Adsense

Rabu, 21 September 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Video “Saya Suka Malaysia” Cecah 1 Juta Dalam 3 Minggu!

Posted: 21 Sep 2011 11:21 PM PDT

Ingat lagi tak sebelum ini kami pernah menulis mengenai Video : Apa Yang Anda Suka Mengenai Malaysia? Pertandingan video "Saya Suka Malaysia" anjuran Petronas dengan kerjasama Zenith Media telah disertai lebih 300 penyertaan dari seluruh Malaysia.

Selebriti-selebriti seperti Cheryl Samad, Indi Nadarajah, dan K K Wong turut turun padang dan menemubual rakyat Malaysia mengenai perasaan dan apa yang mereka suka mengenai Malaysia.

Ketika menghadiri sidang media pengumuman pemenang video "Saya Suka Malaysia" di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) baru-baru ini,  Senior General Manager Of Group Corporation Affairs Division, Encik Mohammad Medan Abdullah berkata,

"Pertandingan ini dianjurkan untuk meraikan semangat Merdeka dan berkongsi bersama rakyat Malaysia. Petronas percaya dengan inovasi berterusan dan ini terbukti dengan pertandingan "Saya Suka Malaysia" apabila Facebook rasmi Petronas telah mencecah 1 juta pageviews dan telah menyentuh hati lebih 7.5 juta rakyat Malaysia melalui media sosial."

Turut terlibat dalam video "Saya Suka Malaysia" adalah pencipta lagu "Saya Anak Malaysia", dR Sam yang lagunya telah digunakan untuk program ini.

Pemenang-pemenang pertandingan video "Saya Suka Malaysia" masing-masih telah dihadiahkan dengan wang tunai berjumlah RM5,000 setiap seorang dan Petronas turut menyumbangkan dana  kepada rumah-rumah kebajikan yang terpilih untuk menyemarakkan lagi sambutan merdeka pada tahun ini.

Untuk melihat video menyentuh hati yang telah dihantar oleh peserta-peserta dari seluruh Malaysia, sila lawat Facebook "Saya Suka Malaysia" dan tekan pada tab "Saya Suka Malaysia sekarang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

“Kekasih Nasihat Elakkan Berzina” – Arrora Salwa.

Posted: 21 Sep 2011 11:06 PM PDT

Desas-desus daripada sebuah portal hiburan mengenai pelantun lagu Ahmad, Arrora Salwa yang dikatakan bercinta dengan seorang ahli kumpulan Max 24:7, Alloi rupanya adalah benar. Ini disahkan sendiri oleh Arrora Salwa apabila ditanyakan kesahihan spekulasi tersebut oleh editor OHBULAN!, lewat malam tadi.

"Ya, memang saya sedang bercinta dengan Alloi, atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Shaari. Sebenarnya, hubungan kami masih baru lagi. Kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Nak cerita pasal kahwin, rasanya belum ke arah itu lagi. Tapi, saya harapkan hubungan kami berdua direstui oleh semua pihak," ujar Arrora Salwa yang tampak ceria.

Arrora turut berkongsi ciri-ciri yang terdapat pada Alloi sehingga membuatkannya jatuh hati terhadap jejaka tersebut.

"Ciri-ciri matang yang terdapat pada sifat Alloi membuatkan saya jatuh hati kepadanya. Kami sering bersependapat dalam pelbagai hal dan sering bertukar-tukar fikiran. Banyak topik yang kami bincangkan, antaranya isu serius seperti penzinaan yang sering berlaku di kalangan anak muda masa kini. Antara kata-katanya yang masih saya ingat ialah, "Mesti elakkan berzina, kalau tak nanti rumahtangga tidak akan bahagia."

"Lagipun kami berdua pernah mengalami proses perceraian. Ia memang satu pengalaman yang menyakitkan," ujar Arrora Salwa lagi.

Pada masa yang sama, Arrora menafikan dakwaan bahawa percintaan membuatkan mereka berdua lalai dalam kerjaya nyanyian.

"Tidak, tidak sama sekali. Kami berdua profesional dalam urusan kerja. Malah, kami hanya sempat berjumpa 5 kali sahaja sejak mula bercinta. Itupun, kalau secara kebetulan kami berdua jumpa di acara media atau nyanyian.

"Mengenai kareer, video klip rasmi lagu Ahmad akan dilancarkan dalam masa terdekat. Single terbaru pula masih dalam perbincangan dengan syarikat rakaman," tambah Arrora mengakhiri temubual bersama editor OHBULAN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...