Adsense

Jumaat, 22 April 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Jehan suka sukan lasak

Posted:

Jehan suka sukan lasak

Jehan suka sukan lasak

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF


SUDAH dua tahun Jehan meninggalkan aktiviti rock climbing.


MENDENGAR Jehan Miskin bercerita fasal 5A, 5B, 5C hingga ke 9A, 9B dan 9C, penulis ternganga. Ingatkan dia bercerita tentang jenis lesen kontraktor yang diambil.

Rupa-rupanya apa yang diperkatakan Jehan dengan Timbalan Pengerusi Belia 4B cawangan Kampung Wira Damai, Mohd. Abdul Halim Zainal Abidin adalah laluan yang digunakan untuk aktiviti lasak, rock climbing.

Pertemuan kami di kawasan rekreasi Gua Damai berhampiran Batu Caves, Gombak, pukul 9 pagi, Sabtu lalu adalah untuk memberi peluang Jehan melepaskan rindunya pada aktiviti lasak itu.

"Saya mula buat rock climbing ini sejak tahun 2000 lagi. Mula-mula dulu buat indoor rock climbing. Saya boleh habiskan masa seharian kat tempat sebegitu di The Summit Climbing Gym, USJ atau Camp 5 Climbing Gym, One Utama.

"Harap hari ini dapat buat lagi, sebab sudah dua tahun juga tidak buat kerja panjat-memanjat ni kerana tidak ada masa, sibuk memanjang," ceritanya.

Bagaimanapun hasrat pemegang watak Benjy dalam drama Awan Dania itu hampir gagal untuk melakukan rock climbing di bahagian dinding bukit Gua Damai kerana hujan lebat.

Memandangkan Mohd. Abdul Halim pemegang kunci ke Gua Damai, dapatlah Jehan melakukan rock climbing di bahagian hadapan gua yang sekali gus memudahkan jurufoto, Rashid Mahfof merakamkan gambar pelakon berkenaan dari pelbagai sudut yang menarik.

Sebelum memulakan pendakian, Jehan yang berpakaian seluar trek dan kemeja T tanpa lengan, menukar seliparnya kepada kasut khas untuk memanjat.

"Saya hanya ada peralatan lengkap untuk indoor rock climbing saja. Kasut ala ballet ini dibuat khusus untuk memanjat kerana ketika memanjat kita hanya menggunakan hujung jari kaki.

"Setiap pemanjat mesti ada beg kapur magnesium (chalk bag) yang diikat di pinggang bahagian belakang. Kapur ini untuk meneutral peluh yang keluar pada tangan dan kelembaban pada batu atau permukaan tebing," jelasnya.

Katanya, lain-lain peralatan asas yang perlu adalah Belay Device, alat keselamatan seorang pemanjat yang dikawal oleh belayer dan harness yang digunakan sebagai alat keselamatan untuk pemanjat dan belayer serta tali.

Setelah lengkap 'berpakaian', Jehan dibantu oleh Khairil Amar Yusof atau Yen yang bertindak sebagai belayer dan Abdullah Zul Yuzarin Yeop Mahidin.

Melihat Jehan memanjat tebing Gua Damai, penulis pula yang risau kerana bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini.

Alhamdulillah, tugasan kami berjalan lancar kerana dibantu oleh tiga jurulatih rock climbing profesional.

Demi mendapatkan sudut yang menarik, Rashid pun terpaksa memanjat (laluan biasa) ke tebing yang lebih tinggi daripada Jehan.

Menurut Jehan, aktiviti sukan lasak bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal tapi juga minda.

"Buat rock climbing ini kena fokus betul-betul. Sukan ini akan membawa kita berada di dunia lain. Mana tidaknya, waktu memanjat itu mana boleh fikir benda lain.

"Kita hanya boleh fikir bagaimana cara aku nak sampai ke atas, bahagian tebing mana yang nak dipegang. Kalau tidak memberi tumpuan, silap hari bulan, diri sendiri yang cedera. Memang nampak berbahaya tapi sukan ini membuatkan kita sentiasa bersedia," katanya yang pernah terkehel di bahagian bahu kerana aktiviti lasak.

Selain Gua Damai, Jehan juga pernah membuat rock climbing di Pulau Tioman dan Lost World Of Tambun, Ipoh yang laluannya lebih sukar.

