Adsense

Rabu, 2 Februari 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Anak Rohana Jalil Jelas Hubungan Cinta Yusry (KRU)

Posted: 01 Feb 2011 05:38 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon baru Syakila Nisha Jahangir Khan,19, atau Kyla Fairy yang juga anak penyanyi Rohana Jalil menjelaskan hubungan yang terjalin di antara dia dengan Yusry (KRU) hanyalah sekadar kawan semata-mata dan tidak lebih dari itu.

Dia turut menganggap gosip bercinta dengan pengarah muda Yusry Abdul Halim sebagai dugaan pertama melangkah ke dunia seni.

"Saya tidak tahu bagaimana gosip ini boleh timbul, hubungan kami hanya sekadar kawan sahaja.

"Bagi saya gosip ini adalah dugaan bagi saya apabila bergelar artis. Kalau saya menafikan, mereka tetap akan bercakap juga, lebih baik saya biarkan sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun menurut Kyla, dia tidak mahu khabar angin tersebut membuatkannya dikenali sebagai artis kontroversi berbanding bakat yang ada.

"Sebagai orang baru dalam industri ini kalau boleh saya tidak mahu dikaitkan dengan gosip cinta melebihi kerjaya.

"Ramai yang tidak mengenali siapa saya tetapi sudah mendengar pelbagai cerita tentang saya," ujarnya.

Ketika ditanya kelebihan Yusry pada pandangan matanya, Kyra memberitahu jejaka tersebut merupakan seorang yang terperinci dalam setiap kerja yang dilakukan.

"Sebagai pengarah dalam filem pertama saya berjudul Karak, Yusry seorang pengarah yang sangat teliti. Dia tidak garang tetapi sentiasa mahukan yang terbaik dalam setiap sentuhan karyanya," katanya.

Manakala dari segi peribadi, Kyla mengakui Yusry merupakan seorang lelaki yang sangat merendah diri.

"Bagi saya dia seorang lelaki yang kelakar walaupun nampak seperti pendiam," katanya.

google: kyla fairy, kyla fairy facebook, kyla fairy blog, kyla fairy twitter, kyla fairy seksi, kyla fairy hot, kyla fairy bogel, buah dada kyla fairy, gosip terbaru terkini kyla fairy, cerita terbaru terkini kyla fairy, kontroversi kyla fairy, kyla fairy bio, kyla fairy wiki, kyla fairy biografi, kyla fairy biography, kyla fairy model, gambar terkini terbaru kyla fairy, foto terbaru terkini kyla fairy, kyla fairy dan yusry kru, gambar kyla fairy dan yusry kru, foto kyla fairy dan yusry kru, kyla fairy dan yusry kru bercinta, kyla fairy dan yusry kru berkasih, gosip kyla fairy dan yusry kru, cerita kyla fairy dan yusry kru, berita kyla fairy dan yusry kru

Zizie Ezette Masuk Wad Suspek Demam Denggi

Posted: 01 Feb 2011 05:36 PM PST


PETALING JAYA: Aktres popular Zizie Ezette Abd Samad, 32, (Zizie) kini ditahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang, selepas disyaki menghidap demam denggi.

Kata isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Mokhtar itu, dia dimasukkan ke hospital tersebut pada malam Isnin lalu selepas mengalami demam yang teruk semalaman.

"Saya mula ditahan di wad sejak malam tadi (Isnin). Sebenarnya sejak semalam lagi saya sudah mula demam dan menggigil yang teruk. Memandangkan saya berada berseorangan di rumah sebab suami kini berada di Sabah, saya tidak larat untuk ke klinik sendiri.

"Mujurlah pada malam semalam (Isnin) ibu datang ke rumah dan menghantar saya ke hospital," katanya sewaktu dihubungi mStar Online, Selasa.

Walaupun masih belum mendapat pengesahan rasmi daripada doktor, beberapa simptom seperti muntah, sakit sendi, keluar bintik-bintik merah di kulit dan cirit-birit yang dialaminya itu menjurus kepada demam denggi.

"Selepas pemeriksaan darah semalam, doktor memberitahu simptom yang saya alami ini menjurus kepada demam denggi. Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada keputusan rasmi daripada doktor.

