibakat yang bakal berlangsung di lokasi-lokasi terpilih seluruh negara bermula 5hb Mac ini!

Satu kolaborasi di antara stesen no. 1 Negara, TV3 bersama Telekom Malaysia (TM) dan Dana Belia 1Malaysia (DB1M), program SEJUTA IMPIAN bakal disiarkan bermula Mei 2011 nanti dan menawarkan insentif bernilai RM1 juta sebagai pencetus semangat dan titik permulaan bagi merealisasikan impian dan hasrat murni demi kebaikan bersama.

Pencarian untuk para peserta SEJUTA IMPIAN akan diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Johor Bahru (Johor) pada 5 dan 6 Mac (Sabtu & Ahad) dan kemudian akan bergerak ke Kelantan, Terengganu, Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah) pada 12 Mac (Sabtu) dan di Kuantan (Pahang) pada 13 Mac (Ahad).

Ujibakat adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan mestilah berumur tidak melebihi 40 tahun. Bagi mereka yang masih di bawah umur 18 tahun ke bawah harus ditemani oleh ibubapa atau penjaga ketika hadir di lokasi uji bakat.

Berikut adalah lokasi sesi ujibakat untuk program SEJUTA IMPIAN:

5 Mac 2011 Zon Tengah
AEON AU2, Setiawangsa, KL
1 Utama, New Wing Bandar Utama
Taman Tasik Titiwangsa, KL

5 Mac 2011 Zon Utara
Queensbay Mall, Pulau Pinang
AEON Seberang Jaya, Pulau Pinang

5 Mac 2011 Zon Selatan
AEON Tebrau City, Johor
AEON Bukit Indah, Johor

6 Mac 2011 Zon Tengah
Pasar Besar Cheras, KL
Sunway Pyramid, Petaling Jaya
AEON Bukit Tinggi, Klang

6 Mac 2011 Zon Utara
Alor Star Mall, Kedah
AEON Jusco Kinta City, Perak

6 Mac 2011 Zon Selatan
WETEX Parade, Muar, Johor
Mahkota Parade, Melaka

12 Mac 2011 Zon Pantai Timur
KB Mall, Kelantan
Giant Kuala Terengganu

12 Mac 2011 Zon Sabah
Warisan Square, Kota Kinabalu
1 Borneo, Kota Kinabalu

12 Mac 2011 Zon Sarawak
The Spring, Kuching
Boulevard, Kuching

13 Mac 2011 Zon Pantai Timur
East Coast Mall, Kuantan

Selain daripada menghadiri sesi ujibakat yang diadakan di seluruh Negara, pihak produksi juga mengalu-alukan penyertaan secara online menerusi emel di alamat rasmi sejutaimpian@tv3.com.my yang dibuka sekarang hingga 13 Mac 2011. Calon-calon yang berjaya disenarai pilih akan dihubungi oleh pihak produksi kelak.

Setiap episod akan dibahagikan kepada 3 elemen utama iaitu sesi perkenalan peserta dan panel juri, sesi penerangan dan manfaat impian ataupun hasrat yang ingin ditunaikan kepada masyarakat mahupun golongan yang disasarkan dan akhir sekali, keputusan panel juri. Bersesuaian dengan pemilihan para peserta yang terdiri daripada berlainan bangsa dan latarbelakang, barisan panel juri yang bakal memikul tugasan berat untuk menilai dan mampu mengubah kehidupan mereka yang terlibat juga terdiri daripada individu-individu yang mewakili pelbagai aspek dan bidang industri tempatan termasuklah selebriti tersohor, usahawan berjaya, tokoh politik, ahli akademia dan ramai lagi.

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, En. Ahmad Izham Omar menjelaskan, "Penglibatan kami di dalam projek ini dilihat sebagai salah satu cara menyambut baik saranan kerajaan dalam memikul tanggungjawab sosial yang telah diamanahkan. Dengan kerjasama dan sokongan padu daripada pihak TM & rakan di DB1M, SEJUTA IMPIAN bukan sekadar sebuah program televisyen tetapi merupakan satu platform positif yang menawarkan insentif berguna kepada belia Malaysia untuk merealisasikan impian dan hasrat terpendam selama ini.

Tanpa mengira latar belakang dan status individu, asalkan impian mahupun hasrat yang disarankan berkaitan rapat dengan pembangunan, membawa perubahan besar serta memberi kesan kepada komuniti setempat dan masyarakat, anda semua mungkin merupakan di antara individu bertuah yang terpilih untuk menerima habuan yang ditawarkan.

