Adsense

Rabu, 16 Jun 2010

borak kosong

borak kosong


kanggaru

Posted: 16 Jun 2010 12:19 PM PDT

Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu, seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi. Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar dengan ketinggian lima kaki.

Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungannya itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.

Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, "Agak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?".

Kanggaru itu menjawab, "Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya".


Bayi di 'Bekukan ' Selama 4 HARI

Posted: 16 Jun 2010 11:13 AM PDT

Finley Burton baru berusia 16 minggu ketika menghadapi komplikasi jantung yang serius.Dia telah menjalani pembedahan yang berisiko tinggi dan menjalani  'pembekuan' selama 4hari ,bayi telah sembuh.Ini satu pemulihan yang amat ajaibkata mak bayi ini.

Bayi initelah diletakkan di satu bilik dan suhu badannya telah diturunkan ke 33.4c (suhu normal bagi bayi 37c) dan bayi ini selamat setelah 4 hari menjalankan kaedah rawatan ini.





Telur Terbesar Yang Ketiga

Posted: 16 Jun 2010 10:40 AM PDT

Kali bukan daripada Harriet the Hen tapi daripada Helena.Ayam ini menetas telus lebih besar ukurannya daripada 2 biji yang sebelum ini yang di netas oleh Harriet the Hen 
.Ukurannya 23cm ukulilitnya.Tuan ayam ini berharap kedua-dua ekor ayam ini dapat bertelur sehingga sedozen.

Three Lions Badge berusia 800 tahun di jumpai

Posted: 16 Jun 2010 10:16 AM PDT

Sekumpulan arkeologi telah menjumpai Three lions badge iaitu lambang yang dipakai dibaju pasukan England.

Badge ini dikatakan berusia 800tahun.Adakah dengan penemuan ini akan memberikan tuah kepada pasukan England dalam World Cup 2010 ini.

Ariel 'peterporn' dan Luna Maya di suruh sumpah pocong

Posted: 16 Jun 2010 09:49 AM PDT

Sikap mereka yang berdolak dalik menyebabkan Ketua Lembaga Swadaya Masyarakat Hajar Indonesia Farhat Abbas menyuruh Ariel "peterporn dan Luna Maya melakukan sumpah pocong kerana geram.Saranan ini diambil kerana pihak polis lambat mengambil tindakan menagani kes ini.
Farhat yakin bahawa video itu memang dilakukan oleh kedua pasangan kekasih ini.

sumber ; kompas.com

Polis Kulit Putih Lempang Pelajar Kulit Hitam Sebab Melintas Jalan

Posted: 16 Jun 2010 09:24 AM PDT

Seorang polis kulit putih telah melempang seorang pelajar kulit hitam yang berusia 17 tahun kerana melintas jalan.Kejadian ini telah berjaya dirakamkan dan membuat orang ramai berasa marah.Walupun budak itu ada rekod jenayah kejadian melempang ini tidak sepatutnya berlaku dan kejadian ini bukan kerana mempertahankan diri tapi lebih kepada perasaan marah.
Kejadian ini mengingatkan kejadian diskriminasi kaum yang berlaku pada tahun 1991 di Los Angeles di mana sekumpulan polis membelasah seorang lelaki kulit hitam.

Sepanyol kecundang

Posted: 16 Jun 2010 08:57 AM PDT

Sepanyol pasukan pilihan kecundang kepada Switzerland 0-1 dalam World CUP 2010.Malang sungguh pasukan yang diwakili oleh ramai pemain bintang ini.Goal jarinagan minit52' oleh G.Fernandes membantu SwiTzerland menang.

ANJING TELAN 5 PATUNG KUCING

Posted: 16 Jun 2010 08:24 AM PDT

Seekor anjing nyaris mati kerana menelan 5 patung kucing kepunyaan keluarga tersebut dan anak patung yang paling besar berukuran 5 cm.
Pembedahan itu dijalankan selepas ujian xray dilakukan.

Nintendo 3DS

Posted: 16 Jun 2010 06:45 AM PDT

Nintendo 3DS telah dilancarkan di pameran game terbesar di AS. Nintendo 3DS merupakan game berteknologi 3D pertama didunia.Game ini boleh digunakan tanpa memakai cermin mata khas .
Nintendo 3DS ini juga boleh digunakan untuk menonton video 3D .Ia juga dilengkapi dengan kamera untuk membolehkan gambar di ambil dalam format 3D.

Pelayan tak tahu dia mengandung melahirkan anak di tandas

Posted: 16 Jun 2010 06:19 AM PDT

Joanne Willer 22 tahun seoaran pelayan tidak tahu dia mengandung  8 bulan telah melahirkan anak di dalm tandas.Dia mengalami kesakitan yang amat sangat di belakang sewaktu pulang kerumah.Dia menyagka kesakitan itu akibat kerja lebih masa serta mengangkat barang di pub itu.Bayi itu dilahirkan di basin tandas rumahnya.

