Nuffnang

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Sanggup habis duit kerana world cup

Posted: 11 Jun 2010 10:39 AM PDT

Sepasang suami isteri sanggup mengubah ruang tamunya semata -mata kerana bolasepak piala dunia.Ruang tamunya di ubah seperti stadium dan mereka merancang untuk mengajakjiran serta kawan mereka untuk menonton setiap perlawanan bolasepak.
                                     LIHAT RUMAH SEBELUM DI UBAH.
                                    RUMAH MEREKA SELEPAS DI UBAHSUAI.
Manusia kalau dah minat dah tak kira lagi..membazir tak membazir itu dah jadi perkara kedua.

wajah bayi kembar yang diserang musang keluar hospital

Posted: 11 Jun 2010 10:01 AM PDT

Sepasang  bayi kembar yang diserang oleh seekor musang telah selamat tetapi kakaknya masih menjalani  rawatan lanjutan.Budak ini telah dibawa balik oleh emaknya kerumah.

7 Orang diperlukan untuk bawa 'Bali' jumpa doktor

Posted: 11 Jun 2010 09:50 AM PDT

7 orang diperlukan untuk membawa Bali keklinik untuk membuat pemeriksaan. 
Bali seekor ular sawa yang panjang 22 kaki itu juga ditutup matanya sewaktu di bawa untuk pemeriksaan.

Bapa di Brazil kurung anak 12 tahun dan ada 7 anak dengannya

Posted: 11 Jun 2010 09:49 AM PDT

Jose Agostinho Pereira 54 tahun seorang nelayan Brazil telah mengurung anaknya selama 12 tahun di sebuah tempat berhampiran kampung nelayan yang hanya boleh di lalui menggunakan kayak.Dia juga telah merogol anaknya dan mempunyai 7 orang anak bersamanya (nak di panggil apa bapaknya nanti) .Anaknya kini telah berusia 28tahun .Anak-anaknya tidak seorang pun yang tahu membaca dan tiada sijil kelahiran kemungkinan anaknya yang tua berusia 12 tahun dan kecil berusia 2 bulan.

Anaknya yang dikurung tidak tahu membaca itu di dera sejak isterinya melarikan diri.Orang kampung hanya memerhatikan kelakuan nelayan itu kerana mereka tidak mahu ikut campur.
Jenis apa nak di panggil bapaknya ini...???

Dasyat betul 'Ariel peterporn' sampai bintang filem lucah Amerika nak berlakun dengannya..

Posted: 11 Jun 2010 09:04 AM PDT

Mungkinkah Ariel Peterporn akan berubah menjadi pelakon......ini kerana bintang filem lucah sanggup untuk berlakun bersamanya ,Luna Maya dan Cut Ari.Vicky Vette seorang pelakon lucah Amerika yang banyak menggondol anugerah bintang porno sanggup berlakon bersama mereka bertiga.
Dia mengetahui tentang cerita video ini melalui twitter kerana nama 'Ariel Peterporn' menjadi carian yang tinggi di twitter.Dia telah melihat aksi-aksi panas Ariel Peterporn kiriman seorang folowers nya."Aksi mereka memang dasyat dan saya akan ajak mereka berlakun jika mereka datang ke Amerika,"kata Vicky Vette dan dia juga 
(entah betul atau tidak macam berseloroh aje)ingin merancang melalui syarikat perfileman lucah Vivid Interative untuk mengedarkan video ini.(laporan kompas.com)
Gila betul minah ni pandai betul dia nak ambil kesempatan...Apa nak jadi nii....

luka sikit walaupun jatuh 300 kaki kedalam sungai

Posted: 11 Jun 2010 07:55 AM PDT

Sepasang suami isteri yang berusia 58 dan 57 tahun terselamat walaupun kereta mereka yang melanggar pokok lalu terjatuh kedalam sungai dari ketinggian 300 kaki. 
Kereta BMWZ3 yang dipandunya 50mph telah tergesel kereta lain sebelum terjunam kedalam sungai.
Mereka berdua hanya mengalami luka yang kecil telah dibawa kehospital untuk pemeriksaan lanjut.

