Adsense

Selasa, 3 Januari 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Chef Wan Tegur Supaya Jangan Menyalahkan Orang Lain

Posted: 03 Jan 2012 08:43 PM PST

Chef Wan melalui laman Facebooknya berkongsi pandangan mengenai kehidupan sesetengah orang yang tertekan dengan kekangan kewangan atas pelbagai faktor sampingan. Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Chef Wan menegur sikap segelintar masyarakat yang menjalani gaya hidup mewah serta banyak melepak merupakan punca utama kehidupan seseorang itu umpama "kais pagi makan pagi kais petang makan petang".

Memetik kata-kata Chef Wan, "Orang beli branded goods kita pun mahu, orang di dalam rumah cantik dihias dengan macam pun kita mahu termasuk orang travel overseas pun kita teringin.That of course is normal kan sememangnya naluri manusia ini berkehendakan segala galanya yang baik. However all that wishing and dream day after day tak akan menjadi kenyataan jika kita sendiri tidak bangun untuk berusaha to change our life."

Berdasarkan pengalamannya, Chef Wan dikatakan sudah banyak kali bertemu dengan orang malas berusaha dan membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Rutin tidur berlebihan juga tidak digalakkan kerana ia akan menjejaskan produktiviti serta daya saing seseorang.

Sempat memberikan nasihatnya yang terakhir, Chef Wan menegur supaya individu berkait tidak menuding jari terhadap orang lain jika berlakunya sesuatu kesusahan.

"Apabila kita di timpa kesusahan jangan lah salah orang yang lain kerana kita sendiri tidak pandai mengubah nasib kita sendiri."

Full content generated by Get Full RSS.

Sherry Merlis Kini Isteri Ash

Posted: 03 Jan 2012 07:47 PM PST

Pasangan selebriti iaitu pelakon Sherry Merlis dan vokalis kumpulan Gabba Gabba Band, Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid atau lebih dikenali sebagai Ash telah menjadi pasangan selebriti pertama membuka tirai perkahwinan selebiriti untuk tahun 2012.

Memilih tarikh 01.01.2012, kedua pasangan selebriti yang hanya bercinta selama enam bulan ini telah selamat diijabkabulkan Ahad lalu di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur dan dihadiri hampir 100 orang tetamu dan dinikahkan sendiri oleh bapa Sherry, Wan Zainal.

Pada majlis itu juga, pihak lelaki telah menyerahkan sejumlah wang hantara dan mas kahwin, RM200 beserta tiga dulang hantaran terdiri daripada sirih junjung, cincin dan manisan manakala pihak perempuan membalas lima dulang hantaran berupa sirih junjung, sebuah kitab Al-Quran, cincin, manisan dan kek.

Perkahwinan ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka. Sebelum ini Sherry pernah mendiriikan rumahtangga bersama pelakon, Esma Daniel dan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Habib Daniel, 18 dan Harith Daniel, 17. Manakala Ash pula, sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan pelakon dan pengacara Melodi, Dira Abu Zahar dan dikurniakan seorang anak perempuan, Tengku Anggun Deandra, 3 tahun.

Foto kredit: Laman Murai

Full content generated by Get Full RSS.