Adsense

Jumaat, 18 Mei 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Kereta Yuna Di Pecah Masuk Pencuri Dan Kerugian RM5000

Posted: 17 May 2012 07:29 PM PDT

kereta yuna di pecah masuk pencuri
Yunalis Zarai atau Yuna dengarnya kerugian hampir RM5,000 selepas keretanya di pecah masuk pencuri pada jam 5.30 pagi semalam.. Pencuri itu telah berjaya membawa pulang satu set radio kereta dan dua buah biji gitar termasuk gitar milik Diandra Arjunaidi yang juga seorang penyanyi baru didikan Yuna…

Kejadian bermula apabila kereta Yuna yang di pinjamkan kepada Pa'an yang juga pemain gitar yang selalu mengiringi persembahan Yuna digunakan untuk pulang ke rumah.. Malang tidak berbau, ketika hujan sedang lebat bapak Pa'an yang terjaga dari tidur akibat terdengar bunyi bising dari garaj kereta mendapati dua orang pencuri sedang memecahkan cermin kereta Yuna dan dua orang pencuri lagi sedang menunggu di dua buah motosikal..

Akibat kejadian itu Yuna kehilangan satu set radio kereta dan dua buah biji gitar dengan jumlah kerugian hampir RM5'000.. Kes kecurian ini sudahpun dilaporkan kepada pihak polis, MyGosip harap pihak polis dapat menangkap ke empat-empat pencuri yang gigih mencuri walaupun ketika hujan lebat ni secepat yang mungkin…

Gambar Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari Honeymoon Di New York

Posted: 17 May 2012 06:55 PM PDT

Gambar Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari Honeymoon Di New York
Seperti yang semua sudah maklum, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya akan berhoneymoon di New York pada 8 mei yang lalu selepas selesainya majlis perkahwinan mereka berdua.. Akhirnya seperti apa yang dirancangkan, kedua-dua pengantin baru ni telah terbang ke New York untuk berbulan madu selama 10 hari sejak 8 mei yang lalu dan mereka berdua dijangka akan pulang ke Malaysia pada hari ini (18 mei)..

Pasti banyak kenangan manis buat Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya semasa mereka berhoneymoon di New York ni kan.. Tapi kami hanya ada beberapa keping sahaja gambar Scha dan Awal yang sedang berbulan madu ni.. mungkin mereka berdua belum bersedia atau tak berkesempatan lagi untuk berkongsi kenangan manis diaorang ni dengan peminat.. Apa-apa pun jom kita layan dulu beberapa keping gambar Awal dan Scha honeymoon kat bawah ni…

gambar scha honeymoon

gambar scha bulan madu

gambar awal ashaari dan scha honeymoon

gambar awal ashaari bulan madu

gambar awal honeymoon