Adsense

Khamis, 3 Februari 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Dunia baru Amber-Nadia

Posted:

Dunia baru Amber-Nadia

Dunia baru Amber-Nadia



KEDUA-DUA figura jelita ini baru sahaja melepasi satu lagi episod hidup yang memberi 1001 keistimewaan tersendiri.

Aktres dan model tersohor, Amber Chia kini beralih status daripada seorang isteri kepada seorang ibu selepas melahirkan seorang bayi lelaki pada penghujung September tahun lalu.

Pendatang baru, Nadia Heng pula sedang mempersiapkan diri untuk beraksi di pentas peragaan dan mencuri tumpuan lensa selepas dia dinobat juara Ratu Cantik Malaysia 2010.

Begitupun, apa yang pasti, sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini, kedua-dua rupawan itu mengharapkan dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dalam kehidupan dan keseimbangan dalam apa juga yang dilakukan.

Anak perempuan

Memulakan bicara dengan Amber terlebih dahulu, model tinggi lampai itu memberitahu, sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini memang mempunyai kelainan yang amat ketara bagi dirinya.

Selepas selamat berkahwin dengan dengan kekasihnya, Adrian Wong, 37, pada 25 Mac tahun lalu, kehidupan Amber kini diserikan dengan kehadiran Ashton Wong dan perayaan tahun ini merupakan yang terindah baginya.

"Tahun ini ada kelainan sebab saya akan sambut dengan suami dan anak. Selain itu, tahun ini juga merupakan tahun pertama saya beri angpau kerana sudah berkahwin. Sudah tentu ramai orang akan cari saya untuk mendapatkan angpau.

"Pada tahun ini juga, buat pertama kalinya saya akan merayakan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur kerana anak saya masih kecil. Jadi, pada tahun ini, rumah saya akan menjadi tumpuan sanak saudara untuk beraya bersama-sama," katanya yang sebelum ini akan balik ke Tawau, Sabah untuk beraya.

Amber yang ditemui semasa majlis pertunjukan fesyen The Green Cheongsam di The Weld, Kuala Lumpur baru-baru ini turut meluahkan keterujaan membeli-belah pakaian untuk Ashton sehingga persiapan sendiri perlu ditangguhkan sementara.

"Semua kelengkapan untuk anak saya sudah siap sehingga persiapan saya sendiri tertangguh. Bagi saya, semua ibu pun begitu, mereka lebih dahulukan kelengkapan anak berbanding diri sendiri.

"Begitupun, saya masih sempat untuk membeli perhiasan rumah yang baru dan warna merah menjadi warna pilihan. Bagi saya, setiap kali tiba hari perayaan, saya mahu semua kelihatan baru termasuk pakaian dan perhiasan rumah dan itu sememangnya merupakan tradisi masyarakat Cina," katanya yang lahir pada tahun rusa.

Sekalipun sudah mempunyai keluarga sendiri, Amber tidak akan sesekali meninggalkan rutin azalinya sebagai seorang model kerana bidang itu merupakan minatnya sejak sekian lama.

"Walaupun sudah bergelar ibu, saya akan terus menjadi model dan pada masa depan, jika khidmat saya masih diperlukan, saya akan terima. Pada masa yang sama, saya juga mahu mengukuhkan lagi perniagaan saya.

"Pada tahun ini, saya berhasrat untuk membuka dua lagi cawangan Amber Chia Academy di Pulau Pinang dan Johor Bahru selepas dua cawangan pertama di Petaling Jaya dan Melaka menunjukkan prestasi yang baik," tutur anak ketiga daripada enam adik beradik itu.

Amber juga amat bertuah apabila ibunya yang sudah berpindah dan menetap bersamanya kini akan menjaga Ashton pada sebelah siang sewaktu Amber dan suami keluar bekerja.

"Selepas kelahiran anak saya, ibu saya adalah orang yang paling gembira kerana Ashton adalah cucu lelaki pertama dalam keluarga. Dalam adik-beradik saya pun hanya ada seorang lelaki sahaja. Cucu pertama dalam keluarga saya ialah perempuan dan kini dia sudah berusia 12 tahun, jadi selama 12 tahun ibu saya menunggu saat-saat kehadiran bayi lelaki," ujarnya dengan diiringi tawa kecil.

Selain mahu mengukuhkan empayar perniagaannya, Amber turut menyimpan impian untuk memilik seorang lagi anak pada tahun depan iaitu pada tahun naga.

Hanya mahukan dua cahaya mata, Amber sangat berharap agar anak bongsunya itu nanti merupakan anak perempuan.

Bagi model berusia 30 tahun itu, kedatangan tahun arnab pada perayaan tahun ini tidak mempunyai banyak perbezaan kerana ia hanya melambangkan karakter seseorang sahaja.


