Adsense

Rabu, 29 Disember 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Ibu Perkenalkan Enam Calon Isteri Untuk Shamsul

Posted: 28 Dec 2010 07:03 AM PST


KUALA LUMPUR: Pengarah filem Shamsul Yusof akui agak sibuk sejak kebelakangan ini sehingga tiada masa untuk mencari pasangan hidup.

Lantaran itu, ibunya, Datin Fatimah Ismail membantu Shamsul mencari calon isteri dengan memperkenalkan anaknya itu kepada lima hingga enam wanita.

"Kebanyakan wanita itu adalah anak kepada kawan mak saya. Saya harap kalau ada rezeki dan jodoh pada tahun depan, saya nak berkahwin.

"Umur saya pun dah nak masuk 27 tahun pada Mei tahun depan," katanya yang memenangi anugerah Lakon Layar Terbaik Filem menerusi filem Evolusi KL Drift 2 di Anugerah Skrin 2010, Jumaat lalu. Sebelum ini, dia pernah bercinta dengan pelakon Diana Danielle, namun hubungan mereka putus ditengah jalan sekitar hujung 2008.

Dia mengakui mengenali ramai kawan wanita. Namun belum bersedia untuk menyunting mana-mana wanita kerana kebanyakan wanita yang ditemuinya tidak memahami kerjayanya yang sentiasa sibuk.

Bagaimanapun, anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam ini sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan.

Sengaja diusik calon yang bagaimana yang dicari-cari, sambil tersenyum dia menjawab: "Saya mahu wanita yang memahami dan bermata biru."

google: syamsul yusof, bakal isteri syamsul yusof, bakal tunang syamsul yusof, gambar tunang syamsul yusof, gambar kekasih syamsul yusof, gambar teman wanita syamsul yusof, syamsul yusof bertunang, syamsul yusof kahwin, syamsul yusof

Fahrin Sudah Berfikir Untuk Bersara

Posted: 28 Dec 2010 07:02 AM PST


KUALA LUMPUR: Pelakon Fahrin Ahmad, 31, merancang untuk bersara daripada industri seni dan akan memerlahankan penglibatrannya dalam aktiviti itu secara perlahan-lahan mulai tahun depan.

Kenyataan itu dikeluarkan setelah memikirkan jatuh bangun dalam industri yang dilaluinya sebelum ini.

Selain itu, pelakon drama Dalil Cinta dan Qasidah Buat Laila ini sedang berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan.

"Saya akan mengurangkan kerja dalam bidang seni mulai tahun depan. Tetapi tidaklah saya mahu berhenti berlakon secara drastik.

"Saya mahu mengingatkan diri-sendiri dan rakan artis lain supaya sentiasa berpijak di bumi nyata.

"Saya tidak malu mengatakan bahawa populariti dan permintaan ada turun naiknya. Jadi saya perlu fikirkan perancangan masa depan," katanya kepada mStar Online.

Tambahnya: "Saya tekad dan muktamad untuk mengurangkan terima tawaran berlakon kerana kerja itu memerlukan komitmen masa yang tinggi.

"Saya lihat industri seni banyak merampas hidup peribadi dan prejudis terhadap saya."

Bagaimanapun, dia belum bersedia untuk berkongsi cerita tentang perniagaan yang diceburinya. Mungkin selepas dua hingga tiga bulan lagi baru akan dimaklumkan.

"Saya sudah mempunyai rangka perniagaan dan sentiasa mencari peluang perniagaan. Selain itu, saya telah mempunyai beberapa orang rakan kongsi yang mahir dalam bidang masing-masing," jawabnya.

Sein Nafi Orang Ketiga Punca Penceraian

Posted: 28 Dec 2010 07:01 AM PST


KUALA LUMPUR: Pasangan juara Sehati Berdansa, Syed Hussein Syed Mustafa atau lebih dikenali sebagai Sein menafikan wujudnya orang ketiga atau badi program Sehati Berdansa menjadi punca penceraiannya dengan Nana awal bulan lalu.

Jelasnya, punca utama penceraian mereka adalah disebabkan tiada lagi persefahaman dalam menenruskan ikatan tersebut.

"Itu hanya khabar angin, tiada orang ketiga atau badi Sehati Berdansa sebagai punca perpisahan kami.

