Adsense

Ahad, 5 Februari 2012

Celebrity News

Celebrity News


Gambar Neelofa Di Majalah InTrend

Posted: 04 Feb 2012 06:38 PM PST

Nama Neelofa memang dicari-cari dilaman sesawang, bukan sahaja lakonan beliau yang menjadi perhatian, gambar seksi dan menonjol sering kali diwar-warkan bukan sahaja di laman sesawang tetapi akhbar harian juga turut tidak terlepas dengan tempias yang dibawah oleh gadis bernama Neelofa ni.


Terbaru mengenai beberapa gambar yang ZoOM jumpa di laman web murai, pose yang menarik dipersembahkan kepada umum oleh Neelofa kepada pembaca InTrend.


ZoOM nak tahu juga dengan siapa gadis ini bercinta yer....sehingga sekarang masih kabur-kabur dan hanya dikaitkan dengan beberapa nama pelakon lelaki yang sering berada si kaca TV dan akhbar serta majalah di malaysia.


Apa-apa pun semoga berjaya dan kurangkan konterversi. :)


Dan dibawah ada beberapa lagi gambar yang sempat ZoOm Upload untuk tatapan anda di ZOOMartis. Net






Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Evanescence KL Live 23 Februari 2012 - Buy Ticket Now !!

Posted: 04 Feb 2012 06:29 PM PST

PETALING JAYA: Kumpulan band popular, Evanascence akan muncul di pentas Kl Live, Kuala Lumpur pada 23 Februari ini bersempena dengan kemunculan album terbaru dengan menggunakan judul album kumpulan itu, Evanescence.

Di bawah penganjuran JS Concert Productions, kumpulan yang ditubuhkan pada 1995 oleh vokalisnya, Amy Lee dan gitaris Bee Moody itu akan membuatkan para peminat tidak sabar dengan persembahan mereka lebih-lebih lagi ingin melihat kemunculan barisan ahli yang baru.

Bagi yang ingin melihat kehebatan kumpulan ini, tiket konsert boleh didapati menerusi beberapa outlet seperti Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve: Victoria Music Centre dan The Guitar Store.

Harga tiket bermula daripada RM98 (tempat duduk bebas), RM198 (JS Zone) dan Rm298 (Rock Zone).

Untuk pertanyaan mengenai tiket:

1.Hubungi talian hotline Ticketpro : 03-78807999 
2.Dapatkan secara online di www.ticketpro.com.my

Tiket telah mula dijual pada 21 Disember yang lepas, dimana pembeli terawal telah diberikan diskaun harga sebanyak 20 peratus.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Evanescence Live In Malaysia, layari laman www.jsconcert.com dan https://www.facebook.com/jsconcertproductions.

ZoOM : Apa tunggu lagi...beli la tiket kepada anda yang meminati kumpulan Evanescence dari Hollywood ni.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Ayah Michael Jackson Jual Minyak Wangi Murah

Posted: 04 Feb 2012 06:24 PM PST

WALAUPUN raja pop dunia, Michael Jackson telah meninggal dunia pada tahun 2009 lalu, namun, populariti dan harta peninggalannya yang ,melimpah ruah itu sudah tentu mampu menanggung seluruh kaum keluarga penyanyi itu.

Namun ia bukanlah seperti yang dianggap kerana bapa penyanyi kesayangan ramai itu, Joe Jackson dilaporkan kini menjual minyak wangi murah di sebuah pusat membeli belah di Las Vegas.

Malah menurut portal Dailymail, Joe bukan menjual barangan itu di pusat membeli belah yang elit dan sering dikunjungi para selebriti Hollywood tetapi hanya berniaga di sebuah kios kecil yang kawasan sekitarnya tiada pengunjung.

Gambar Joe yang diambil oleh TMZ itu menunjukkan dia menguap mengantuk kerana tiada pengunjung.

Keadan ini pastinya amat menyedihkan apabila seorang lelaki yang telah membesarkan Michael Jackson, La Toya Jackson dan Janet Jackson sehingga ke puncak kejayaan akhirnya terkandas di sebuah kios kecil, berniaga demi meneruskan kehidupan.

Tidak seperti keluarganya yang lain, sejak dahulu lagi Joe bukanlah seorang yang suka tampil di khalayak umum, tatkala di saat kejayaan mahupun kematian Michael, lelaki ini lebih senang merendah diri.

info : Mstar

ZoOM : Bagi ZoOM mungkin duit dan kekayaan keluarga beliau sudah mencukupi tetapi kerana tidak ingin berharap dan menunggu, ayah beliau keluar mencari rezeki diluar sana. Namun ZoOM sedikit tersentuh dengan usaha yang ayah arwah lakukan untuk meneruskan kehidupan. Bagi seorang ayah yang membesarkan artis Hollywood terkenal diseluruh dunia sudah pasti akan membuatkan ramai peminat arwah sedih.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!