Porsche 'terslow' sekali di dunia

Posted: 11 Jun 2010 07:12 AM PDT

         Inilah kereta Porsche 'terslow' sekali di dunia cuma mampu bergerak 10mph sahaja


Mungkin anda tak percaya,Sebenarnya kereta Porsche ini di reka oleh seoranG artis dengan menggunakan kayuhan basikal sahaja .Rangkanya hanya mengunakan tiub plastikdan kertas aluminium emas .Hannes Langeder mengambil masa selama 6 bulan dan 1000 jam serta kos sebayak 11 ribu paun untuk membina kereta ini,
INI  GAMBAR CARA-CARA DIA MEMBINA KERETA INI:
                        DAN INILAH HASIL DARIPADA KERAJINANNYA :



mak dan bapak kasi anak 14 bulan heroin

Posted: 11 Jun 2010 06:31 AM PDT

Ini jenis mak bapak ape ni .Sampai sanggup memberi anaknya yang baru berusia 14 bulan heroin.Budak ini di berinya Methadon dan mati kerana keracunan semasa di hospital.Apa ke jadah jenis mak bapak macam ni?Mak dan pasangan merupakan penagih heroin,Mereka berdua akan dibicarakan.
Cuba kita gambar budak sungguh comel bukan tapi kerana sikap mak bapaknya yang tak berakal dia mati begitu sahaja.

Kesian Nelson Mandela

Posted: 11 Jun 2010 05:10 AM PDT

Nelson Mandela mantan presiden Afrika kehilangan cucunya yang berumur  13 tahun akibat kemalangan jalanraya.Kereta yang di pandu oleh pemandu itu mengalami kemalangan selepas cucunya menyaksikam konsert bolasepak piala dunia Pemandunya di percayai dalam keadaam mabuk.Zenani Mandela merupakan cucu kesayangan Nelson Mandela dan mantan presiden ini memutuskan tidak akan hadir pada majlis perasmian bolasepak piala dunia ini.

"Sorry saya dah tak sabar nak tengok England bermain,"(WORRLD CUP 2010)

Posted: 11 Jun 2010 03:37 AM PDT

World cup 2010 punya pasal sampai sanggup memasang seluruh rumahnya dengan bendera England.Ini lah yang dikatakan betul -betul fanatik .Bersemangat untuk menyokong pasukan negaranya.
Bila di tanya kenapa sanggup buat begini ."Sorry saya dah tak sabar nak tengok England bermain.Saya ni seorang yang patriotik dan inilah tanda sokongan saya."
Inilah yang dinamakan penyokong yang asli bukan penyokong yang suka menimbulkan keganasan.

Kesian Sungguh Kucing ni.....

Posted: 11 Jun 2010 02:02 AM PDT

kesian sungguh kucing ni tersepit di celah pintu
dia cuba berusaha nak lepaskan diri
tapi masih tak berhasil
nasibnya baik ada orang yang nampak
orang itu mengeluarkannya dari tersepit
macamana boleh tersepit ni....
kucing-kucing nasib kau memang baik
kalau tak mati tersepit lah kau

Bengang (Bodoh,Masalah,Sopan-santun)

Posted: 11 Jun 2010 12:25 AM PDT

Tiga orang sahabat mempunyai nama yang sangat unik iaitu BODOH,MASALAH ,SOPAN-SANTUN.Mereka ini berkaan sejak dari kecil lagi.Mereka bertiga selalu pergi kemana-mana bersama tetapi SI BODOH dan SOPAN -SANTUN tidak bertemu dengan MASALAH selama 3 hari.Lalu mereka berdua berpakat melaporkan kehilang kawannya di balai polis.SOPAN -SANTUN tidak mahu masuk dan hanya menyuruh Bodoh yang membuat laporan

BODOH : "Selamat pagi tuan,"
POLIS : "Pagi ,apa yang boleh saya bantu?"
BODOH : "Saya datang nak buat aduan ,tuan,"
POLIS : "Siapa nama awak?"
BODOH: "BODOH...tuan,"
POLIS :" Apa...cuba ulang sekali lagi (dengan nada yang kuat),"
BODOH : " BODOH tuan
POLIS : "Apa kena dengan awak ni panggil saya bodoh ,mana perginya sopan -santun awak?"
BODOH : "SOPAN-SANTUN ada kat luar tuan,"
POLIS : "Kenapa dengan budak ni...adakah awak datang sini untuk cari masalah?"
BODOH :" Ya tuan mana tuan tahu saya cari MASALAH?"
Polis itu terus benggang sambil menepuk dahi.

World Cup nak strart judi bola jadi ke tak ??

Posted: 10 Jun 2010 11:47 PM PDT

Sekarang ini kita menjadi bertambah keliru kerana lesen bola dah dikeluarkan atau belum.Kejap dah keluar ,lepas takjadi nak keluar kerana tunggu reaksi orang ramai.Paling bagus kalau pihak kerajaan buat pengumuman lesen judi dah di batalkan.Orang ramai tak perlu lagi tertanya-tanya.Buat penjelasan adaskah dah di bagi lesdn atau belum. "World cup nak strart judi bola jadi ke tak," pertanyaan seorang pak cik kepada aku.Aku jadi pelik kalau yang tanya itu bukan Islam tak palah ini orang Melayu beragama Islam yang tentu-tentu tahu hukum berjudi.
Orang kita yang paling sibuk.Pihak kerajaan beritahu atau buat pengumuman samada lesen dah di luluskan atau belum.Jangan cakap sahaja tak lulus tapi sebaliknya??  Kalau belum batalkan sahaja supaya rakyat gembira dan hapuskan sekali judi-judi haram.Kalau boleh kedai nombor-nombor ekor sekali.Pasti boleh sebab Malaysia boleh.