Rahsia Urutan Bayi

Posted: 16 Jun 2010 05:50 AM PDT

Rahsia urutan Bayi : 
  • Meningkatkan jisim tulang sehingga 15 peratus
  • Merangsang pertambahan berat bayi
  • Menggalakkan kemahiran motor seperti merangkak dan berjalan
  • Membantu perkembangan emosi khususnya dalam perkembangan keselamatan,keyakinan dan jati diri
  • Membantu paten tidur yang lebih baik dan panjang
  • Membantu mengurangkan kolik dan masalah pencernaan
sumber : majalah pa & ma

Nasihat Buat Isteri Ketika Berbelanja

Posted: 16 Jun 2010 03:44 AM PDT

BERJIMAT CERMAT
  • Tidak membazir pada hal -hal yang tidak perlu.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Sebahagian daripada tanda-tanda sempurnanya keIslaman seseoramg ialah meninggalkan hal-hal yang tidak berguna."(Riwayat Al -Tirmizi)
TIDAK MENAMPILKAN HIDUP MEWAH
  • Para tidak seharusnya membelanjakan harta suami secara melampau dengan membeli barangan berjenama dan mahal
TIDAK BERSIKAP SARAKAH
  • Tidak mudah terpengaruh dengan hidup orang lain yang serba mewah sehingga mendesak suami di luar kemampuannya
HIDUP SECARA SEDERHANA
  • Sedar diri dengan kemampuan kita dan jangan berlebihan dalam berbelanja

Nasihat Untuk Anak Soleh Dan Solehah 2

Posted: 16 Jun 2010 02:03 AM PDT

~BIASAKANLAH MEMBERI SEDEKAH
DAN MEMBANTU ORANG MISKIN,
KERANA BUKANKAH BALASAN
SESUATU KABAIKAN ADALAH
KEBAIKAN JUGA~

Tips Elakkan Diri Dari Mengumpat

Posted: 16 Jun 2010 01:08 AM PDT

Tips Elakkan Diri Dari Mengumpat :
  1. Berfikiran Positif
  2. Berbaik Sangka Dengan Orang Lain
  3. Pupuk Perasaan Simpati Kepada Orang Lain
  4. Wujudkan Rasa Sayang Dengan Memaafkan Orang Lain
"LIDAH ORANG YANG BERAKAL TERLETAK DISEBALIK HATINYA,SEDANGKAN HATI SESEORANG YANG BODOH TERLETAK DISEBALIK LIDAHNYA"(Ali Ibn Abi Talib)


4428 lelaki Taiwan di Dera Isteri

Posted: 16 Jun 2010 12:34 AM PDT

4428 lelaki Taiwan telah meminta bantuan selepas mendakwa mereka telah dera oleh isteri,menurut agensi berita tempatan.Lelaki terbabit telah membuat panggilan khas yang telah diwujudkan oleh Kementerian Dalam Negeri selepas didakwa didera isteri mereka, Satu daripada lelaki di dera kerana wanita berpendapatan lebih tinggi daripada suami.

Ucapkanlah Yang INDAH

Posted: 15 Jun 2010 11:38 PM PDT

Rambut sama hitam hati lain -lain,walupun dalam keluarga.Kita menyangka apa yang kita katakan itu gurauan tapi belum tentu orang lain akan mengganggap itu gurauan walupun kita 
adik beradik.Akibatnya ada orang yang akan berkecil hati dan bermasam muka serta ada pula yang sampai tidak bertegur sapa..
Peribahasa mengatakan air yang di cincang tak akan putus itu tak bermakna kita boleh berkata apa saja kepada ahli keluarga.Ibu,bapa ,abang ,kakak atau apa saja pangkat kita dalam keluarga bukanlah lesen untuk berkata -kata apa sahaja tanpa memikirka hati dan perasaan keluarga kita.Fikirlah dulu sebelum kita mengeluarkan kata-kata agar tiada yang berkecil hati.Uapkanlah yang indah agar yang mendengar tersa di hormati dan di sayangi.

Betul ke merokok boleh kuruskan badan?

