Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Now Everyone Can Fly to Australia Air Asia X Posted: 02 Feb 2011 08:26 AM PST BERSIAP SEDIALAH! 8TV DAN AIR ASIA X AKAN MEMBAWA ANDA MERASAI PENGALAMAN UNIK DI AUSTRALIA Menjelajah dunia dan mempelajari budaya yang berbeza membantu kita untuk menjadi lebih berpengetahuan, mencabar diri sendiri, melepasi daya batasan kita dan menghargai kenikmatan dunia. Samada anda berharap untuk terbang tinggi, mengalami pengalaman liar, atau penjelajahan di ke tanah tinggi, Australia adalah tempat untuk anda merasai pengalaman penuh adrenalin ini. Terkenal di dunia sebagai sebuah negara yang mempunyai keajaiban alam dan ruang yang terbuka lebar, pantai, gurun, daerah pendalaman, Australia juga mempunyai struktur perbandaran yang moden yang menjadikannya sebagai salah satu tempat yang sempurna untuk dikunjungi. Kali ini, 8TV bersama-sama dengan Air Asia X akan membawa anda merasai pengalaman baru ke Australia melalui sebuah program baru – Now Everyone Can Fly to Australia. Program ini bakal memaparkan lokasi terbaik dan tempat yang paling menarik untuk dikunjungi di Australia. Program ini juga bertujuan mendalami adab dan budaya di Australia di samping berkunjung ke tempat-tempat yang menarik tanpa perlu membelanjakan wang yang banyak. Now Everyone Can Fly to Australia adalah sebuah program terbitan 8TV yang bekerjasama dengan Air Asia X. Setiap isi kandungan episod sudah semestinya disesuaikan dengan matlamat Air Asia yang ingin mempromosikan tawaran pakej istimewa mereka yang cukup berbaloi dan menguntungkan penonton setia. Bersama-sama Ng Kar Yoon yang bertindak sebagai hos, anda dapat melihat pengembaraan hebat beliau dari yang bermula dari Gold Coast, Melbourne, Tasmania hingga ke Perth!
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, En Azran Osman-Rani Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, En Azran Osman-Rani berkata,
Cik Maggie White, Pengurus Besar Bahagian Asia Tenggara, Pelancongan Australia.
Hos program Nikmati budaya Australia yang cukup terkenal dengan pantai yang putih dan bersih, serta pemandangan matahari terbenam di gurun merah dalam Now Everyone Can Travel to Australia. Program 10 episod ini akan membawa anda meneroka tempat-tempat menarik di seluruh Australia! Jangan lupa untuk menonton Now Everyone Can Travel to Australia, setiap Ahad, bermula 13 Februari 2011, jam 7.00 malam hanya di 8TV. Anda juga boleh menonton 8TV di saluran 708 Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan harian, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Pada majlis sidang media ini juga, pihak media yang hadir telah berpeluang untuk memenangi pakej melancong ke Australia selama 5 hari di sana. Hanya seorang sahaja yang dipilih menerusi cabutan bertuah. Dan… siapa sangka nama Budiey dipanggil untuk menerima pakej pelancongan ke Australia itu. Memang rezeki Budiey pada hari tu. Rasa seronok juga sebab dapat melancong berdua. Eh, siapa tak seronok kalau dapat durian runtuh macam ni. Pakej ni termasuk dengan 2 tiket pergi balik dan penginapan di sana. Budiey diberi pilihan samada untuk terbang ke Gold Coast, Tasmania dan Melbourne. Ramai member Budiey kata, Gold Coast la best. Tapi itu bergantung pada anda, ikut selera dan citarasa masing-masing. Kalau diberi pilihan macam tu, Budiey memang nak pilih Gold Coast. Terima kasih kepada Air Asia X dan Australia Tourism serta 8TV yang menaja pakej pelancongan ini. Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Filem Blockbuster di TV2 Tahun Baru Cina Posted: 02 Feb 2011 08:04 AM PST 9 FILEM BLOCKBUSTER TEMUI PENONTON TV2 TAHUN BAHARU CINA INI Bagaimanakah sambutan perayaan dapat mengeratkan hubungan? Pastinya pelbagai pendekatan diambil semua pihak dalam merealisasikan impian mengeratkan hubungan persahabatan dan persaudaraan apatahlagi menjelangnya perayaan Tahun Baharu Cina yang diraikan seluruh penganut agama Buddha pada 3 dan 4 Februari depan. Namun seolah satu kewajiban pihak stesen TV menjanjikan variasi tayangan filem-filem hebat yang bakal disiarkan menerusi saluran Dunia Ria, TV2 sepanjang perayaan