Adsense

Jumaat, 26 Ogos 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Enggan terburu-buru

Posted: 25 Aug 2011 03:15 PM PDT

Hip

Tolak tawaran filem demi timba pengalaman berlakon

SEBELUM wanita cantik ini muncul di kaca televisyen, beraksi dalam drama Suria Di Cordoba dan Ramadan Terakhir, dia sebenarnya terlebih dulu menarik perhatian produser filem.

Bagaimanapun, enggan terburu-buru mengejar nama, pemilik nama Anzalna Nasir ini secara baik menolak lamaran yang datang. Bukan mengetepikan rezeki atau tidak mahu bergelar bintang filem, namun keyakinannya untuk muncul di layar lebar ketika itu belum benar-benar bersarang di jiwa. Seboleh-bolehnya dia ingin menimba pengalaman berlakon drama TV terlebih dulu.

Saya tidak mahu penampilan sulung dalam filem menerima kutukan apabila filem itu ditayangkan nanti. Begitu juga saya tidak suka menyusahkan pengarah dan kru di lokasi, kalau lakonan saya asyik tidak menjadi. - Anzalna Nasir, Pelakon.

Anzalna sendiri sedikit pun tidak menyesal apabila menolak tawaran berlakon filem.

"Saya nak cari menimba pengalaman dan belajar serba-sedikit mengenai lakonan. Saya tidak mahu penampilan sulung di filem menerima kutukan apabila filem itu ditayangkan nanti. Begitu juga saya tidak suka menyusahkan pengarah dan kru di lokasi, kalau lakonan saya asyik tidak menjadi. Apa pula kata mereka kalau untuk satu adegan saja, mereka terpaksa mengulanginya sampai berpuluh-puluh kali?

"Jadi, biarlah saya pungut pengalaman menerusi lakonan di TV dulu. Lagipun saya berasakan, tiada apa yang perlu saya kejar dan buat apalah hendak terburu-buru? Saya percaya, kalau ada rezeki, pasti ada tawaran lain yang datang selepas ini," kata bakat baru ini.

Mungkin kini namanya semakin meniti bibir peminat dan penerbit, namun tidak lama dulu empunya diri tidak pernah terfikir untuk menjadikan lakonan sebagai karier. Apatah lagi apabila minat asalnya lebih kepada nyanyian.
Menurutnya, dia memang menjangkakan peluang untuk melangkah ke dunia seni pasti ada. Begitupun, dia tidak menyangka, ruang dihulurkan itu lebih terarah kepada lakonan.

"Jadi, apabila saya mula-mula berlakon dulu, saya dapat rasakan aksi saya di depan kamera agak kaku. Namun, menerusi penampilan kedua dalam Ramadan Terakhir, lakonan saya mula mendapat maklum balas yang positif.

"Sejak itu, saya berazam untuk mempertingkatkan keupayaan diri. Kalau diizinkan, saya juga teringin mengikuti kelas lakonan. Namun buat waktu ini, saya banyak belajar di lokasi, serta daripada pemerhatian yang dilakukan terhadap lakonan bintang lebih berpengalaman lain.

"Sewaktu awal-awal dulu, saya banyak juga belajar daripada Adi Putra, yang berlakon bersama-sama dalam Suria Di Cordoba. Dia tidak lokek memberikan petua bagaimana untuk menghayati watak dan menguasai dialog. Kini, bersama drama terbaru, lebih banyak lagi ilmu yang saya pelajari," ujar Anzalna yang meminati pelakon Nazim Othman dan Fauziah Nawi.

Katanya lagi, sebelum bergelar pelakon, dia sebenarnya bukanlah kaki wayang, apatah lagi untuk melekat berjam-jam menonton drama bersiri di TV.

"Bahkan, saya pernah ditarik telinga apabila tertidur dalam pawagam, tidak lama selepas filem diputarkan," katanya sambil ketawa kecil.

Namun kini, dia berasakan dirinya perlu untuk lebih kerap menonton persembahan pelakon lain, demi memantapkan lagi kemahiran diri.

Menangis kerana adik saudara

ADA pengorbanan perlu dilakukan wanita ini apabila berhasrat menjadikan lakonan sebagai periuk nasi. Percintaannya jejaka terputus dek wujudnya percanggahan antara mereka, apabila dia memilih untuk menjadi anak seni.

"Sedangkan, dialah yang banyak menggalakkan saya untuk menyertai Dewi Remaja tidak lama dulu. Namun, apabila tawaran berlakon tiba, dia kurang bersetuju untuk saya bergelar pelakon. Jadi, demi kebaikan masing-masing, kami mengambil keputusan bawa haluan sendiri," katanya yang kini mengaku belum mempunyai pengganti.

Bagi Anzalna, tawaran yang dihulurkan penerbit tentu sekali peluang terbaiknya untuk mencari rezeki. Ditambah minat yang kian bercambah, maka dia beranggapan amat merugikan sekali jika peluang itu ditolak ke tepi.

"Jauh di sudut hati, saya memang ingin mengumpul wang, bukan saja untuk masa depan sendiri, tetapi juga demi membantu adik saudara saya yang menghidap penyakit buah pinggang. Sudah lama saya memasang impian untuk membantunya, apatah lagi dia sendiri bukanlah daripada keluarga yang berada.

"Malah, dia jugalah yang saya kenangkan, ketika dikehendaki melakonkan babak menangis dalam Ramadhan Terakhir. Jika tidak kerana adik saudara saya itu, belum tentu saya dapat menjiwai babak sedih dalam drama arahan Ungku Ismail Aziz ini," katanya yang mempunyai Diploma dalam pengajian bahasa dari sebuah kolej di Tasmania, Australia.

Menjadikan Datuk Siti Nurhaliza sebagai idolanya dalam dunia nyanyian, Anzalna yang pernah dibesarkan di Kanada bercerita, dalam drama bersiri yang menghiasi slot Samarinda itu, dia berlakon sebagai Rossa, kekasih kepada Daniel (lakonan Aeril Zafril). Sebagai Rossa, dia perlu menjadi wanita yang sanggup berbuat apa demi kekasih.

Selain dirinya, turut berlakon dalam drama itu ialah Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shilla, Jaslin Puasa dan Eyka Farhana.

INFO: Nur Anzalna Nasir
Tarikh lahir: Januari 1988
Asal: Pulau Pinang
Profesion: Pelakon
Drama: Suria Di Cordoba, Ramadhan Terakhir
Hobi: Menyanyi, melancong.


Semuanya konspirasi terancang?

Posted: 25 Aug 2011 03:02 PM PDT

Hip

Raja Azmi bersama Roslin pada sidang media untuk memperjelaskan isu mereka.

Raja Azmi bersama Roslin pada sidang media untuk memperjelaskan isu mereka.

Raja Azmi dakwa ada pihak sengaja mengganggu rumah tangga dan mengaibkan dirinya

SEKALI lagi air mata menjadi peneman setia penerbit filem sensasi, Raja Azmi Raja Sulaiman. Jika tahun lalu butiran air mata itu berguguran dek dakwaan khalwat dengan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim disusuli kes bermalam di lokap gara-gara tidak hadir ke mahkamah berikutan kes tanah, kelmarin tangisannya lebih menjurus kepada rasa hiba kerana ditohmah tanpa henti.

Untuk berita lanjut, dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.

Saya tidak berdendam dengan sesiapa dan jika dia sedia tampil mengakui segala perbuatannya, saya sedia memaafkan namun permohonan menarik balik artikel yang disiarkan di internet tetap saya teruskan". - Raja Azmi Raja Sulaiman, Penerbit filem