"Kami berpisah secara baik selepas berbincang untuk mengambil keputusan terbaik. Masing-masing setuju untuk mencari jalan hidup sendiri," ujarnya yang ditemui di Anugerah Skrin 2010, Jumaat.

Pasangan ini disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada 2 Disember lalu.

Bagaimanapun, katanya dia menerima jika ditakdirkan kembali berkongsi hidup semula dengan bekas isterinya itu.

"Saya dan Nana masih berhubung terutamanya kerana anak. Kami tidak mahu penceraian ini menjejaskan kehidupan anak-anak.

"Buat masa ini saya bebas untuk menggambil anak saya pada bila-bila masa," ujarnya yang mempunyai dua cahaya mata Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1.

Dalam pada itu, Sein mengakui perbezaan ketara setelah kembali menjalani hidup bersendiri. Justeru dia kini lebih menumpukan perhatian terhadap syarikat produksi miliknya, Cumwerk Sdn Bhd.

"Saya akui banyak perbezaan hidup dulu dans ekarang. Tak dinafikan sunyi dari gelak tawa anak-anak, sebab itu saya tumpukan perhatian pada kerja.

"Saya kini sibuk dengan penulisan skrip dan kerja-kerja disebalik tabir. Syarikat saya ini ditubuhkan pada bulan Julai tahun lalu.

"Semua projek dalam proses pembikinan, dan Isya-Allah impian untuk menerbitkan sebuah drama atau filem," ujarnya yang baru menamatkan pengajian di London Film School dalam jurusan Seni Fotografi.

Irma Hasmie Tak Mahu Terserempak Dengan Nabil

Posted: 28 Dec 2010 07:00 AM PST


KUALA LUMPUR: Pelakon Irma Hasmie,28, tidak mahu terserempak dengan bekas kekasihnya, Nabil Ahmad buat masa ini.

Irma yang ditemui selepas majlis Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung pada 24 Disember lalu berkata, selama ini dia tidak pernah terfikir akan kemungkinan berhadapan dengan peristiwa itu.

"Kalau boleh tak naklah terserempak tapi kalau jadi juga, saya pun tak tahu nak buat apa," katanya.

Hubungan Irma dan Nabil terputus di tengah jalan apabila pelakon wanita itu dikatakan memperoleh beberapa bukti kononnya Nabil turut menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Malah isu hubungan itu menjadi semakin panas apabila tersebar gambar yang dikatakan milik Nabil dengan seorang wanita sedang bercium.

Jelas Irma, selepas hubungan mereka putus beberapa bulan lalu, dia tidak pernah lagi bertemu atau terserempak dengan Nabil dalam mana-mana majlis rasmi.


Nabil Ahmad
Irma berkata, sekiranya ditakdirkan juga dia terserempak dengan bekas kekasihnya itu, Irma berjanji akan bertindak profesional dan melayan Nabil seperti rakan artis yang lain.

"Saya belum pernah jumpa dia selepas kami putus. Harap-harap buat masa ini tak terserempaklah. Tapi kalau terserempak juga, kita kenalah profesional. Insya-Allah, Irma boleh menghadapinya," katanya.

Menurut Irma, jiwanya pada waktu ini semakin tenang dan dia amat bersyukur dalam tempoh perkenalan singkat mereka Allah telah memberi petunjuk Nabil bukan calon suami yang sesuai untuknya.

Tambah Irma lagi, walaupun Nabil pernah menyuarakan harapan untuk berbaik semula tetapi hatinya sudah tertutup untuk lelaki itu.

Ditanya apakah perbezaan selepas dia putus cinta dengan Nabil dan pelakon Farid Kamil, kantanya kedua-dua mempunyai pengalaman berbeza.

"Putus cinta dengan Farid tak seteruk putus cinta dengan Nabil. Tapi Irma dapat hadapi kedua-duanya dengan baik," jelasnya.

Tidak mahu memikirkan soal lelaki buat sementara waktu, ujar Irma dia sekarang mahu memberi sepenuh tumpuan dalam bidang seni.