"Saya kena tunggu sehingga esok atau lusa untuk pengesahan sama ada benar-benar dijangkiti demam denggi atau sebaliknya," katanya yang percaya mendapat penyakit itu ketika bercuti ke Filipina bersama suaminya, baru-baru ini.

google: zizie ezette, zizie ezette demam denggi, zizie ezette masuk hospital, zizie ezette sakit, terkini terbaru zizie ezette, berita terkini terbaru zizie ezette

Kamal Adli Merungut Dapat Bayaran 'Ciput'

Posted: 01 Feb 2011 05:35 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon Kamal Adli menganggap sikap terlalu bermurah hati merupakan kelemahannya apabila sering menerima tawaran berlakon dengan harga yang agak "ciput" atau rendah.

Menurutnya, dia mengambil keputusan untuk bernaung di bawah pengurusan MIG Production adalah bagi memudahkan urusan tawar menawar dengan sesebuah produksi.

"Saya memang bermasalah dengan urusan tawar menawar dan meletakkan harga. Selalunya saya agak bermurah hati dengan menurut sahaja permintaan sesebuah syarikat produksi yang mahu menawarkan saya dengan harga rendah untuk berlakon dengan produksi mereka.

"Walhal saya tahu ia boleh jadi dua kali ganda lebih tinggi dari harga yang mereka minta itu," ujarnya.

Selain itu menurut Kamal, segala urusan kerjayanya kini lebih terurus di bawah pengurusan baru itu.

"Sebab itu saya memilih untuk bersama MIG Production dan segalah hal tawar menawar serta jadual-jadual kerja mereka akan uruskan," ujarnya yang menandatangani kontrak selama 5 tahun bersama MIG Production bermula hujung tahun lalu.

Dalam pada itu, bercerita tentang cinta, Kamal akui belum mempunyai sebarang rancangan untuk menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya Intan Ladyana.

"Buat masa sekarang kami lebih selesa sebagai pasangan kekasih dan belum mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

"Kami masing-masing sibuk dengan kerjaya dan saya lihat Intan sudah semakin mencintai bidang lakonan berbanding dahulu," katanya.

Jelas Kamal lagi, mereka masih belum bertemu keluarga kedua-dua pihak sepanjang menjadi pasangan kekasih.

"Insya-Allah suatu hari jika semuanya sudah bersedia dan kewangan sudah stabil barulah kami fikir untuk ke fasa seterusnya," katanya yang sibuk dengan penggambaran filem terbaru berjudul Pe3 bersama Farid Kamil.

google: kamal adli, kamal adli facebook, kamal adli blog, kamal adli twitter, kamal adli myspace, kamal adli wiki, kamal adli bio, kamal adli biografi, kamal adli biography, kamal adli profile, gambar foto terbaru kamal adli, gosip terbaru terkini kamal adli, kamal adli hot, kamal adli seksi, teman wanita kamal adli, awek kamal adli, drama kamal adli, kamal adli dan gemilang,

Gelaran Datuk Beri Inspirasi Kepada Radzuan Radziwill

Posted: 01 Feb 2011 05:33 PM PST


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan Darjah Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) kepada Pereka Fesyen Terkenal, Datuk Radzuan Radzi yang lebih dikenali dengan nama Radzuan Radziwill pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Istana Melawati di sini, Selasa. - foto BERNAMA
PETALING JAYA: Pereka fesyen terkenal Radzuan Radziwill atau nama sebenar Radzuan Radzi,41, menganggap darjah kebesaran bergelar Datuk yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena Sambutan Hari Wilayah, Selasa, dapat menjadi pembakar semangat kepada pereka fesyen muda untuk lebih berjaya dalam industri fesyen negara.

Radzuan berkata, penganugerahan itu juga memberi inspirasi kepadanya untuk menghasilkan lebih banyak rekaan yang mampu mengharumkan nama negara pada peringkat antarabangsa.

"Penganugerahan ini membuktikan bahawa kerjaya sebagai pereka fesyen juga mendapat tempat untuk dihargai oleh pemimpin negara.

"Saya harap ia akan dapat memberi semangat kepada pereka-pereka muda hari ini untuk tampil dengan rekaan-rekaan terbaru mereka," ujarnya kepada mstar Online.

Radzuan merupakan antara 256 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan pada istiadat pengurniaan darjah dan pingat kebesaran yang disempurnakan Tuanku Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri Istana Melawati di Putrajaya, Selasa.

Radzuan menerima Darjah Panglima Mahkota Wilayah.

Dalam pada itu, Radzuan yang sudah berkecimpung dalam industri rekaan fesyen sejak 15 tahun lalu bersyukur dengan penghargaan tersebut.

"Saya sangat bersyukur kerana usaha keras selama ini akhirnya diberi penghargaan. Insya-Allah, saya tidak mensia-siakannya dan akan berusaha dengan lebih gigih lagi sehingga pada peringkat antarabangsa," katanya.

