Adsense

Ahad, 24 Oktober 2010

OHBULAN!

OHBULAN!


(Gambar) Mitsubishi Lancer Sportback 2.4 RalliArt, RM135400

Posted: 24 Oct 2010 04:24 AM PDT

Ini cubaan pertama kami untuk menulis artikel berkenaan kereta, bukan mudah sebenarnya kerana kami tidak mempunyai kemahiran teknikal seperti yang dimiliki oleh rakan media, Paultan.org.

Belum test-drive, hati kami terus tertawan dengan bentuk sporty yang dimiliki oleh keluaran terbaru Mitsubishi, Lancer Sportback Ralliart. Terdapat 2 versi bagi kategori ini, iaitu Lancer Sportback dan Lancer Sportback Ralliart – Limited Edition yang masing-masing berharga OTW RM132,980 dan RM134,500.

Lancer Sportback Ralliart dilengkapi dengan enjin MIVEC 2.4L, untuk kereta seberat 1.9 tan enjin ini memang mempunyai cukup tenaga untuk memecut ketika di lebuh raya mahu pun ketika memotong. Dari segi exterior, kereta ini disifatkan cukup seksi melengkapi citarasa seorang eksekutif muda yang inginkan perhatian daripada gadis-gadis di luar sana di samping mengekalkan mood seorang pemecut tegar.

Didatangi dalam 3 warna, iaitu Lightning Blue, White Sold dan Black Mica, 3 variasi warna yang popular ini menjadi pilihan Mitsubishi. Selain itu, saduran chrome pada ekzos melengkapkan ciri awesome sebuah kereta bernama Lancer.

Dari segi interior pula, sekali masuk, fuh selesa habis. Tempat duduknya jenis sporty dibaluti dengan kulit Nappa yang kerap kali diguna pakai dalam kenderaan kelas mewah. Macam duduk dalam kereta menteri beb!

Lagi gambar tangkap leleh Lancer Sportback selepas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.