Seterusnya program ini juga diharap dapat menimbulkan kesedaran dan muhasabah diri sesama insan kerana kami percaya melalui mesej dan elemen kemasyarakatan yang disampaikan melalui segmen dan konsep SEJUTA IMPIAN, secara tidak langsung dapat membuka mata dan minda kita semua untuk berusaha meningkatkan potensi diri dan mengubah nasib bangsa."

Ikuti SEJUTA IMPIAN, satu platform positif untuk rakyat Malaysia dari pelbagai latarbelakang yang dipilih dan diberi peluang untuk merealisasikan impian ataupun hasrat yang terpendam. SEJUTA IMPIAN bakal ditayangkan di TV3 sebanyak 20 episod dan akan bersiaran selama setengah jam bermula 15 Mei 2011, setiap hari Ahad jam 7.30 petang. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini juga boleh melayari laman web rasmi di www.tv3.com.my/sejutaimpian.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Casa Impian Musim Baru di TV3
  • Ujibakat Program Realiti Terbaru ntv7
  • Qi & Izzati Jadi Pengacara Impian 1Malaysia
  • Ujibakat Ewah-Ewah di Sri Pentas Hari Ini dan Esok
  • One In A Million Musim Kedua Kembali di 8TV
  • Ujibakat Mencari Pelakon Drama Bersiri TARI TIRANA
  • Ujibakat Program Musical Game Show Ewah-Ewah TV3
  • Ujibakat Akademi Al-Quran Musim 5
  • Sebalik Tabir Ujibakat The Biggest Loser Asia
  • Pencarian Bakat Baru Dalam Juara Asyik 2009
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pelancaran Muka Depan Majalah EH! Edisi DIVA dan AMAL

    Posted: 28 Feb 2011 09:28 PM PST

    Pelancaran Muka Depan EH! Edisi DIVA dan AMAL

    Majlis pelancaran Muka Depan EH! Edisi DIVA dan AMAL telah berlangsung di Ruang Legar KLCC pada 19 Februari 2011 yang lalu. Turut hadir bersama adalah selebriti DIVA yang menghiasi muka hadapan Majalah EH! keluaran Mac, wakil PAPITA dan juga Pengarang Majalah tersebut, Puan Asiah Mion.

    Event EH!

    Seperti yang kita ketahui, jumlah penghidap penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, diabetes, tekanan darah tinggi, jantung dan juga barah di negara ini meningkat kita-kira 10 peratus dan ianya berlaku pada kalangan orang dewasa dan kanak-kanak.

    Masalah ini turut menimpa para penggiat seni tanah air seperti penyanyi, pemuzik dan juga penggubah lagu. Kos rawatan yang tinggi menyebabkan sesetengah daripada mereka terpaksa melalui saat getir dalam hidup dan terus berharap agar ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka.

    EH! telah mengeluarkan isu istimewa untuk keluaran Mac bertemakan DIVA dan AMAL.

    Kelebihan untuk keluaran ini, majalah EH! dengan alat solek DIOR telah bekerjasama dalam membuat kutipan amal, yang mana bagi setiap gincu DIOR Addict terbaru yang terjual, sebanyak RM2 akan disalurkan kepada PAPITA bagi membantu artis-artis yang memerlukan.

    Tempoh kutipan ini akan berlangsung selama sebulan bermula daripada majalah ini berada di pasaran iaitu pada 1 Mac 2011 hinggalah 31 Mac 2011.

    Event EH!

    Event EH!

    Event EH!

    Event EH!

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Imran Ajmain dan Sairah Cover Majalah SUTRA
  • Rancangan Raya Ziana Zain
  • Dato' Siti Nurhaliza Jadi Cover Girl Majalah VOGUE
  • Acara Badminton Amal – Terbuka Sinar Latifah Anjuran Sinar FM
  • Filem Avatar Edisi Khas dalam 3D
  • Majalah Sensasi Bertukar Selebriti, Saniboey Bersara dari Manja?
  • Gambar Kontroversi Amber Chia di Majalah Taiwan
  • AstroView Membawa Hiburan Di Luar Skrin TV
  • Party Masquerade Media Hiburan
  • Linda Onn, Adibah Nor dan Ezlynn di Pelangi Kasih Sempena Aidilfitri
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.