PERAYAAN Tahun Baru Cina kali ini begitu membahagiakan hidup Amber dan Nadia.


"Bagi saya, ia tidak bermakna apa-apa. Semua binatang bagus. Bagi saya apa yang paling penting ialah pembawaan diri sendiri kerana ia yang akan menentukan hala tuju hidup seseorang.

"Bercakap mengenai feng shui pula, saya tidak akan mempercayainya 100 peratus, tetapi saya akan tetap dengar dan ambil tahu mengenainya," jelasnya ringkas.

Isu kahwin

Berdarah campuran Inggeris-Cina, Nadia Heng tidak pernah sesekali melepaskan peluang untuk berkumpul bersama keluarga tersayang untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina.

Seperti tahun-tahun sudah, Nadia bersama kakak dan ayahnya akan balik beraya di Port Dickson, Negeri Sembilan untuk bersama ahli keluarga yang lain.

"Selepas menetap di United Kingdom kira-kira 10 tahun yang lalu, saya menghabiskan masa kanak-kanak saya dengan membesar di Port Dickson dan itulah kampung saya.

"Jadi, setiap kali Tahun Baru Cina, kami sekeluarga akan balik ke sana meskipun pada tahun ini hanya segelintir sahaja keluarga yang akan balik," kata model berusia 25 tahun itu.

Sebaik bergelar Ratu Cantik Malaysia pada Oktober tahun lalu, dunia yang ditempuhi Nadia kini sedikit asing baginya yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai perhubungan awam.

"Kini semuanya serba baru bagi saya dan semakin hari saya sibuk dengan pelbagai acara. Dulu saya yang bertugas menjemput media datang ke majlis yang diadakan, kini saya pula yang dijemput.

"Seronok juga berada dalam keadaan sebaliknya. Dengan pengalaman yang saya ada sebagai pegawai perhubungan awam, saya semakin memahami keperluan antara media dan selebriti," katanya.

Mengakui bidang peragaan merupakan pekerjaan yang menarik, Nadia pada masa yang sama masih lagi menjadikan kerja pertamanya iaitu pegawai perhubungan awam sebagai kerja separuh masa.

"Saya baru berhenti bekerja, tetapi masih lagi membuat kerja perhubungan awam secara bebas," tuturnya.

Gemar menguji diri

Sebelum terlibat dengan pertandingan ratu cantik, wajah Nadia sudah banyak kali menghiasi kaca televisyen dengan menceburi bidang pengacaraan dan pernah membintangi iklan seperti Spritzer dan jenama kosmetik, Revlon.

Antara rancangan yang pernah dikendalikan oleh pemegang Ijazah Sarjana Komunikasi Pemujukan Universiti Sains Malaysia itu ialah Health Blitz di TV2 serta dua program ntv7, Deal or No Deal (ntv7), dan Breakfast Show.

"Saya memang gemar untuk meneroka bidang-bidang baru untuk menguji kemampuan diri saya. Saya mahu mendapatkan banyak pendedahan sebanyak mungkin untuk memajukan diri sendiri. Saya juga mahu mencuba untuk berlakon.

"Bagi saya, kita hanya muda sekali sahaja. Ambil peluang untuk lakukan apa yang kita mampu dan kecapi segala kemahuan yang kita inginkan," luahnya.

Tatkala disogok dengan isu kahwin, Nadia hanya tersenyum dan mengakui hatinya kini sudah dimiliki oleh seseorang.

"Benar saya sedang bahagia dengan seseorang, tetapi kami tidak pernah lagi membicarakan tentang perkahwinan. Saya masih agak muda untuk berkahwin!," ujarnya dengan nada sedikit menjerit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Komposer malar segar

Posted:

Komposer malar segar

Komposer malar segar

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


KARYAWAN yang cukup sinonim dengan bidang penulisan lirik lagu, Habsah Hassan muncul dengan lirik sulung karyanya pada tahun 1976 untuk lagu Terkenang.


TREND masa kini, kebanyakan penyanyi juga merupakan seorang komposer. Tidak seperti dahulu yang mana komposer hanya memberi fokus dalam bidang penciptaannya sahaja.

Selain Saari Amri, ramai lagi komposer dan penulis lirik tempatan yang mana karya mereka tetap malar segar sehingga ke hari ini - kecuali M. Nasir yang juga merupakan seorang penyanyi tetapi dalam masa yang sama merupakan seorang komposer.

Habsah Hassan

Penulis lirik terkenal Habsah Hassan memulakan kerjayanya dalam bidang seni sebagai penulis skrip filem, televisyen dan radio sejak tahun 1967.

Lirik yang pertama dihasilkan adalah untuk lagu Terkenang yang melodinya dicipta Ooi Eow Jin pada tahun 1976 dan dinyanyikan oleh Zulkiflee Ahmad, Juara Bintang RTM 1975. Selepas itu, Habsah menghasilkan lirik untuk Sudirman Haji Arshad, Salamiah Hassan dan Dahlan Zainuddin yang bernaung di bawah label Warnada ketika itu.

Antara lirik terawalnya termasuklah Teriring Doa dan Suratku Yang Ini (Sudirman), Tak Guna Dikesalkan (Salamiah Hassan) dan Ditinggalkan (Dahlan Zainuddin). Setelah lebih 30 tahun berkecimpung dalam bidang penulisan lirik, Habsah telah menghasilkan lebih 1,000 lirik lagu. Lagu-lagu popular yang menggunakan khidmat Habsah seperti Merisik Khabar (Sudirman), Aku Hanya Pendatang (Francisca Peter), Wajah Rahsia Hati (Fauziah Ahmad Daud), Kau Yang Tersendiri (Jay Jay), Sendiri (Jamal Abdillah) dan Suratan Atau Kebetulan (Kenny Remy & Martin). Hujung tahun lalu sebuah album berjudul Untaian Ilham Estetika Habsah Hassan telah diterbitkan dan sebanyak 32 lagu telah dimuatkan dalam album tersebut.

Adnan Abu Hassan

Komposer Adnan Abu Hassan mendapat pendidikan di Berklee College of Music, Boston, Amerika. Memulakan kerjayanya dalam bidang muzik pada tahun 1978 di sebuah syarikat rakaman.

Selain bergelar seorang komposer dan penerbit album, Adnan juga merupakan pensyarah, serta tenaga pengajar untuk program realiti TV, Akademi Fantasia musim pertama hingga ketiga dan musim kelapan.

Adnan merupakan orang yang bertanggungjawab di sebalik kejayaan ramai penyanyi terkenal hari ini seperti Datuk Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar. Antara anugerah yang pernah diterimanya adalah Anugerah Wirama pada tahun 2010 di Anugerah Industri Muzik Ke-17, Juara Lagu 1996 menerusi lagu Jerat Percintaan nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan Juara Lagu 2003 oleh Misha Omar dengan lagu Bunga-Bunga Cinta. Lagu-lagu popularnya seperti Di Persimpangan Dilema (Nora), Puncak Kasih (Ziana Zain), Getaran Cinta Di Jiwa (Liza Hanim), dan Hitam Putih Kehidupan (Datuk Sheila Majid)


KEISTIMEWAAN lagu-lagu karya M. Nasir (kiri) disempurnakan dengan lirik-lirik nukilan arwah Loloq.


M. Nasir dan Loloq

M. Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamad bukan sahaja seorang komposer berprofil tinggi tetapi dia juga seorang penyanyi, pelakon dan pelukis. Terkenal dengan jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia, pemilik Luncai Emas Sdn. Bhd. dan pengetua program Akademi Fantasia musim ketiga itu juga merupakan pengasas kumpulan Kembara yang popular sekitar tahun 80-an.

M. Nasir merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kegemilangan penyanyi seperti Alleycats, Search, Wings, Ella, Hattan, Spider dan Mawi. Selain, menulis lirik sendiri, M. Nasir juga sering bergandingan dengan penulis lirik terkenal, arwah Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis.

Bagai irama dan lagu, gubahan melodi diilhamkan M. Nasir cukup serasi dengan seni kata karangan Loloq seperti Di Ambang Wati (Wings), Nurnilam Sari (Awie & Search), Laila Namamu Teratas (Search), Aladin (Spider) dan Cinta Adam & Hawa nyanyian Misha Omar. Bahkan lagu dendangan M. Nasir sendiri iaitu Apokalips dan Mentari Semerah Padi juga mendapat sentuhan emas Loloq.

Bob Lokman

Komposer, pengacara dan pelakon Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd. Hakim Lokman banyak menghasilkan lagu popular tanah air. Dia memulakan kerjayanya pada tahun 1986 sebagai pengurus kepada penyanyi seperti Wings, Hattan, M. Nasir dan Ramli Sarip. Dalam pada itu, Bob juga sempat menghasilkan banyak lagu tetapi lebih terarah kepada penulisan lirik. Antara lagu ciptaannya ialah Taman Rashidah Utama dan Fotostat (Wings), Purnama (Search), Warisan Wanita Terakhir dan Malas (Teacher's Pet).