Radzuan yang sememangnya terkenal sebagai pereka fesyen golongan elit mendapat perhatian kerabat diraja, golongan atasan (VVIP), isteri orang kenamaan dan juga selebriti.

Hasil rekaannya turut menerima beberapa anugerah seperti Anugerah Benang Emas pada tahun 1996, Piala Sri Endon (2005), Tokoh Jarum Berlian (2005) sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur dan Pereka Fesyen Terbaik Malaysian Internasional Fashion Week (MIFW) 2010.

"Sejak lima tahun lalu saya sudah banyak berkhidmat untuk beberapa kerabat diraja dari Selangor, Kelantan, Perak dan beberapa orang kenamaan negara.

"Dari segi anugerah setakat ini Alhamdulilah lebih dari 10 anugerah dalam dan luar negara telah saya peroleh selain masih lagi aktif membawa fesyen kita ke mata dunia," katanya.

google: radzuan radziwill, radzuan radziwill blog, radzuan radziwill facebook, radzuan radziwill twitter, radzuan radziwill myspace, radzuan radziwill wiki, radzuan radziwill bio, radzuan radziwill biografi, radzuan radziwill biography, radzuan radziwill pingat datuk, gelaran datuk radzuan radziwill, gambar terkini terbaru radzuan radziwill, foto terkini terbaru radzuan radziwill, berita cerita terkini terbaru radzuan radziwill, pereka fesyen radzuan radziwill

Konsert Tiga Kumpulan Rock Jelajah Luar Bandar

Posted: 01 Feb 2011 05:30 PM PST


PETALING JAYA: Konsert jelajah yang diberi nama Triple Malaysia In Concert akan menemui masyarakat luar bandar sekitar Semenanjung dalam Karnival Gegar Rock Retro bermula 5 Mac depan.

Konsert yang menampilkan tiga kumpulan rock terkenal tanah air iaitu kumpulan May, Amuk dan juga XPDC akan dipersembahkan kepada peminat di empat lokasi terpilih yang mewakili zon Selatan, Barat, Utara dan Timur .

Dataran Masyarakat Gemencheh, Negeri Sembilan yang mewakili zon Selatan akan menjadi lokasi pembuka tirai konsert ini.

Menerusi siri jelajah itu, kumpulan-kumpulan rock terbabit juga akan membuat persembahan di tiga negeri lain seperti Pahang, Pulau Pinang dan Selangor.

"Salah satu objektif utama konsert ini adalah untuk mengangkat kembali muzik rock 80-an yang sebenarnya masih mempunyai ramai peminat terutamanya di luar bandar," jelas Mohd Asri Ramli, pengarah urusan syarikat penganjur, Triple Trouble Entertainment.

"Konsert ini adalah merupakan konsert dalam karnival di mana pelbagai agensi kerajaan akan membuka gerai pameran yang dapat dilawati para pengunjung. Ia juga diharapkan dapat memberi informasi yang berfaedah kepada mereka yang rata-rata terdiri daripada golongan belia," tambahnya.

"Ini juga merupakan salah satu cara kami untuk mengetengahkan imej positif rock kapak yang sering disalah anggap sejak zaman kegemilangan lagi," kata Asri.

Selain gerai pameran oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan, pelbagai gerai jualan yang diusahakan oleh usahawan-usahawan belia tempatan juga akan dibuka di karnival tersebut.

Tiket konsert berharga RM50 boleh didapati di pejabat urusan Ahli Dewan Undangan Ngeri (ADUN) dan juga di kedai muzik di kawasan konsert diadakan.

google:  konsert rock triple malaysia in concert, tiket konsert rock triple malaysia in concert, harga tiket konsert rock triple malaysia in concert, lokasi konsert rock triple malaysia in concert, jadual konsert rock triple malaysia in concert, tarikh konsert rock triple malaysia in concert, penganjur konsert rock triple malaysia in concert, kumpulan rock terlibat konsert rock triple malaysia in concert, berita konsert rock triple malaysia in concert, perasmian konsert rock triple malaysia in concert, sidang akbar konsert rock triple malaysia in concert, cerita konsert rock triple malaysia in concert, promosi konsert rock triple malaysia in concert, lokasi jualan tiket konsert rock triple malaysia in concert, tempat jual tiket konsert rock triple malaysia in concert, gambar konsert rock triple malaysia in concert, video konsert rock triple malaysia in concert, foto konsert rock triple malaysia in concert, terkini terbaru konsert rock triple malaysia in concert

Drama 'Bola Cinta' Tembusi Pasaran Luar Negara

Posted: 01 Feb 2011 05:28 PM PST


KUALA LUMPUR: Drama Bola Cinta terbitan Nafalia Corporation bakal ditonton oleh rakyat daripada lima buah negara iaitu Singapura, Brunei, Dubai, Afrika Selatan dan Venezuela pada tahun ini.

