Adsense

Rabu, 16 Jun 2010

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|


(Piala Dunia 2010) RTM Siar Perlawanan Ulangan, Penonton Tertipu & Marah

Posted: 16 Jun 2010 06:36 AM PDT






Well, not everyone can afford an Astro set.
Nama sahaja gah sebagai penyiar rasmi Piala Dunia 2010, mungkin RTM sudah boleh buang gelaran tersebut. RTM telah mengecewakan penonton tempatan kerana menyiarkan siaran ulangan perlawanan Piala Dunia 2010 Germany Vs Australia, kerana mereka sepatut'nya menyiarkan siaran Live Brazil Vs Korea Utara.
Bukan seorang dua yang merungut, ada penonton yang sanggup menunggu hingga pukul 2.30 pagi telah dikecewakan dengan siaran ulangan. Kata si penonton ini, beliau tinggal di hostel tiada Astro, jauh daripada mamak dan tiada transport. Penat'lah tunggu punya tunggu, alih-alih RTM buat hal pula.
Sepatut'nya RTM mainkan peranan sebagai media milik kerajaan yang mempunyai dana yang besar untuk membeli siaran Live Piala Dunia 2010. Jangan biarkan Astro monopoli kesemua rancangan sehingga penonton yang kurang mampu tidak dapat menikmati kehangatan Piala Dunia. Ini tidak, propaganda lebih, habuk tarak.
Ha, kita tunggu sahaja apa penjelasan RTM mengenai perkara ini.

Ramlah Ram Bercerai, Tiada Kesefahaman Lagi

Posted: 16 Jun 2010 06:33 AM PDT






Pada usia 45 tahun, Ramlah Ram mengesahkan beliau akan bercerai dengan suami'nya, Kamal Roslin dalam masa terdekat. Tidak tahu atas dasar apa mereka bercerai, namun kedua-dua pasangan ini sudah bersetuju untuk bercerai tanpa sebarang paksaan.
Bukan tidak berusaha, Ramlah Ram cuba menyelamatkan rumah tangga'nya dengan menghadiri sesi kaunseling keluarga, namun tidak berjaya.
Tiada sebarang anak yang dihasil'kan sepanjang perkahwinan mereka, dan kami dapat mengagak mungkin ini salah satu faktor penceraian jua.
Bagaimanapun, Ramlah Ram memang kool kerana mengaku dan telus kepada pihak media akan penceraian'nya. Dan kami doakan agar Ramlah Ram tabah menghadapi dugaan ini, kerana jodoh itu di'tangan tuhan.

ADUN Malim Nawar Keluar DAP, Isytihar Bebas

Posted: 16 Jun 2010 06:28 AM PDT






Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar di Perak hari ini mengisytiharkan keluar daripada DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Keshvinder membuat keputusan itu kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri itu yang terlalu banyak berpolitiking sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

"Bagi menjaga kepentingan rakyat dan pembangunan yang berterusan saya membuat keputusan untuk menyokong dan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpiman Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Keputusan ini merupakan pengorbanan saya kepada rakyat di kawasan saya. Saya sedar saya bakal menghadapu tuduhan dan cemuhan daripada pelbagai pihak.

"Demi kepentingan dan kesejahteraan masa depan rakyat saya memilih untuk meninggalkan DAP dan Pakatan Rakyat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, surat peletakkan jawatannya telah diserahkan kepada Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng awal pagi tadi.

"Keputusan yang saya buat ini juga mengambil pengamatan saya selama 15 bulan terhadap corak kepimpinan Menteri Besar dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Saya amat menyakini corak dan cara kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini terutamanya konsep 1Malaysia yang merupakan pendekatan realiti terbaik untuk rakyat di negara ini," ujarnya.

Dalam pada itu, wakil rakyat terbabit menafikan dakwaan beliau menerima ganjaran wang tunai sejumlah RM2 juta untuk meninggalkan parti.

"Saya yakin saya bersih. Anda boleh semak akaun bank, saya tidak pernah menerima sebarang ganjaran daripada mana-mana pihak," katanya.

Jelasnya, buat masa ini beliau akan kekal sebagai wakil rakyat Bebas dan tidak akan menyertai mana-mana parti.

"Saya tidak ada cadangan untuk menyertai mana-mana parti. Saya mahukan sokongan daripada kerajaan negeri dalam membantu memberikan peruntukan kepada saya untuk mengatasi masalah penduduk," katanya.

Kesvinder berkata tindakan tersebut dibuat selepas beliau mengambil kira semua perkara tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

"Keputusan ini saya ambil selepas saya meneliti secara mendalam dan mengambil kira pendapat pelbagai pihak. Tindakan ini diambil tanpa tekanan.