ini. Bermula pada 2 Februari 2011, jam 9.00 malam penonton terutama dikalangan penggemar filem-filem animasi dijanjikan dengan tayangan filem Storm Rider : Clash Of The Evils yang plot ceritanya diambil dari cerita asal dua watak utama iaitu Wind dan Cloud. Kemudiannya pada hari sama jam 11.00 malam, filem Shrek The Third pula mengambil tempat menghiburkan penonton dengan kisah Putera Charming berada di atas pentas sebuah dewan. Dia diejek apabila peralatan set terjatuh. Charming terus meninggalkan dewan tersebut dengan kecewa dan bersumpah suatu hari nanti akan menjadi seorang raja. Keesokkannya pada 3 Februari 2011, saksikan pula filem Rob – B – Hood, sebuah filem aksi komedi mengisahkan penculikan seorang bayi oleh kumpulan perompak yang dianggotai oleh Thong dan Octopus. Penculikan ini dilakukan bagi pihak sebuah kumpulan kongsi gelap. Thong dan Octopus telah menjaga bayi itu sebelum diserahkan kepada kumpulan tersebut. Namun sanggupkah keduanya menyerahkan bayi comel itu kepada mereka setelah rasa sayang timbul di hati untuk menyelamatkan bayi itu? Dibintangi oleh Jackie Chan, Louis Koo dan Micheal Hui, filem ini menemui penonton jam 9.00 malam. Seterusnya menyusul filem hebat Toy Story yang disiarkan jam 11.00 malam yang meminjam suara pelakon terkenal Tom Hanks sebagai Woody, Tim Allen sebagai Buzz Lightyear dan Don Rickles sebagai Mr. Potato Head. Filem animasi ini mengisahkan Woody, patung 'cowboy' yang menjadi ketua kepada sekumpulan permainan kanak-kanak. Permainan tersebut adalah kepunyaan seorang kanak-kanak lelaki bernama Andy. Kumpulan patung ini bertukar menjadi seperti manusia apabila tiada orang di sekeliling mereka. Kisah Puak Huns yang diketuai oleh Shan Yu yang sangat kejam menceroboh Puak Han di China, memaksa Maharaja China member notis kerahan tenaga kepada semua rakyat jelata yang mana setiap keluarga perlu menghantar seorang ahli keluarga mereka menjadi askar pula melatari filem Mulan 2 yang disiarkan pada 4 Februari 2011, jam 9.00 pagi. Kisahnya berlanjutan dengan watak Fa Mulan yang mendengar kerahan tersebut, dia rela untuk menggantikan bapanya, Fa Zhou. Dia bertindak menyamar menjadi lelaki bernama Ping. Bapanya berdoa kepada nenek moyang mereka untuk meminta perlindungan. Nenek moyangnya menghantar naga untuk menjaga Mulan. Sebelah malamnya, jam 12.00 malam pula filem RV yang mengisahkan Bob Munro, seorang eksekutif di sebuah syarikat minuman di California. Bob berdepan dengan keluarga yang tidak teratur dengan dua orang anaknya. Ketika percutian yang dianjurkan oleh syarikatnya, mereka sekeluarga terlibat dengan kemalangan dan mereka telah bertembung dengan sebuah keluarga lain. Apakah yang berlaku di antara mereka? Saksikan kesudahan filem menarik lakonan hebat Robin William, Jojo dan Victoria Heilman ini seterusnya. Pada 5 Februari 2011 pula penonton berpeluang menyaksikan tiga filem berturut-turut iaitu The Emperor's New Groove (jam 10.00 pagi), Go Home (jam 4.00 petang) dan National Treasure : Book Of Secret (jam 11.00 malam) yang berbeza genre untuk seisi keluarga. The Emperor's New Groove, sebuah filem animasi komedi, Yzma merancang untuk membina sebuah taman air baru untuk dirinya sendiri sempena hari lahirnya. Lalu apakah yang terjadi selanjutnya? Mengisi slot Saturday Nite Special On 2, filem National Treasure : Book Of Secret mengajak penonton menghayati situasi berlaku lima hari selepas tamat Perang Sivil, John Wilkes dan Micheal O'Laughlen ahli Kelab KGC, berjumpa Thomas Gates, seorang pakar dalam menyelesaikan masalah. Thomas diberi kod dari diari Booth untuk diterjemah. Pada masa sama, Booth telah meninggalkan Teater Ford's untuk membunuh Presiden Abraham Lincoln. Apabila Thomas sudah memperolehi tanda tersebut, kod it menunjukkan lelaki itu pergi ke Cibola yang dikenali Bandar Emas dan mempunyai niat jahat untuk mendapatkan harta karun. Bagi mengetahui apakah kesudahan dan plot-plot menarik ingin dikongsi sembilan filem-filem hebat ini, pastikan anda meluangkan masa sepanjang perayaan ini dengan menonton saluran Dunia Ria, TV2. Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |