Adsense

Selasa, 2 Ogos 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


HD Trailer : Final Destination 5 (2011) Kembali Dengan Lebih Kejam.

Posted: 02 Aug 2011 05:30 PM PDT

Siapa yang tidak pernah menonton filem Final Destination 1,2,3 dan 4 sebelum ini? Kami pasti ramai peminat-peminat filem ini menantikan Final Destination yang terbaru arahan Steven Quale ini. Kini kembali dengan aksi yang lebih kejam, Final Destination 5 mengisahkan tentang sekumpulan mangsa yang terselamat dalam kejadian jambatan gantung yang runtuh bakal menghadapi kematian mereka mengikut giliran selepas mereka terselamat dari kejadian itu.

Bagi peminat setia Final Destination, filem ini akan ditayangkan pada 12 Ogos dan ia menjanjikan pengalaman yang lebih mendebar & menyeramkan.  Dan kepada yang belum pernah menonton filem Final Destination sebelum ini, bolehlah anda cuba bertanya pada kawan-kawan anda atau membeli sahaja DVD original.

Layankan trailer HD Final Destination 5 ini. Yeahh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Konsert SNSD Bakal Berlangsung Di Singapura Februari 2012!

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Khabar baik buat SONE (panggilan untuk peminat SNSD) sekalian! SNSD atau juga dipanggil sebagai Girls Generation akan turun ke Singapura pada bulan Februari 2012! Kumpulan yang dianggotai oleh 9 wanita jelita dan seksi dalam usia 20′an ini buat pertama kalinya akan mengadakan konsert di negara itu. Khabar ini telah disahkan oleh penganjur mereka iaitu Running Into The Sun (RITS) dan juga Conceptual. RITS juga adalah penganjur yang bertanggungjawab menganjurkan Super Junior : 'Super Show 3′ di Singapura dan mereka juga akan menganjurkan 'SHINee World Concert' di Singapore Indoor Stadium, 10 September ini.

Buat peminat-peminat SNSD yang semakin ramai di Malaysia, ini adalah peluang keemasan anda untuk membeli tiket yang akan mula dijual hujung tahun ini. Kumpulan ini mula menggegarkan dunia dengan tarian dan nyanyian mereka yang aktif dan bertenaga sehingga menjadi ikutan oleh ramai peminat mereka di seluruh dunia. Ahli kumpulan ini terdiri daripadaTaeyeon (Leader), Jessica, Sunny, Tiffany, Hyoyeon, Yuri, Sooyoung, Yoona, dan Seohyun. Diluar negara, mereka digelar sebagai SNSD singkatan kepada 'So Nyuh Shi Dae'.

Konsert mereka yang diadakan baru-baru ini di Seoul pada 24 July lepas telah menyaksikan hampir 20,000 orang peminat dari seluruh dunia datang menyaksikan aksi mereka. Mereka telah menyanyikan 32 buah lagu sambil menukar persalinan sebanyak 7 kali dalam masa 3 jam persembahan. Satu pencapaian yang fantastik sebab mereka menari sambil menyanyi, agaknya vitamin apa yang diorang ambil untuk kekal bertenaga ya?

Apa-apa pun, layankan kecomelan SNSD dalam video di bawah! Yeahh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.