Bangunan paling condong bukan Menara Pisa lagi

Posted: 10 Jun 2010 09:46 PM PDT

The Capital Gate Tower yang terletak bi bandar Abu Dhabi telah menjadi bangunan paling condong di dunia.Ketiggiannya ialah 525 kaki dan kecondongannya ialah 18 darjah iaitu lebih 5 kali kecondongan Menara Pisa di bahagian barat iaitu 4 darjah.
Bangunan 35 tingkat ini dibina oleh Abu Dhabi National Exbihition Company untuk ruang pejabat dan hotel dijangka akan di buka pada tahun ini.Tidak seperti Menara Pisa yang condong semula jadi ,bangunan ini sengaja di reka agar kelihatan condong.

"Obama" kena campak di Australia

Posted: 10 Jun 2010 09:15 PM PDT

Siapa yang berani nak campak Presiden Obama?Di Australia ada orang yang berani ,bukan campak orangnya tetapi gelas yang tersalah eja namanya.Ejaan yang sepatutunya ialah Barack tetapi ditulis Barrack.Kesemua gelas atau mug yang memaparkan gambar Obama di buang.Gelas yang di buat di China atau Vietnam dan dilabelkan di Queensland menyebabkan sekreteriat parlimen Australia Allan Thompson merasa malu dan bertanggung jawab atas kesilapan itu.

Telur ayam terbesar

Posted: 10 Jun 2010 08:07 PM PDT

Seekor ayam telah bertelur dan telurnya merupakan telur yang terbesar di dunia.Bukan telurnya yang kita nak perhatikan tetapi bertapa sakitnya dia nak bertelur.
Kalau kita perhatikan ayam ini taklah begitu besar tapi boleh mengeluarkan telur yang sebesar itu.
Kalau kita banding kan dengan kita manusia ,bertapa sakitnya ibu kita apabila dia melahirkan anak.Keperitan,kesakitan orang kata macam nak tercabut nyawa di buatnya.Aku sendiri dah tengok depan mata bagaimana isteri aku melahirkan anak.Hanya dia yang dapat merasakan kita lelaki cuma dapat memberikan semangat sahaja.
Kepada anak-anak hargailah kedua ibubapa tanpa mereka tidak ada kita di dunia ini.

Mini robot untuk ganti manusia berperang

Posted: 10 Jun 2010 07:03 PM PDT

Satu mini robot sedang di uji untuk mengantikan manusia berperang.Robot ini  sedang dikaji agar boleh terbang tanpa bantuan manusia.Robot ini juga boleh bercantum sesama sendiri dan mampu memusnahkan musuh dengan lebih berkesan.



Kasut Kulit Berusia 5500 tahun

Posted: 10 Jun 2010 06:13 PM PDT

Kasut kulit berusia 5500 tahun di temui di dalam sebuah gua di wilayah Vayotz Dzor yang terletak di sempadan Armenia ,Iran dan Turki .
Kasut ini dijumpai oleh sekumpulan arkeologi antarabangsa dan kasut ini dibuat daripada kulit lembu.
Saiz kasut itu ialah 37 sepadan dengan saiz moden penduduk Eropah.Tidak diketahui samada kasut ini dipakai oleh wanita atau lelaki.

Episod duka bagi umat Islam

Posted: 10 Jun 2010 05:43 PM PDT

Satu lagi episod duka umat Islam bebola babi di campur dengan mi.Syaikat itu mengedar makanan yang ada logo halal daripada Jakim,pekerjanya memakai baju  logo halal tapi turut juga menjual bebola babi.Lebih menjijikam produk babi ini diletakkan bersama mi .kuetiau serta bebola ikan yang turut diedarkan kepada umat Islam.Bebola babi itu diperolehi daripada syarikat lain tetapi yang jadi masalahnya dia dicampurkan dengan produk lain.
Jakim sepatutunya bukan setakat bagi logo halal tapi mesti mewajibkan tauke kilang menjalankan kursus tentang halal dan haram sesuatu makanan kepada umat Islam.Mereka mungkin jahil tetapi kita sebagai umat Islam mesti memberitahu dan tingkatkan penguatkuasaan.Ini persolan yang mesti di ambil perhatian kerana ia menjadi darah daging.
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan