Adsense

Jumaat, 26 November 2010

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Keputusan muktamad

Posted: 25 Nov 2010 03:27 PM PST

Hip

pix_gal0
Siti Nurhaliza anggap sudah tiba masa berundur dan mengikuti ABPBH sebagai penonton

HASRAT untuk menarik diri dari menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) memang sudah lama disuarakan penyanyi ini. Namun, setiap kali dia meluahkan isi hatinya itu, setiap kali itu juga ia ditolak mentah-mentah.

Memang bukan mudah untuk pihak penganjur memberi keizinan kepada Datuk Siti Nurhaliza untuk meneruskan keputusannya itu.

Bukan saja Siti, aktor dan penerbit terkenal, Rosyam Nor yang pernah melahirkan hasrat yang sama. Namun ia tetap ditolak dengan baik oleh penganjur. Sebagai acara anugerah yang menjadikan pilihan peminat sebagai kuasa mutlak dalam menobatkan seseorang artis itu sebagai popular, adalah tidak adil rasanya jika penganjur bermurah hati membenarkan mana-mana artis yang dicalonkan menarik diri sewenang-wenangnya. Bagaimanapun selepas bertemu empat mata dengan pihak penganjur dan berbincang dari hati ke hati bersama penganjur sambil memberikan alasan yang kukuh akhirnya hasrat pemenang kategori Bintang Paling Popular sebanyak tujuh kali ini untuk tidak menyertai ABPBH diterima.

Dan buat pertama kalinya, nama Siti tidak tersenarai dalam peringkat pencalonan pencalonan awal yang diumumkan sewaktu sidang media pertama ABPBH 2010 yang diadakan di Victorian Ballroom, Holiday Villa, Subang petang kelmarin.

"Keputusan untuk menarik ini adalah muktamad. Siti sudah pun bertemu dengan pihak penganjur dan menerangkan sebab dan juga alasan mengapa Siti ingin menarik diri dari ABPBH. Bagaimanapun, seperti yang pernah Siti katakan sebelum ini, Siti cuma menarik diri dari bertanding. Dari segi lain, Siti tetap memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap ABPBH.

"Apabila Siti mengambil keputusan untuk tidak bertanding, Siti memang sudah memikirkannya masak-masak. Siti rasa sudah tiba masanya untuk Siti berundur dari dan hanya memerhatikan acara ini dari kerusi penontonnya," kata ujar Siti sambil mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menghormati keputusannya itu.
Tindakan Siti menarik diri dari menyertai acara itu ketika popularitinya masih di kemuncak seakan mengingatkan kembali apa yang pernah di lakukan Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dulu. Adakah Siti memang mahu mengikut jejak langkah mantan Perdana Menteri keempat itu ataupun Siti sebenarnya takut pada bayang-bayangnya sendiri?

"Siti akui memang Siti pernah meminta pandangan daripada Tun dan juga VVIP yang lain mengenai perkara ini. Ternyata mereka lebih suka supaya saya menarik diri kerana menurut mereka dalam situasi sekarang, populariti bukanlah sesuatu yang Siti perlu kejar. Berkenaan kononnya penarikan diri ini disebabkan Siti takut populariti jatuh, itu semua tidak benar sama sekali.

"Impian Siti hanyalah untuk melihat bakat baru mewarnai ABPBH. Itu saja," tegas Siti yang berjaya mempertahankan gelaran Penyanyi Wanita Popular untuk kali ke-13 berturut-turut.

Jika selama ini, gelaran Penyanyi Wanita Popular sering menjadi milik Siti sejak 13 tahun lalu, tentunya Siti juga kepingin untuk mengetahui siapakah pula penyanyi yang layak untuk mengambil alih tempatnya itu untuk ABPBH 2010.

"Pengunduran Siti dari ABPBH bukanlah untuk menguji atau melihat penyanyi wanita mana yang layak menggantikan Siti. Siti tidak pernah menganggap diri Siti sebagai terbaik walaupun sudah 13 tahun Siti pegang anugerah ini. Apa yang Siti lakukan ini adalah kerana mahu melihat proses peralihan itu nanti cantik. Itu saja," kata isteri kepada Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa ini.

Bagaimanapun, kata Siti, dia hanya menarik diri untuk ABPBH dan bukannya untuk acara anugerah yang membabitkan individu lain.

"Untuk Anugerah Industri Muzik (AIM), saya akan teruskan bertanding kerana ia membabitkan ramai pihak seperti komposer, penggubah, penulis lirik.

"Seperti yang kita tahu, AIM mengiktiraf semua yang berada di belakang tabir dalam pembikinan sesebuah album. Jadi adalah tidak adil jika Siti menarik diri. Lainlah kalau acara itu membabitkan Siti seorang saja," ungkap Siti sambil mengakui akan merindui saat-saat keputusan diumumkan sewaktu bergelar finalis.

Sebelum itu, penganjur ABPBH2010 menetapkan syarat untuk menarik diri daripada pencalonan anugerah ini hanya dibenarkan kepada mereka yang sudah memenangi gelaran Bintang Paling Popular sebanyak tiga kali atau lebih.

Syarat itu diumumkan oleh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH2010 yang juga Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar dalam sesi taklimat sempena pelancaran undian pusingan pertama ABPBH2010.

Restui pernikahan Saerah

HANYA kerana kelibatnya tidak kelihatan pada majlis pernikahan adiknya, Siti Saerah yang selamat bergelar isteri kepada Saiful Anuar pada 27 Oktober lalu, Siti didakwa tidak merestui perkahwinan itu.

Apatah lagi pernikahan Saerah dibuat secara senyap-senyap, tentunya pelbagai spekulasi yang timbul.