"Saya berharap semua pihak terutama penduduk di kawasa saya dapat menerima dan menghormati keputusan ini kerana ia dibuat demi kebaikan rakyat," ujarnya.

Keshvinder adalah Adun DAP kedua keluar parti itu selepas ADUN Jelapang, Datuk Hee Yit Foong, awal tahun lalu, yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.

Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di Dewan Undangan Negeri sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh BN manakala wakil Bebas pula adalah empat orang.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Keshvinder mengalahkan calon BN, Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.

Zahnita kena balik saman RM15 Juta daripada Gulati's

Posted: 16 Jun 2010 06:21 AM PDT





Saman - Bunyinya agak mengerun dan menakutkan kepada sesiapa sahaja jika melibatkan amaun yang terlalu besar dikenakan. Tetapi bagi mereka yang sudah melalui proses ini, mereka akan memberitahu ia sesuatu yang memang leceh dan memakan masa. Namun di dalam keghairahan nak saman-saman orang ni, ramai yang mungkin terlupa, pihak yang hendak disaman itu juga boleh juga memfailkan saman balas ke atas anda. Itulah senario yang sedang dihadapi model-pelakon Zahnita (Zahnita Dorothy Hussein Wilson).

Jika yang dituntut Zahnita daripada Gulati's - yang dikatakan telah menggunakan gambarnya di poster dan iklan syarikat tanpa kebenarannya - dari segi ganti rugi am sebanyak RM2 juta, kini Gulati's ingin menyaman balas Zahnita untuk jumlah RM15 juta! Jangan cakap Zahnita, tak ramai artis atau sesiapa sahaja yang mempunyai duit simpanan sebanyak itu (melainkan Siti Nurhaliza kot).

Duit dalam RM2.5 Juta

Menurut laporan Kosmo! baru-baru ini, Gulati's membuat tuntutan tersebut apabila mendapati Zahnita telah mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah kepada media sewaktu memfailkan saman RM2 juta terhadap mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada tahun lalu.

Gambar diam yang bergerak

Posted: 16 Jun 2010 06:18 AM PDT





Perhatikan gambar-gambar ini. Ini bukan flash atau animasi GIF atau sejenisnya. Ini cuma gambar flat (JPEG) biasa yang bergerak kerana ilusi sudut pandang dari mata yang kita melihat seperti bergerak.
Jangan sampai pening..
gambar

isuhangat
isuhangat
isuhangat
Tak nampak bergerak? cuba gambar yang ni
isuhangat

Bomoh Piala Dunia

Posted: 16 Jun 2010 06:16 AM PDT






Afrika adalah negara yang masih taksub dengan ilmu-ilmu mistik seperti ni. Adakah dukun atau bomoh atau pawang atau voodoo dapat membantu negara-negara Afrika menjulang piala Dunia dan membuatkan pemain bola dari benua lain nampak bola ada dua atas padang ?
Di kampung-kampung di Malaysia zaman-zaman dulu pun ada kes bomoh bola ni tapi kenyataannya kita tak pernah pun menjejakkan kaki ke Piala Dunia :)
bomoh piala dunia @ isuhangat

kredit isuhangat

Gaya mengoda Zahida Rafik, nafi jual badan dengan VIP

Posted: 16 Jun 2010 06:14 AM PDT





Suatu hal yang dikagumi oleh sebilangan besar wartawan/penulis hiburan mengenai aktres Zahida Rafik ialah dia tidak pernah melenting apabila orang bercakap yang bukan-bukan mengenai peribadinya. Namanya sering dikaitkan dengan orang kenamaan atau VIP. Ada yang mengatakan kemewahan yang dinikmati itu kerana dia 'dibela' oleh orang kenamaan, kaya dan berpengaruh. Malah lebih masyuk lagi, ada mendakwa kononnya dia menjual tubuh untuk hidup mewah. Namun, entah dari mana Zahida memperoleh kekuatan dan tahap kesabaran untuk mempertahankan diri sucinya sehingga segala umpat keji masyarakat padanya tidak langsung meninggalkan kudis buatnya. :) -Utusan

Gambar pertunangan Jimmy Shanley, Suhaila

Posted: 16 Jun 2010 06:12 AM PDT






Jimmy Shanley yang selamat ditunangkan dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy, menafikan Jimmy memilih anak jutawan itu kerana harta. Menurutnya, tiada istilah mencari kekayaan dalam memilih kekasih terutamanya dengan wanita yang bakal berkongsi hidup dengannya. Jimmy yang akan menamatkan zaman bujangnya pada Oktober tahun ini selamat bertunang dengan Nursuhaila Eliani di rumah pihak perempuan di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Jumaat lalu, 11 Jun 2010.