Nurkhiriah Buktikan Perbezaan Popular dan Terbaik

Posted: 28 Dec 2010 06:58 AM PST


KUALA LUMPUR: Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2010, Nurkhiriah memberitahu tidak sesekali meletakkan harga tinggi setelah memenangi anugerah tersebut.

Menurutnya dia hanya melakukan tanggungjawab sebagai seorang pelakon dengan baik tanpa memikirkan populariti dan anugerah yang bakal diterimanya.

"Tidak pernah terfikir untuk meletakkan harga yang tinggi setelah memenangi anugerah tersebut. Bagi saya itu adalah tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon untuk melakonkan watak dengan baik.

"Bagi saya inilah perbezaan bagi seorang pelakon popular dengan terbaik," ujarnya yang memenangi anugerah tersebut melalui drama Antara Garisan.

Dalam pada itu, Nurkhiriah turut memberitahu dia lebih selesa berlakon di kaca skrin televisyen berbanding filem.

google: nurkhiriah, nurkhiriah facebook, nurkhiriah twitter, nurkhiriah blog, nurkhiriah myspace, nurkhiriah mengandung, nurkhiriah hamil, baby nurkhiriah, nurkhiriah melahirkan anak, nama baby anak nurkhiriah, anugerah nurkhiriah, drama nurkhiriah, keluarga nurkhiriah, suami nurkhiriah, foto nurkhiriah, gambar nurkhiriah dan anak anak, gambar nurkhiriah dan suami

"Saya lebih suka berlakon drama berbanding filem. Drama lebih mudah untuk ditonton untuk seisi keluarga berbanding filem.

"Saya juga tahun untuk berlakon filem terutamanya sebagai pelakon utama memerlukan kriteria yang agak tinggi. Namun untuk buktikan bakat lakonan kita ia tidak hanya perlu sehingga ke layar perak," jelasnya.

Bercerita tentang rahsia selama 10 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan, Nurkhiriah memberitahu restu keluarga adalah paling utama.

"Apa yang penting ialah kita perlu ikhlas dalam setiap kerja yang kita lakukan. Bagi saya pentingnya restu keluarga dan suami dalam setiap kerja yang kita lakukan.

"Insya-Allah segala urusan dan rezeki kita akan dipermurdahkan Allah," katanya.

Hans Isaac Lupakan Kerja Seketika Demi Ibu

Posted: 28 Dec 2010 06:56 AM PST


PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Hans Isaac terpaksa melupakan seketika kerja seninya demi memberikan perhatian kepada kesihatan ibunya, Carmina Isaac, 72, dalam dua hingga tiga bulan ini.

Namun bukan bermakna melupakan terus, sebaliknya tumpuan utamanya lebih diberikan kepada ibu berbanding kerjaya.

Katanya, ibu lebih penting dari segala-galanya dan tidak kisah untuk menghabiskan masa bersama-sama wanita yang menjaganya sejak kecil.

Malah dia menganggap penundaan teater muzikal Lat The Kampung Boy yang sepatutnya dipentaskan di Istana Budaya pada Disember ini kepada Mac 2011 sebagai suatu hikmah dari Tuhan.

"Nampaknya Tuhan sudah mengatur yang terbaik untuk saya dan memberikan petunjuk agar saya menjaga mak. Kalau saya teruskan untuk membuat teater itu mungkin tak dapat fokus.


Bront Palarae, Elaine Daly dan Harith Iskander turut hadir memeriahkan majlis.
"Saya tetap bersyukur kerana ibu saya pun semakin pulih. Apa-apa pun, saya tetap akan menjaganya dan meluangkan masa kepadanya. Selepas itu, baru saya akan tumpukan kepada kerja. Saya juga bernasib baik kerana mempunyai pasukan (Tall Order Productions Sdn Bhd) yang bagus," katanya yang menyambut Hari Krismas pada 25 Disember lalu di rumah ibunya di Ampang.

Bagaimanapun, pengarah filem Cuci The Musical ini sempat berkongsi perancangannya untuk tahun 2011.

Menurut pelakon filem Misteri Jalan Lama yang bakal ditayangkan di pawagam pada Mac ini, dia bakal menerbitkan tiga buah drama rantaian iaitu 7 Gerhana (Astro), Cinta Melbourne (TV3) dan Cuci Cuci Services musim kedua (RTM) serta dokumentari Underwater (TV3).