Posted: 15 Jun 2010 10:27 PM PDT

Ini satu lagi  mitos yang aku rasa tak masuk akal lansung.Ramai kaum wanita beranggapan dengan merokok mereka boleh menguruskan badan.Kalau dah boleh menguruskan badan baik tulis aje kat kotak rokok "ROKOK PENYEBAB BADAN KURUS". Semua orang boleh beli tak payah ada larangan untuk budak sekolah membeli rokok.
Ini semua fikiran orang yang kurang akal.Aku tengok banyak orang yang hisap rokok makin bertambah gemuk adalah.'Mitos' yang tak masuk akal inilah agaknya penyebab ramai kaum wanita yang menghisap rokok.Agaknya dia orang ni tengok ramai model-model yang hisap rokok mereka pun ikut sama.Alamak model tu memang dah tentu kurus...kalau gemuk pasti dah kena reject....mereka tu kurus bukan pasal rokok ada yang makan ubat atau memang mereka diet.
Tapi yang pasti rokok tak boleh menyebabkan kita kurus tetapi merbahayakan kesihatan.Orang yang kurus kerana merokok selalunya orang yang kena penyakit TIBI yang punca utama penyakit ini daripada tabiat merokok yang berlebihan.Bahaya hisap rokok berlebihan ini

Petani marah rakam gambar bogel

Posted: 15 Jun 2010 09:13 PM PDT

Seorang petani di China memarahi sekumpulan pelajar seni yang sedang asyik merakamkan gambar seorang wanita bogel di tanah miliknya..Hu Wen yang berang dengan kelakuan mereka mengambil sebatang kayu lalu menghalau mereka.Pelajar-pelajar itu bertempiaran lari dan mengadukan hal itu kepada polis .Namun dia enggan meminta maaf.

Matador Penakut

Posted: 15 Jun 2010 08:09 PM PDT

Seorang matador Cristian Hernandez 22tahun telah ditangkap oleh penguatkuasa kerana melarikan diri daripada pertandingan.Dia berlari lintang pukang dengan memanjat dinding selepas seekor lembu jantan meluru kearahnya."Saya tidak mampu.Saya tidak mempunyai kejantanan"katanya apabila di tanya.Dia kemudian dibebas setelah membayar denda melanggar kontrak pertandingan.

Upah Cuma RM65 Sanggup Telan DADAH

Posted: 15 Jun 2010 07:01 PM PDT


Ada orang yang sanggup membuat apa saja demi wang.Dengan upah RM 65 @U$ 20 setiap kapsul seorang lelaki Iran sanggup menelannya walaupun nyawanya terancam.Dia telah di tahanoleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pihak polis terpaksa menunggu 3hari untuk Jmengeluarka kapsul dari perut suspek.Jumlah dadah yang di rampas dari lelaki itu RM 225000.Dalam pemeriksaanbadansuspek pada mulanya polis berjaya menjumpai 36 ketulan plastik ganja .Polis yang merasa curiga dengan lelaki telah membawa suspek untuk menjalani ujian X-ray dan kemudian menjumpai 64 kapsul syabu didalam perut mangsa.



Perez Hilton Mungkin Dipenjara kerana Tunjuk Gambar Miley Cyrus Tanpa Seluar Dalam

Posted: 15 Jun 2010 06:30 PM PDT

Perez Hilton mungkin akan di penjara kerana tunjuk gambar Miley Cyrus tanpa seluar dalam semasa keluar melangkah dari keretanya.Gambar itu di ditunjukkan di twitternya.
Miley Cyrus baru berusia 17 tahun dan kemungkinan Perez juga boleh di sabitkan mengedar foto lucah kanak-kanak bawah umur.

Man Komando Mengamuk

Posted: 15 Jun 2010 05:29 PM PDT

Seorang bekas komando (35 tahun) yang di gelar 'Man Komando' mengamuk untuk membunuh ahli keluarga.Dia yang baru keluar penjara  atas jaminan abangnya kerana kes bunuh .Masalah keluarga kemungkinan punca dia mengamuk.
Dia mengamuk menggunakan parang dan pihak polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menahan selepas rundingan selama lima jam gagal.Senjata yang di gunakannya itu itu di belinya dari kedai rakannya.Dia telah di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sik untuk siasatan lanjut.

Utamakan Keselamatan Anak

Posted: 15 Jun 2010 02:56 PM PDT

Dahulu tidak ramai  ibubapa yang risau tentang keselamatan anak.Kemana dia pergi dan apa dia buat,mereka tidak ambil pusing.Yang penting anak itu balik pada masa yang di tetapkan.Dan jika terlambat rotan panjang yang akan singgah di betis mereka sebagai pengajaran agar tidak berbuat kembali.
Namun pada hari ini ibu bapa  tidakboleh lagi  mengamalkan cara yang sama.Pergerakkan anak harus di pantau.Semua nya harus kita ketahui,Kemana dengan siapa dia keluar ,siapa kawannya?Ini kerana keadaan diluar sana sudah berbeza dan tidak lagi selamat seperti dulu.Kemalangan ,penculikkan dan berbagai masalah negatif yang timbul.Dengan keadaan persekitaran yang tidak menentu diluar sana pada zaman ini adalah lebih baik agar anak berada di rumah sahaja.