Menurut Pengarah Operasi Nafalia, Mohd Najib Jaafar, pasaran drama tersebut dibuka luas ke negara luar apabila syarikat produksinya bekerjasama dengan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Perbadanan Filem Nasional (Finas) menerusi projek Creating Content To The World.

"Kami menggunakan kamera definisi tinggi(HD) ketika penggambaran untuk menampakkan visual drama itu seperti sebuah filem sekali gus ia kelihatan gah di mata penonton antarabangsa selain isi kandungan penceritaan yang dipaparkan.

"Saya percaya penonton di negara luar dapat memahami jalan penceritaannya dengan mudah. Tambahan pula pihak kami akan memberi drama tersebut dalam tiga bentuk pita rakaman iaitu dalam format bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan sebuah format adaptasi.

"Kebetulan pula Bola Cinta bagi musim pertama yang ditayangkan di RTM2 mendapat respons yang bagus daripada penonton dengan jumlah rating 900,000 orang.

"Bila respons positif, pihak RTM meminta kami untuk menghasilkan sambungan Bola Cinta bagi musim kedua," katanya.

Tambah Najib, dengan pembikinan drama bagi musim kedua itu, pihaknya akan memaparkan kualiti audio dan visual yang lebih bermutu tinggi.



Sebahagian krew produksi yang menjayakan Bola Cinta.
Pada musim pertama Bola Cinta, drama yang mengisahkan perebutan cinta itu dibintangi oleh Shah Jazle sebagai Haziq, Aidil Aziz (Jamal), Memey Suhaiza (Fiza) dan Ainul Aishah (Reena).

Bagaimanapun, bagi musim kedua, watak Shah Jazle digantikan oleh Ryzal Jaafar, di mana pelakon tersebut melakonkan watak Haziq mengikut cara penyampaiannya yang tersendiri.

Kata pengarahnya, Anwardi Jamil, dia tidak boleh mematikan watak Haziq kerana ia akan merosakkan perjalanan cerita drama tersebut.


Aidil melakonkan aksi serang.
"Kalau matikan watak, saya percaya ceritanya akan berubah. Bagaimanapun, berdasarkan pengamatan saya, Ryzal memiliki persona yang tersendiri dan mampu memberi penghayatan tanpa diganggu bayangan Shah Jazle," ujarnya.

Anak Khadijah Ibrahim Tubuh 'Band' Sendiri

Posted: 01 Feb 2011 05:27 PM PST


KUALA LUMPUR: Anak kepada penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim, Johan Rahman, 23, menubuhkan kumpulan muzik sendiri yang digelar sebagai Johan Rahman & Friends sejak beberapa bulan lalu.

Memegang posisi pemain dram, Johan turut ditemani oleh John Dip Silas, 21, sebagai pemain piano dan keyboard manakala Daniel Foong, 25, sebagai pemain gitar bass.

Ketiga-tiga masih menuntut di menara gading dan menjadikan muzik sebagai medan untuk menonjolkan bakat dan minat masing-masing.

Johan sedang mengikuti pengajian dalam bidang perniagaan antarabangsa di Macquarie University, Sydney, Australia, John mendalami bidang muzik di Australia International Conservatorium, Sydney manakala Daniel belajar di International College of Music (ICOM), Kuala Lumpur.


Johan (kanan) bersama anggota bandnya yang lain ketika membuat persembahan.
"Sekarang saya sedang bercuti semester dan buat masa ini saya menumpukan kepada persembahan di sekitar Kuala Lumpur. Selain di sini, saya juga bermain muzik di beberapa kelab di Australia.

"Pada mulanya, saya bermain muzik sekadar untuk suka-suka dan sebagai hobi. Selepas selesai pengajian nanti, saya mahu tumpukan kepada karier muzik ini secara sepenuh masa," katanya yang kini berada pada tahun akhir di universiti tersebut.

Mendalami tentang genre muzik yang menjadi pilihannya, Johan cuba mempromosi muzik berentak 'fusion'.

"Saya mula belajar bermain dram sejak berusia 14 tahun. Saya mahu mencipta lebih banyak penghargaan dan kesedaran kepada penggemar muzik terutama rentak jazz dan genre muzik komersial yang lain.