"Siti akui memang ramai yang tertanya-tanya ke mana Siti pada hari itu? Kebetulan, Siti dan suami terpaksa berangkat ke Singapura kerana ada acara yang sudah dipersetujui awal. Apapun, saya merestui perkahwinan Saerah. Pada Siti, jika jodoh sudah sampai, eloklah dia mendirikan rumah tangga.

"Mengenai perkahwinan Saerah yang dilangsungkan secara senyap-senyap, perkara itu ada kaitan dengan kehendak kedua-dua belah ahli keluarga. Mereka lebih suka jika majlis perkahwinan ini dibuat secara tertutup. Lebih bersifat peribadi. Jadi, kita kenalah hormati permintaan mereka," kata Siti menjelaskan perkara sebenar.

Sambil mengakui merestui perkahwinan adiknya itu, Siti juga mendoakan semoga ikatan suami isteri antara Saerah dan Saiful Anuar berkekalan hingga ke akhir hayat.

"Siti berharap semoga Saerah berjaya menjadi seorang isteri yang baik,"doanya.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Bangga jadi penaja ABPBH2010

Posted: 25 Nov 2010 03:19 PM PST

Hip

WAKIL penaja bersama artis dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul Shahid serta Ahli Jawatankuasa Induk ABPBH2010.

WAKIL penaja bersama artis dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul Shahid serta Ahli Jawatankuasa Induk ABPBH2010.

Pelbagai syarikat beri sokongan padu kepada anugerah berprestij

ANUGERAH Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang sudah memasuki edisi ke-24 menjadi majlis pengiktirafan berprestij yang sentiasa meraih perhatian ramai termasuk penggiat seni, peminat dan tidak ketinggalan penaja apabila setiap tahun memberikan sokongan padu.

Antara syarikat yang turut merealisasikan penganjuran acara tradisi kelolaan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) tahun ini adalah Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETMSB), Hotel & Suite Holiday Villa Subang, Resort World Genting dan Orang Kampung Corporation (M) Sdn Bhd.

Turut bekerjasama sebagai penaja ABPBH 2010 seperti Euro Moda dan Gulatis, manakala TV3 dan HotFM sebagai penyiar rasmi selain Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIM). Ada di antaranya sudah bersama dengan ABPBH sejak bertahun-tahun lalu seperti Resort World Genting yang menyediakan lokasi acara ini berlangsung iaitu di Arena of Stars Genting Highlands, tetapi tidak kurang yang baru pertama kali memberikan sokongan seperti Hotel & Suites Holiday Villa Subang dan Orang Kampung Corporation.

Pengarah Eksekutif ETCMSB, Datuk Dr Ang Bon Beng, berkata ganjaran utama berupa kereta mewah yang ditawarkan kepada Bintang Paling Popular setaraf dengan gelaran manakala hadiah Nissan Grand Livina kepada pembaca umpama penghargaan di atas sokongan pengguna.

"Jika tahun lalu penerima gelaran utama, Datuk Siti Nurhaliza membawa pulang Nissan X-Trail, tahun ini kami bakal menyerahkan Nissan Teana namun hadiah pembaca juga tidak kurang hebatnya iaitu Nissan Grand Livina yang turut membuktikan komitmen kami terhadap acara seumpama ini," katanya.

Pengurus Promosi dan Hiburan Resort World Genting, Veron Loo, berkata pihaknya berbangga berpeluang membantu merealisasikan sebuah penganjuran majlis penganugerahan untuk penggiat seni tempatan sejajar lokasi pusat peranginan itu sendiri-kota hiburan.
"Sambutan terhadap ABPBH begitu hebat apabila setiap kali majlis berlangsung, Genting Highlands dipenuhi pengunjung dan kami sebagai penyedia lokasi tidak ketinggalan memberikan diskaun untuk membolehkan mereka menikmati pengalaman di taman tema sebelum mengikuti acara berkenaan," katanya.

agi Pengarah Eksekutif Euro Moda Sdn Bhd, Jasleen Kaur, berkata ABPBH sudah menjadi satu jenama kukuh dalam industri hiburan yang mendorong Euro Moda dan Gulati's memeriahkan lagi anugerah berprestij itu dengan memberikan sokongan padu.

"Majlis anugerah tidak akan mungkin gah tanpa fesyen dan bertepatan dengan jenama Euro Moda dan Gulati's sebagai pengedar fabrik berkualiti, kita yakin malam bertemakan Moden Klasik itu lebih berseri dengan fabrik hebat kami," katanya.

Pengurus Promosi dan Pengiklanan Orang Kampung Corporation, Ramli Abd Aziz pula berkata kempen ABPBH yang berlangsung selama enam bulan hingga majlis bermula menepati rangka promosi produk terbaru Orang Kampung berupa minuman tenaga Chantek.

"Seperti mana peminat ABPBH yang terdiri daripada pelbagai golongan, sasaran pengguna minuman herba itu untuk lelaki dan wanita membuatkan kami yakin kerjasama dua hala ini memberi manfaat kepada semua pihak selain berkongsi rahsia kecergasan dengan masyarakat," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Hotel & Suites Holiday Villa Subang, Azhar Mohamad, berkata ABPBH antara majlis pengiktirafan yang diadakan khusus untuk semua karyawan muzik, filem dan penyiaran membuatkan pihaknya teruja untuk menjalin kerjasama dalam menyediakan lokasi bagi sebarang acara pra penganugerahan itu.

"Sebagai hotel yang dilengkapi pelbagai kemudahan serta berada di pinggir tasik, Holiday Villa Subang adalah lokasi terhebat untuk penganjuran sebarang acara bagi sebarang sidang media mahu pun sesi fotografi bagi mewar-warkan ABPBH 2010," katanya.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.