Adsense

Rabu, 29 Jun 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


(Gambar) Fazura & Neelofa Bertudung Dalam Tahajjud Cinta.

Posted: 29 Jun 2011 10:58 PM PDT

Tahajjud Cinta, sebuah lagi drama wajib tonton yang bakal membuatkan anda mengalirkan air mata dengan perjuangan mereka mengenai isu-isu agama. Drama yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Erma Fatima bakal ke udara pada 8 Julai 2011, setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam, di TV3.

Ada cerita panas mengenai kedua-dua artis ini. Menurut Gua Malaysia, terdapatnya khabar angin kononnya kedua-dua selebriti ini bergaduh gara-gara VVIP. Namun, khabar angin tersebut telah disangkalkan oleh Neelofa.

"Saya tak boleh nak bagi penjelasan banyak tentang isu ini. Saya tidak ada masalah dengan Fazura atau sesiapapun. Orang hanya mengada-adakan cerita tersebut kerana perkara itu tak jadi pun.

"Kami ada bertemu di set beberapa kali, namun kami tidak ada babak yang sama. Kami berdua hanya buat hal masing-masing. Memang tak ada pergaduhan berlaku dan memang tidak jadi langsung benda itu. Sudah tentu saya tidak akan biarkan perkara tersebut berlaku dan saya pasti Fazura juga begitu. Bagi saya, dia seorang yang profesional," jelas Neelofa.

Penjelasan tersebut sudah cukup untuk menutup cerita-cerita kurang enak mengenai mereka berdua. Apa pun, enjoice gambar Neelofa & Fazura bertudung dalam drama Tahajjud Cinta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amir AF9 Pernah Bertengkar Dengan Guru.

Posted: 29 Jun 2011 10:19 PM PDT

Kehidupan Amir AF9 (Twitter: @amirjahari) memang penuh dengan pancaroba, apatah lagi dia keseorangan di tanah semenanjung. Demi cintanya kepada bidang muzik & nyanyian, dia berkeras hati untuk membawa diri ke Kuala Lumpur & menyambung pelajaran di Aswara. Itulah serba sedikit pengenalan untuk individu bernama, Amir Jahari.

Penglibatannya dalam Akademi Fantasia 9 (AF9) tempoh hari memang ditakdirkan tuhan. Anak Serawak ini berkata, pada mulanya dia hanya menemani abang angkatnya ke ujibakat AF9. Masing-masing mencuba nasib, namun dia tidak menyangka dirinya terpilih untuk melangkah kaki sebagai pelajar AF9.

"AF9 merupakan pengalaman baru kerana ia seperti satu permainan yang ditonjolkan dalam rancangan realiti. Pertama kali, saya perlu berdrama, bermain dengan emosi penonton. Disitu juga saya tahu siapakah yang drama queen, & siapakah yang benar-benar jujur," kata Amir berkongsikan cerita 'dalam' AF9.

Apabila ditanyakan kehidupannya ketika zaman sekolah, Amir mengakui bahawa dia pernah bertengkar dengan guru gara-gara tidak kesefahaman dengan sesuatu perkara.

"Saya mula belajar muzik bermula tingkatan 3, dan amat komited memasuki pertandingan peringkat sekolah. Ketika itu, saya memasuki pasukan koir & dilantik sebagai ketua. Nak dijadikan cerita, guru kebudayaan mengarahkan kami menyanyi koir tanpa sebarang layer-layer suara yang selalu kita lihat. Saya tak setuju sebab setahu saya koir ada harmoni, ada suara tinggi & rendah. Baru lebih mantap.

"Kami bertengkar. Dan saya agak terkilan kerana guru berkenaan berkata yang saya akan gagal SPM pada tahun tersebut," kata Amir yang menyuarakan rasa kesal atas insiden tersebut.

"Selepas tamat sekolah, saya belajar busking & bermain di khayalak ramai. Ketika itu, baru saya sedar bahawa bidang nyanyian bukan untuk kepuasan diri sendiri, sebaliknya saya perlu memberikan kepuasan kepada penonton, " jelas Amir lagi.

Perkembangan terbaru, Amir telah keluar daripada AESB & kini bergerak bersama krew Aizat Amdan, dibawah naungan Kasi Gegar Entertainment. Amir akan mengeluarkan single terbarunya berjudul Tanpamu.

OHBULAN! dah dengar lagunya, memang terbaik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.