Adsense

Rabu, 29 Jun 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Apa Ada Pada Drama Tahajjud Cinta

Posted: 29 Jun 2011 06:28 PM PDT

APA ADA PADA TAHAJJUD CINTA?
JIWA YANG DIHUKUM, TERKABULKAH NAFSU?

"Aku Mahu Menjadi Pejuang Yang Menjunjung Tinggi Kemanusiaan Dan Peradaban Serta Penghormatan Terhadap Agamaku"

Ketaatan dan cinta kepada agama mampu mendorong seseorang melakukan perkara-perkara murni apatah lagi untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Berbekalkan naluri, cita-cita dan semangat perjuangan harmoni, tiada sempadan dan halangan yang tidak dapat direntasi mahu pun tentangan atau dugaan. Berlainan pula bagi cinta, yang berupaya mengubah mana-mana insan atau pegangan apabila ia dimanipulasikan oleh nafsu dan tipu daya. Mampukah dua orang wanita solehah menempuh onak dan duri di sebalik hasrat murni kedua-dua ibubapa mereka?

Tahajjud Cinta

Menyusuli "Keranamu Laila", slot ZEHRA bakal menayangkan sebuah lagi siri drama menyentuh hati, TAHAJJUD CINTA lakonan hebat Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Fazreen,Tiz Zakiah, Aaron Aziz, Y. Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin, Norish Karman, Neelofa, Dato' Ahmad Tamimi, Eirma Fatima, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Heryanto, Fadhilah Mansor dan Melissa Saila mulai 8 Julai 2011, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam di slot Zehra.

Diterbitkan oleh Rumah Karya Citra dan diterajui oleh Eirma Fatima sebagai pengarah dan penulis skrip, TAHAJJUD CINTA mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi. Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.

Perjalanan hidup mereka mula dihujani dengan pelbagai dugaan dan tekanan hebat setelah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di Malaysia. Sekembali di Malaysia, ibu bapa Citra sangat terkejut dengan perubahan dan kelulusan yang diperolehinya. Begitu kecewa dengan tindakan Citra, ibu bapanya tidak merestui Citra yang berazam untuk meneruskan impiannya sebagai seorang peguam Syariah.

Namun, segalanya berubah apabila kakaknya, Emelda (Tiz Zakiah) terseksa akibat keganasan yang dilakukan oleh suaminya (Heryanto). Melihat kesungguhan Citra membela Emelda daripada penindasan suaminya, ibu bapa Citra akhirnya merestui perjuangannya.

Berlainan pula dengan nasib Seri, di mana dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai peguam Syariah. Di atas permintaan bapanya (Ahmad Tarmimi), Seri dipaksa bernikah dengan Ustaz Shauki (Eman Manan) yang selama ini telah membiayai pengajiannya Seri di luar negara. Malangnya, Seri menjadi mangsa deraan Ustaz Shauki yang sudah mempunyai 3 orang isteri (Eirma Fatima, Melissa Saila & Dira Abu Zahar). Seri juga terpaksa melupakan cintanya terhadap Solohudin (Remy Ishak), anak kepada Ustaz Shauki.

Situasi ini juga menghiris perasaan ketiga-tiga isteri Ustaz Shauki yang juga sangat cemburu terhadap Seri. Walaupun terseksa, demi keluarga Seri tetap tabah dan redha meneruskan hidup, jauh dari cita-citanya yang ingin berjaya sebagai seorang peguam Syariah. Akan tetapi, situasi bakal berubah apabila munculnya Armani (Neelofa).

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan jawapan tersirat di dalam TAHAJJUD CINTA yang menggabungkan 19 pelakon berbakat di slot Zehra, sebanyak 13 episod, bakal menemui penonton bermula pada 8 Julai 2011, setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam, hanya di TV3.

Tahajjud Cinta

Tahajjud Cinta

Tahajjud Cinta

Tahajjud Cinta

Tahajjud Cinta

Tahajjud Cinta

Tahajjud Cinta

Fazura Jaszle

Fazura Jaszle

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Sairah di Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta
  • Video Ucapan Siti Nurhaliza di Pelancaran Tahajjud Cinta
  • Video Dato' Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Asma Ul Husna di Studio
  • Video Sekitar Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza
  • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta
  • Gambar Cover Album Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza
  • Pelakon Tony Kassim Meninggal Dunia
  • Video Klip Ku Percaya Ada Cinta Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Yayasan JUSCO Malaysia
  • Fasha Sandha dan Kerusi Rehat di Lokasi Drama Kontrak Cinta
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Drama Nora Elena Catat Sejarah

    Posted: 29 Jun 2011 03:52 AM PDT

    NORA ELENA CATAT SEJARAH CECAH REKOD TERTINGGI!
    1.75 juta hits video di portal Tonton

    29hb Jun 2011 – Drama bersiri tempatan yang menjadi bualan ramai sehingga kini, "Nora Elena' ke udara di slot Akasia TV3 bermula 9 Mei – 16 Jun 2011. Drama yang diadaptasi daripada novel terkenal berjudul "Kasih Yang Suci" menampilkan lakonan hebat Siti Saleha, Aaron Aziz, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra dan Puteri Fateen.