"Jadi, saya dan John sedang dalam proses menggubah lagu untuk mengembangkan minat masing-masing dalam bidang muzik," katanya lagi.

Jelasnya, minat terhadap bidang muzik mula timbul apabila sepupunya, pemain dram Andy Chan, rakan-rakannya, Menzie Kee dan Desmond Ng serta bapanya, Datuk Rahman memberikan galakan kepadanya.

Selain itu, dia juga menggemari pemain dram antarabangsa terkenal seperti Dennis Chambers, Lewis Pragasam dan Bernard Purdie.

google: khadijah ibrahim, khadijah ibrahim blog, khadijah ibrahim facebook, khadijah ibrahim twitter, khadijah ibrahim myspace, khadijah ibrahim terkini terbaru, lagu baru khadijah ibrahim, khadijah ibrahim dan keluarga, khadijah ibrahim dan suami, khadijah ibrahim dan anak, khadijah ibrahim profile, khadijah ibrahim bio, khadijah ibrahim wiki, khadijah ibrahim biodata, mp3 khadijah ibrahim, lirik khadijah ibrahim

Peluang Muncul Dalam Klip Video DynDa

Posted: 01 Feb 2011 05:25 PM PST


KUALA LUMPUR: Kumpulan DynDa yang popular menerusi lagu Babe… Hanya Kamu mengajak individu yang berbakat dalam bidang tarian untuk menonjolkan kebolehan menari dengan menyertai pertandingan tarian pada Februari ini.

Memilih nama DynDa Hanya Kamu Dance Off, Dynda yang dianggotai oleh Renni, Vega, Elly, Reella menjemput penari tempatan dan asing yang berkebolehan menari tarian jalanan dan K-Pop untuk hadir ke sesi saringan aktiviti itu.

Ia akan diadakan pada pukul 3 petang, 12 Februari ini bertempat di T-Hop, Tingkat 6 Sungei Wang Plaza, di sini.

Sepuluh kumpulan terbaik akan layak ke peringkat akhir dalam acara yang akan diadakan pada 20 Februari di lokasi yang sama.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Alibi Music Sdn Bhd, Sungei Wang Plaza sebagai penaja lokasi dan Sensasi Selebriti sebagai portal rasmi.

DynDa Hanya Kamu Dance Off menawarkan hadiah menarik kepada para pemenang.

Juara akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 dan berpeluang untuk muncul dalam video klip DynDa.

Manakala tempat kedua dan ketiga bakal masing-masing memenangi wang tunai RM1500 dan RM700.

Menurut Pengarah Urusan Alibi Music Sdn Bhd, Ferhard Ahmad, pertandingan ini dianjurkan sempena kemunculan single terbaru Dynda 'Babe… Hanya Kamu' yang telah dihasilkan sekitar penghujung 2010.

"Lagu 'Babe … Hanya Kamu' ciptaan Adeep, Francis Cobb dan Aiqa Halim adalah single kedua DynDa selepas 'AMPM'. Liriknya ditulis oleh Adeep dan DynDa sendiri.

"Untuk kelainan, kami anjurkan pertandingan ini bagi mencari bakat-bakat baru yang boleh kami tampilkan dalam video muzik DynDa. Kumpulan yang kami cari haruslah sinonim dengan ciri-ciri yang sedia ada pada DynDa. Gerak tari mereka mestilah lincah dan koreografi pula kenalah menarik.

"Di samping itu, bersesuaian dengan aliran fesyen tarian jalanan dan K-Pop yang ranggi,peserta yang "stailo" mempunyai peluang yang lebih cerah untuk bergelar juara," kata Ferhard.

DynDa yang ditubuhkan pada Disember 2009 memulakan karier mereka sebagai penari dan setelah bergelar penyanyi, mereka mahu imej penari terlihat dalam kumpulan mereka.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Achik, BoomBox Republic di talian 016-2950728 atau Eksekutif Pemasaran Alibi Music, Zulaika di talian 012-2851094 atau pejabat Alibi Music Sdn Bhd di talian 03-7725 6670 / Fax 03-77256650.

google: kumpulan dynda, nama artis kumpulan dynda, lagu baru kumpulan dynda, single terbaru kumpulan dynda, lagu popular kumpulan dynda, download mp3 kumpulan dynda, lirik kumpulan dynda, gambar kumpulan dynda, gambar foto terkini terbaru kumpulan dynda, terkini terbaru kumpulan dynda, kumpulan dynda seksi, kumpulan dynda hot,