Adsense

Jumaat, 19 November 2010

OHBULAN!

OHBULAN!


Sidang Media Shout! Awards Bersama Iyaz : Cerita Gadis, Kereta & Masakan Tempatan

Posted: 19 Nov 2010 10:41 PM PST

Screen shot 2010 11 20 at 2.22.01 PM Sidang Media Shout! Awards Bersama Iyaz : Cerita Gadis, Kereta & Masakan Tempatan

Pengumuman : Rakan media kami, Rotikaya telah hasilkan laman live tweet #ShoutAwards sebagai kemudahan anda. Manakala, cerita penuh mengenai aktiviti Shout! Awards dari awal hingga hari ini, rujuk Koleksi Penuh Shout! Awards 2010.

Sekitar pukul 11 pagi, krew OHBULAN! bersama media-media yang lain menghadiri sidang media penyanyi antarabangsa, Iyaz yang dijemput bagi menghiburkan penonton di Shout! Awards 2010 malam ini. Secara peribadi, Iyaz amat kelakar ketika menjawab soalan-soalan daripada wartawan.

Apabila kami bertanya mengenai gadis impian'nya, Iyaz menjawab beliau amat meminati Beyonce kerana tubuh'nya yang mengoda. Diberi pula pilihan antara Christina Aguilera & Beyonce, dengan pantas Iyaz menjawab, "Christina Aguilera". Point penting, Iyaz meminat gadis berambut panjang seperti Julie Woon, hos sidang media Shout! Awards.

DSC1330 Sidang Media Shout! Awards Bersama Iyaz : Cerita Gadis, Kereta & Masakan Tempatan

Iyaz berkata lagi, beliau meminati kereta Bentley, "a must have car". Cerita pasal Bentley, kami teringat pula kisah tauke gelang magnet. Ha ha

Selain itu, beliau turut mempunyai sebuah kereta berjenama Maserati dan amat meminati motor superbike seperti Z1000. Pihak media juga bertanya akan pandangan beliau mengenai fenomena muzik di negara kita. Secara jujur, ini pertama kali beliau datang ke Malaysia, dan tidak beberapa arif pasal muzik scene negara kita.

Sidang media berkonsepkan santai ini diajukan pula dengan soalan berbentuk genius daripada wakil media mana entah, dengan soalan berbunyi seperti ini, "apakah pandangan Iyaz mengenai muzik berentak RnB & hip hop yang banyak mengeksploitasikan wanita dalam video klip, bukankah ini membawa unsur negatif kepada kita?'

DSC1378 Sidang Media Shout! Awards Bersama Iyaz : Cerita Gadis, Kereta & Masakan Tempatan

"Saya tidak tahu penerimaan masyarakat Malaysia dengan budaya barat, namun realitinya, Sex Sells" balas Iyaz selamba diiringi dengan gelak tawa wartawan.

Nak dijadikan cerita, krew OHBULAN! duduk semeja dengan Iyaz ketika sesi makan. Ya, kami satu-satu'nya media muka paling tak malu, duduk terus sebelah Iyaz. Artis antarabangsa kot!

Kelakar sangat, beliau bercerita kepada kami mengenai makanan tempatan yang pedas, tetapi tetap ingin mencuba. Iyaz ambil daging masak pedas, sekali rasa terus, "Fuh! Damn hot! Feel like my tongue is burning". Dihulurnya kepada kami untuk habiskan, kami selamba je.

Sempat juga kami rakamkan beberapa gambar peribadi bersama Iyaz sebagai kenangan. Anda pula, jerit OHBULAN! Gila Kool.

DSC1413 Sidang Media Shout! Awards Bersama Iyaz : Cerita Gadis, Kereta & Masakan Tempatan

Jurufoto OHBULAN! & Iyaz

pixel Sidang Media Shout! Awards Bersama Iyaz : Cerita Gadis, Kereta & Masakan Tempatan
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Shila Anak ND Lala & Haziq Zikri Harimau Muda, Hangat Bercinta?

Posted: 19 Nov 2010 05:51 AM PST

11152010 shilakantoi5a (Gambar) Shila Anak ND Lala & Haziq Zikri Harimau Muda, Hangat Bercinta?

Gambar mesra antara penyanyi Shila, juga anak ND Lala dengan pemain bola sepak pasukan Harimau Muda, Haziq Zikri menimbulkan 1000 persoalan dalam kepala kami tentang hubungan mereka, mungkin kawan biasa, teman skandal, atau sedang hangat bercinta.

Nak dijadikan cerita, memang sebelum ini Shila & Haziq Zikri sering kelihatan bersama-sama, macam belangkas. Tetapi, setahu kami, Haziq mempunyai seorang teman wanita ketika belajar di universiti, dah break kot?

Melalui gambar, dapat kita lihat kemesraan mereka berdua lagak pasangan kekasih. Kami pun suka tengok mereka berdua bersama, dua-dua pun single & muda, apa salah'nya kenal hati budi dulu. Lagi gambar mesra Shila & Haziq Zikri Harimau Muda selepas ini, aauumm!

11152010 shilakantoi6a (Gambar) Shila Anak ND Lala & Haziq Zikri Harimau Muda, Hangat Bercinta?

11152010 shilakantoi4a (Gambar) Shila Anak ND Lala & Haziq Zikri Harimau Muda, Hangat Bercinta?

11152010 shilakantoia (Gambar) Shila Anak ND Lala & Haziq Zikri Harimau Muda, Hangat Bercinta?

pixel (Gambar) Shila Anak ND Lala & Haziq Zikri Harimau Muda, Hangat Bercinta?
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.