Adsense

Jumaat, 26 November 2010

Zon Artis

Zon Artis


Penonton Malu Mengaku Tonton Filem 2 Alam dR Rozmey

Posted: 26 Nov 2010 11:31 AM PST

FILEM 2 ALAM DR ROZMEY

Kesian pula kami kat dR Rozmey lepas membaca artikel yang diterbitkan oleh akhbar favorite kami iaitu mStar Online bilamana ada penonton 2 Alam malu mengaku yang mereka menonton filem terbitan dR Rozmey itu.

Menurut mereka, filem terbitan dR Rozmey itu kurang berkualiti dan sangat membosankan. Malah ianya juga secara tidak langsung telah memberi persepsi buruk kepada filem Melayu lain.

Kami tak berani nak komen lebih-lebih sebab kami tak tengok lagi 2 Alam tu dan rasanya memang takkan tengok kot. Tunggu keluar kat TV sudah. Itupun kalau ada stesen TV yang nak siarkanlah. Huhu..

Anda baca komen penuh penonton kat mStar Online tu DI SINI

Cuma, kalau la kami ni dR Rozmey kan, confirm kami dah tak mahu tunjuk muka lagi kat mana-mana media. Malu beb bila ada orang cakap yang diorang malu nak mengaku yang diorang menonton filem kami.

Tambahan pula, dah canang satu Malaysia yang filem tu akan 'memecahkan panggung' dan menjadi fenomena mengalahkan Tsunami 5 tahun lepas serta mampu mencatat kutipan RM40 juta. Tapi?

FILEM 2 ALAM DR ROZMEY

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada FINAS, kutipan filem 2 Alam setakat ini baru mencecah RM230,000 atau dalam juta'nya (saja nak sedapkan hati dR Rozmey) RM0.23 juta. Pelik pula sebab kat Harian Metro hari tu cakap yang kutipan pada hari pertama dah cecah RM2 juta.

Hairan lah, macam mana wartawan Harian Metro tu buat kerja agaknya yer? Patutlah menjadi akhbar pilihan untuk artis menegak'kan benang yang basah. Buat kerja main terima bulat-bulat je. Sigh.

Sebenarnya banyak sebab yang menyumbang kepada kegagalan filem sulung dR Rozmey ni. Salah satunya malah yang kami rasakan paling utama adalah disebabkan 'cakap besar' dan over confident dR Rozmey tu. Kami yang dengar pun dah rasa meluat nak bagi target RM4 juta tu tercapai.

Sebab itu ramai (termasuklah kami) yang taknak pergi panggung untuk tengok 2 Alam tu, takut dR Rozmey jadi riak melampau-lampau bila target tak masuk akal beliau tu tercapai. Plus diorang nak tengok sejauh mana 'cakap besar' dR Rozmey tu mampu menjadi kenyataan.

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.