Menariknya untuk Cuci Cuci Services 2, dia akan menampilkan watak baru dalam drama tersebut dengan menampilkan gandingan hebat pelakon Nabil (Raja Lawak), Afdlin Shauki dan Awie yang sinonim dengan teater Cuci The Musical yang telah dua kali dipentaskan di Istana Budaya.

Hans juga berkongsi berita gembira bahawa Cuci The Musical juga bakal dipentaskan buat kali ketiga di Istana Budaya pada Februari 2012 atas permintaan pihak Istana Budaya dan peminat.

"Bermula 2011, saya akan siapkan empat projek untuk TV secara berperingkat sehingga bulan Julai. Selepas itu saya akan mengarah dua buah filem bermula Julai hingga Disember.

"Saya mensasarkan untuk berlakon sebuah filem dalam setahun. Jadi pada tahun 2011 saya harap mendapat tawaran berlakon filem yang mempunyai skrip yang bagus," ujarnya yang turut akan mengarah dokumentari Underwater.

Sementara tiga buah drama lagi diserahkan kepada pengarah yang mendapat kepercayaannya seperti Heykal Hanafiah, Harun Salim Bachik dan pengarah baru.

Sempena Tahun Baru yang bakal menjelang beberapa hari lagi, Hans turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011.

"Saya nak ucapkan kepada semua kawan-kawan, jangan selalu memikirkan tentang kerja sehingga melupakan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita kena cari hidup yang seimbang agar pandai membahagikan antara kerja, diri-sendiri dan keluarga.

"Jadi, mulanya tahun baru ini, jaga diri baik-baik," luahnya dengan suara serak kerana terlalu seronok menonton perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Ahad, yang menyaksikan kemenangan kepada pasukan Malaysia sekaligus menewaskan pasukan Indonesia dengan 3-0.

Hans turut berpuas hati dengan pencapaian terbaik yang dilakukan oleh pasukan bola sepak Malaysia setelah 14 tahun menanti.

'Ustaz Amirul' Papar Kisah Ustaz Berpoligami

Posted: 28 Dec 2010 06:55 AM PST


AMPANG: Ustaz Amirul, drama terbaru di slot Zehra menampilkan seorang ustaz yang hidup dalam dilema dalam percintaan sehingga dia memilih untuk hidup berpoligami.

Bagi pengarahnya, Ahmad Idham, drama Ustaz Amirul cuba merungkai tentangkisah hidup seorang ustaz dari kaca matanya sebagai seorang manusia biasa.

"Biasanya kita melihat ustaz sebagai seorang yang baik dan alim tetapibagaimanapun seorang ustaz tidak boleh lari dari nafsu dan perasaancinta.

"Jadi saya cuba menyampaikan cerita tentang kisah cinta seorang ustaz yang dalam dilema kerana mencintai dua orang wanita," katanya semasa sidang media pelancaran drama itu di Restoran Istana Bambu, di sini, Selasa.

Menurut Idham, dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyunting Ashraf Muslim melakonkan watak Ustaz Amirul.

Idham tekad mengambil Ashraf untuk memegang watak utama itu dan sanggup menunggu sehingga pelakon itu betul-betul mempunyai masa terluang.


Para pelakon Ustaz Amirul.
Ini kerana Idham berasa yakin watak itu hanya layak dibawakan oleh Ashraf selain permintaan daripada pihak TV3 sendiri.

"Saya dah lama bincang dengan Ashraf tentang cerita ini dan setelah dia bersetuju, baru kita memulakan penggambaran," ujarnya lagi.

Drama ini akan disiarkan di TV3 mulai 7 Januari ini, setiap Jumaat pukul 9 malam.

Ustaz Amirul, sebuah drama rantaian terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd yang skripnya ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim.

Drama ini membawa penonton menyelami perjalanan emosi seorang ustaz yang dicabar oleh pelbagai rintangan dan dugaan realiti, cinta, keluarga dan diri-sendiri.

Selain Ashraf, turut membintangi drama ini adalah Eira Syazira, Siti Saleha, Lydiawati, Safura, Kuna, Zarynn Min, Fauzi Nawawi dan Zoey Rahman.