    Mengimbas zaman lampau 10 tahun lalu, Nora Elena (Siti Saleha) yang ketika itu berumur 15 tahun telah dirogol semasa berbasikal pulang ke rumah dari sekolah. Dan kini, Nora menjalani kehidupan bahagia di bandar serta bakal berkahwin dengan Idham (Zul Ariffin). Tetapi semua keadaan mula berubah dengan kehadiran Seth Tan (Aaron Aziz) dalam hidup Nora.

    Nora Elena telah mencatatkan lebih daripada 1.75 juta hits video di portal Tonton sehingga kini dan semakin meningkat. Malah, TV3 dan Tonton turut menawarkan peluang eksklusif kepada penonton untuk mendekati Erry Putra dan Aaron Aziz melalui siaran langsung Star Chat secara online pada 15hb dan 16hb Jun 2011 yang lalu. Seramai 2,925 pelayar online menyertai sesi Star Chat bersama Aaron Aziz (3-4ptg), menjadikan sesi Live Chat berkenaan hits paling tinggi dalam sejarah Alt Media. Malahan, hits video streaming untuk Live Chat berkenaan telah berjaya menduduki tangga ke-4 tertinggi dunia di platform USTREAM dengan rekod sebanyak 24,984 penonton ketika sesi tersebut.

    Di atas populariti dan sambutan tinggi penonton, TV3 dan Tonton menganjurkan parti online khas untuk para peminat drama bersiri ini di "PARTI TONTON NORA ELENA" (http://live.tonton.com.my/noraelena/) yang menawarkan pengalaman hebat menonton 4 episod akhir serta kandungan eksklusif bloopers, rakaman di sebalik tabir, babak penuh tanpa suntingan dan banyak lagi. Para peminat juga boleh berinteraksi sesama mereka melalui pautan laman sosial Facebook dan Twitter di laman web! Dalam masa 7 hari sahaja (13 – 19 Jun 2011), laman web ini telah mencecah angka hits sejumlah 438,382 paparan halaman dan 492,512 hits video.

    Nora Elena turut mencecah hits penonton tertinggi pada 16hb Jun 2011 bersempena episod terakhir tayangan drama bersiri popular ini. Portal web TV3, www.tv3.com.my mencatatkan rekod paling tinggi iaitu sebanyak 295,309 paparan halaman yang melayari portal ini dengan sejumlah hits 116,311 pelayar disumbangkan menerusi laman web khas Parti Tonton Nora Elena. Drama bersiri ini turut menyumbang kepada hits harian tertinggi Tonton yang mencecah 444,853 paparan halaman.

    Sekiranya anda terlepas menyaksikan mana-mana episod atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang drama kesukaan ramai ini, kesemua 24 episod Nora Elena kini boleh ditonton di www.tonton.com.my secara PERCUMA!

    Apa yang PANAS di Tonton?
    Berikut tayangan hebat yang wajib ditonton!
    1. Juvana (TV3)
    2. Dewa Cintaku (TV3) – menampilkan Fasha Sandha
    3. Stanza Cinta (TV3) – menampilkan Aaron Aziz
    4. Ana Lu'lu (TV3)
    5. Cita & Cinta (TV9)
    6. Bait Cinta (TV9)
    7. Destiny In Her Hands (ntv7)
    8. Coffee Prince (ntv7)
    9. Showdown 2011 (8TV)
    10. Hot Chef 2 (8TV)
    11. Full House (Istimewa)

    Apa yang TERBARU di Tonton?
    Tonton kini boleh dilayari secara mobile di m.tonton.com.my.
    • Model iOS 4 dan ke atas – iPhone, iPad
    • Model Android 2.2 dan ke atas – Telefon pintar dan Tablet
    *Akan datang – Untuk model Blackberry dan peranti mobiliti Windows

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Drama Nora Elena
  • Siti Saleha & Remy Ishak di Roadshow Enchanteur Paris & Dashing
  • Sinopsis & Gambar dari Drama Nora Elena
  • Jawapan Trivia: Perut Berisi Nora Danish
  • Nora Danish Namakan Anaknya Putera Raiqal Ramli Bin Rizal Ashram Ramli
  • Gambar Nora Danish Bertudung
  • Gambar Mesra Nora Danish & Shahrul Tersebar
  • Gambar Anak Nora Danish
  • Jangan Pandang Belakang: Filem Paling Meletop 2007
  • Pelakon Nora Danish Bersalin Dapat Anak Lelaki
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.