Adsense

Jumaat, 19 November 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Cedera, Farra mengaku degil

Posted:

Cedera, Farra mengaku degil

Cedera, Farra mengaku degil

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar MOHD. SAHARANI SAIBI


SEPULUH peserta Idola Kecil 3 yang sedia berentap untuk musim kali ini. Farra yang cedera hanya mampu duduk di kerusi.


PERTANDINGAN nyanyian di kalangan kanak-kanak, Idola Kecil (IK) yang begitu mendapat perhatian selama dua musim bersiaran kini melangkah ke musim yang ketiga.

Tirai persembahan untuk musim baru yang sekali lagi menampilkan seramai 10 orang peserta iaitu Farra Noradzlina Safwan (Farra), Shazlin Salamat (Shazlin), Abdul Hadi Abdul Mazlan (Hadi), Nurhamilya Adiba Hamzaidi (Adeeba), Nadeera Allysha Aminudin (Deera) dan Angelica Paujin (Angel).

Tidak ketinggalan ialah Nor Harris Alif Nor Rashidi (Harris), Nor Balqis Ahmad Tajudin (Balqis), Muhammad Afif Abdul Halim (Afif) dan Puteri Aszfaryna Khareeza.

Persembahan pada malam Sabtu lalu yang bersiaran di TV9 pada pukul 9 malam dan pastinya ke sepuluh peserta yang bertanding memaparkan persembahan hebat dan bertenaga sejajar dengan matlamat saluran itu mencari idola di kalangan si cilik.

Jika pada musim pertama bakat Wada atau nama sebenarnya Wan Shuhada Md. Amin sebagai juara sulung, musim lalu nama Siti Amirah Dayana Mohd. Amerullah atau Dayana pula diangkat sebagai juara.

Musim ini siapakah pula yang bakal menyandang gelaran juara?

Pastinya para peminat setia rancangan itu yang menonton persembahan 10 peserta minggu lalu sudah mula berteka-teki siapakah di antara mereka yang bakal meneruskan legasi tersebut.

Membuka tirai persembahan, Farra yang menyanyikan lagu Retak berjaya memukau penonton dengan suara lunaknya biarpun tidak berjaya menguasai pentas akibat kecederaan di kaki.

Baru bermula sudah ada kecederaan. Itulah yang berlaku kepada Farra yang terpaksa menerima lima jahitan di kaki kanan akibat kecederaan selepas tersepit di tangga kolam renang ketika mengikuti aktiviti bebas Idola Kecil.

"Kaki saya tersangkut di tangga masa nak keluar dari kolam renang. Memang saya rasa menyesal sebab degil dan tidak mendengar cakap kakak-kakak yang menjaga kami.

"Akibat daripada kecederaan yang dialami, kaki saya terpaksa dijahit sebanyak lima jahitan dan tidak boleh mengikuti latihan menari seperti kawan-kawan lain," kata Farra dalam nada kesal.

Penerbit IK3, Nurul Ashikin Halim ketika ditemui selepas tamat rakaman episod pertama IK3 di Studio ntv7 di Glenmarie, Shah Alam baru-baru ini memberitahu, kejadian tersebut berlaku ketika para peserta mengikuti aktiviti luar dan ia di luar jangkaan.

"Memang pihak produksi telah menasihatkan berkali-kali kepada peserta supaya sentiasa berwaspada tetapi ia berlaku di luar jangkaan.

"Tahap kecederaan yang dialami oleh Farra tidaklah terlalu serius kerana lukanya tidak terlalu dalam. Alhamdulillah setakat ini lukanya sudah mulai sembuh kerana mengikut pantang larang yang kami berikan.

"Harap-harap selepas ini para peserta dan pihak kami akan mengambil langkah berjaga-jaga agar kejadian serupa tidak berulang," katanya.

Lagu-lagu yang disampaikan oleh peserta pada minggu lalu ialah Tak Tercapai Akalmu (Shazlin), Inilah Cinta (Hadi), Permata Biru (Adeeba), Aku Lebih Tahu (Deera), Gemilang (Angel), Pelesit Kota (Harris), Elegi Sepi (Balqis), Hati Emas (Afif) dan Tak Mungkin Kerana Sayang (Puteri).

Menariknya biarpun usia mereka terlalu muda namun, kesungguhan mereka dalam membuat persembahan memang memberangsangkan.

Malah, juri tetap iaitu Atilia dan juri undangan Norzizie Zulkifli turut mengakui bakat yang ada pada mereka.

Puteri misalnya, mendapat komen yang cukup positif apabila juri tetap, Atilia menyifatkan nyanyiannya sempurna seperti orang dewasa.

Begitu juga Angel yang menyanyikan lagu Gemilang dengan cukup bertenaga dan meyakinkan.

Dari segi penguasaan pentas, Harris ketika mendendangkan lagu popular Search, Pelesit Kota disifatkan oleh juri mempunyai gaya tersendiri malah dilihat seperti telah berpengalaman 10 tahun di atas pentas.

Malah, Afif yang dilihat cukup pandai mengambil perhatian penonton di studio dengan aksi bersahaja kelihatan cukup berkeyakinan menghiburkan penonton menerusi lagu Hati Emas.

Siapakah yang bakal menyinar pada minggu ini? Pastikan anda menonton Konsert Idola Kecil 3 pada setiap hari Sabtu pukul 9 malam.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Elyana akhiri zaman gadis, selamat diijabkabulkan

Posted:

Elyana akhiri zaman gadis, selamat diijabkabulkan

Elyana akhiri zaman gadis, selamat diijabkabulkan


ELYANA selamat diijabkabul dengan pasangannya, Khairul Anuar Hussin pada satu majlis di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Mohd. Farizwan Hasbullah


KUALA LUMPUR 19 Nov. - Penyanyi lagu Kalis Rindu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal mengakhiri zaman gadisnya apabila selamat diijabkabulkan dengan Khairul Anuar Hussin, malam ini.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Elyana, Emrizal Shamsuddin, 56, di hadapan Imam Masjid al-Aqram, Kampung Datuk Keramat, Azizan Othman pada majlis ringkas yang berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang di sini tepat pukul 9.40 malam.

Elyana, 23, yang mengikat tali pertunangan dengan Khairul, 35, pada Julai tahun lalu menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM22,000.

Pasangan tersebut bertukar-tukar sebanyak tujuh dulang hantaran dengan hantaran dari pihak Elyana berupa sirih junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, sepasang kasut, dompet, set wangian dan buah-buahan.

Manakala Khairul pula membalas dengan tepak sirih, sebentuk cincin berlian, jam tangan, beg dan dompet, set wangian, set penjagaan tubuh serta manisan.

Mengimbau detik pertemuan pasangan itu, Elyana dan Khairul mula berkenalan sejak tiga tahun lalu apabila salah seorang teman rapat penyanyi itu memohon pekerjaan di restoran milik Khairul.

Bermula dari detik itu, pasangan itu kerap bertemu biarpun pada awalnya Khairul tidak mengetahui bahawa Elyana merupakan seorang artis.

Pasangan itu sepakat mengadakan majlis resepsi esok di Duchess Place dan bakal diraikan pada 27 November ini dalam satu lagi majlis resepsi di kediaman abang Khairul di Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab, Pahang.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.