Kata Jehan, beliau bukan sahaja gemar rock climbing, malah pernah melakukan bungy jump juga.

Aktiviti lasak lain yang pernah dilakukannya adalah abseiling, flying fox, berenang bersama jerung, water rafting, mendaki Gunung Kinabalu, kick boxing dan muay thai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerenah dua beradik

Posted:

Kerenah dua beradik

Kerenah dua beradik

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar IZHAM JAAFAR


WALAUPUN penat selepas berbasikal, dua penyampai radio Fly FM ini masih mampu memberi pose menarik.


SEWAKTU sesi fotografi yang berlangsung di Kelab Golf dan Resort Kuala Lumpur (KLGCC) di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini, penulis memang tidak kering gusi melihat keletah dua beradik ini.

Baik Hafiz Mohd. Hatim, 29, mahupun adiknya, Hani Farhana atau lebih popular dengan nama komersial, Hunny Madu, pasti ada sahaja perkara yang hendak dikatakan tentang diri masing-masing.

Lebih-lebih lagi sewaktu penulis meminta Hafiz dan Hunny Madu mengimbau kenangan zaman kanak-kanak yang disifatkan mereka sebagai zaman yang penuh warna-warni.

"Kalau hendak tahu, abang saya memang seorang yang suka mengusik sehinggakan setiap kali pergi bercuti bersama keluarga, pasti akan ada insiden bertikam lidah. Maklumlah, masing-masing tidak mahu kalah.

"Tahap kenakalan abang saya ini memang kronik. Mana tidaknya, setiap kali kalau hendak bergambar, dia pasti akan mengusik saya sampaikan saya membuat mimik muka lalu gambar saya tidak cantik dibuatnya," cerita Hunny Madu sambil dinafikan Hafiz dalam derai tawa yang panjang.

Mungkin ada yang tidak tahu, Hafiz dan Hunny Madu mencipta sejarah tersendiri sebagai pasangan adik-beradik yang menjadi penyampai radio di bawah satu bumbung iaitu Fly FM.

Hafiz terlebih dahulu berkhidmat di stesen berbahasa Inggeris itu pada tahun 2006 manakala Hunny menjejaki langkahnya dua tahun selepas itu.

Menyambung bicara, Hunny Madu memberitahu, abang kesayangannya itu memang seorang yang tidak begitu gemarkan aktiviti lasak dan bersukan.

"Dia akan beri pelbagai alasan apabila saya mengajaknya menyertai sebarang aktiviti tetapi akhirnya, dia senyap begitu sahaja," ceritanya sambil menjuih bibir ke arah Hafiz.

Selepas membiarkan adik keduanya itu berceloteh, Hafiz pula membuka bicara dan mengakui keterbatasan waktu menyebabkan dia terpaksa melupakan aktiviti sukan yang menjadi kegilaannya satu ketika dulu.

"Pantang ada masa terluang, saya akan bermain futsal bersama rakan-rakan. Sekarang ini, saya tetap bersukan tetapi senaman tangan dan permainan video Wii sahaja," kata Hafiz yang mengendalikan segmen Fly 30 lima hari seminggu dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.

Kata-kata Hafiz itu disokong Hunny Madu yang juga mengakui masa kini begitu terhad untuk beriadah bersama abang dan adik-beradiknya yang lain.

"Kalau dulu, kami suka bermain hoki, boling, hoki ais serta beberapa permainan kanak-kanak yang pernah menjadi kegilaan satu ketika dulu.

"Kalau ada masa yang terluang, saya dan Hafiz melakukan aktiviti seperti paintball dan berbasikal bersama-sama," ujar Hunny Madu yang juga merupakan isteri kepada Khairul Azhar Abd. Wahid itu lagi.

Dalam perkembangan lain, Hunny Madu memberitahu dia akan melancarkan album perdananya, Pulau Janji tidak lama lagi.

Untuk mendengar celoteh Hunny Madu, ikuti segmen Malaysia's Hottest Music With Hunny Madu, 10 pagi hingga 1 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Dia juga mengendalikan Fly FM Campur Chat yang ke udara setiap hari Ahad selama satu jam dari pukul 7 malam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.