Lirik lagu yang hasil nukilannya termasuklah Isabella, Memandu Nafsu, Teguh, Orait Mama, Akhirnya, (Search), Inspirasi Taming Sari, Intan Ku Kesepian, Belenggu Irama, Sekeping Kertas Bermaruah, Dari Tuhan, Jerangkap Samar, Orang Kita, R 'N' R Lu Punya Suka, Rock 'N' Roll Band, Tangisan Marhain, Puisi Merdeka (Wings) dan Kasih (Ella).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Donnie Yen jadi jurusolek lembut

Posted:

Donnie Yen jadi jurusolek lembut

Donnie Yen jadi jurusolek lembut


PENAMPILAN Donnie Yen sebagai Cheng Yue Keung dalam filem All's Well Ends Well 2011.


SERIUS, gagah, maskulin dan ganas! Itu karakter lelaki yang biasa dilakonkan aktor Donnie Yen menerusi filem-filem lakonannya termasuklah IP Man, Hero Among Heroes, Seven Swords, An Empress and the Warriors dan Bodyguard and Assassins.

Turut meraih perhatian peminat filem di peringkat antarabangsa menerusi skil mempertahankan diri yang kelihatan benar-benar hebat di layar perak, dia pernah bergandingan dengan nama-nama hebat filem aksi Hong Kong iaitu Jackie Chan, Jet Li dan Datuk Michelle Yeoh.

Sejak muncul menerusi filem sulung lakonannya, Miracle Fighters 2 pada tahun 1982, Donnie belum pernah melakonkan karakter komedi.

Namun, peminat fanatik Donnie, 48, pasti terkejut besar apabila berpeluang menonton filem terbaru lakonannya, All's Well Ends Well 2011 yang ditayangkan di pawagam di Malaysia bermula pada hari ini bersempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.

Merupakan filem genre komedi pertama lakonannya, Donnie bukan sekadar perlu melakonkan karakter komedi, tetapi lebih mencabar dia menjelma sebagai Cheng Yue Keung, seorang lelaki lembut yang memiliki kerjaya sebagai seorang jurusolek!

Sebagai seorang pelakon profesional, Donnie Yen menganggap tawaran yang diberikan oleh pengarah filem itu, Raymond Wong sesuatu yang tidak boleh ditolaknya lagi.

Malah, apabila dia bersetuju untuk membintangi filem itu, Donnie sudah berikrar tidak akan mengecewakan Raymond yang sanggup mengambil risiko menampilkan Donnie untuk karakter jurusolek lembut itu.

"Saya tidak boleh kecewakan Raymond kerana ini adalah kali pertama dia menawarkan saya watak komedi. Saya berharap saya telah melakukan yang terbaik untuk menjayakan watak ini," ujar Donnie kepada Kosmo! menerusi e-mel.

Menyentuh tentang persediaan melakonkan karakter tersebut, kata Donnie: "Saya hanya fikirkan bagaimana mahu membuatkan penonton ketawa dan bagi saya itu adalah cabaran paling penting apabila membawa watak dalam filem genre sebegini.


FILEM All's Well Ends Well 2011 merupakan edisi keenam dalam siri filem All's Well Ends Well.


Bicara Donnie lagi, dia dan Raymond sememangnya akrab, khususnya ketika dia muncul secara cameo (seketika) menerusi filem All's Well Ends Well 2009 yang merupakan edisi keempat All's Well Ends Well, yang pertama kali dipersembahkan di layar perak pada tahun 1992, sebelum diikuti edisi keduanya, All's Well Ends Well Too pada 1993.

Menerusi filem tersebut, Raymond sekadar bertindak sebagai pelakon, namun semenjak itu dan lebih-lebih lagi apabila Raymond pertama kali diberi mandat untuk menjadi pengarah bersama (dengan Herman Yau) edisi kelima filem itu iaitu All's Well Ends Well 2010, dia sering memujuk Donnie untuk muncul dalam filem genre komedi, namun Donnie menolaknya.

Apabila Raymond sekali lagi diberi kepercayaan mengarah dan sekali gus penerbit edisi keenam dan terbaru siri filem itu iaitu All's Well Ends Well 2011, dia memujuk Donnie untuk melakonkan karakter Cheng Yue Keung dan nampaknya pujukannya itu kali ini berjaya.

"Raymond sering tawarkan saya watak dalam filem komedi dan sepanjang itu juga saya menolak tawarannya. Ini kerana, saya tidak pasti kebolehan saya memegang watak komedi," jelasnya.

Kolaborasi Donnie dan pelakon lain filem itu yang termasuklah Louis Koo, Chapman To, Cecilia Cheung, Carina Lau dan Raymond sendiri digambarnya sebagai sesuatu yang sangat menggelikan hati.

"Ia (berlakon dalam All's Well Ends Well 2011) sangat menyeronok dan menggelikan hati! Saya harap berada di dalam atmosfera (filem) sebegini akan mengaktifkan 'sel-sel komedi' di dalam diri saya. Harapan saya juga agar penonton dapat memberikan komen positif selepas mereka menyaksikan cubaan pertama komedi saya," ujar Donnie.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.