Nuffnang

Harian Metro: Rap

sumber :-

Harian Metro: Rap


Yana kecut perut lihat wajah Pierre

Posted: 29 Jun 2011 08:29 AM PDT

KEMBALI BERSAMA...Pierre dan Yana kini 'bercinta' dalam filem.
KEMBALI BERSAMA...Pierre dan Yana kini 'bercinta' dalam filem.

MEREKA pernah bercinta sebelum ini namun menghairankan dalam tempoh itu tiada satu pun produksi mahu menggandingkan Norliana Samsudin atau Yana, 27, berlakon filem mahupun drama bersama Mohd Pierre Andre Nazarul Andre (Pierre), 27.

Entah mengapa sepanjang percintaan mereka heboh diperkatakan, tiada pihak berminat mengeksploitasi dua pelakon ini.

Tidak seperti sebelum ini, di mana pasangan artis popular bercinta pasti menjadi rebutan, mengambil contoh Erra Fazira dan Awie di mana penerbit berebut mahu menggandingkan mereka.

Apa yang berlaku kepada Yana dan Pierre adalah sebaliknya. Tidak keterlaluan jika dikatakan rezeki diperoleh mereka selepas putus cinta apabila ditemukan dalam Tiga Temu Janji, filem terbaru arahan Hashim Rejab yang turut mengarah 3.2.1 Cinta.


Sewaktu menjenguk ke lokasi Tiga Temu Janji di Gombak, Selangor baru-baru ini, Hashim menjelaskan kedua-dua pelakon yang turut bergelar pengarah ini pertama kali digandingkan menerusi drama Tarian Melayu Terakhir. Bagaimanapun waktu itu mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.


Pastinya gandingan Yana dan Pierre bakal menjadi perhatian terutama membabitkan keserasian antara mereka sewaktu beraksi menerusi filem ini selepas tidak lagi bergelar kekasih.

Bertindak profesional, jelas Pierre, dia tidak ada masalah sepanjang penggambaran Tiga Temu Janji, dijalankan malah sebelum ini aktor filem yang mula mencipta nama menerusi filem Gol & Gincu ini sering melihat perkembangan bekas kekasihnya itu terutama dalam filem bercorak romantik komedi yang pernah dilakonkan.

"Saya suka bekerja dengan Yana kerana dia sangat profesional. Untuk mewujudkan kemesraan dalam filem ini juga tidak ada masalah.

"Saya rasa lebih mudah kerana ia tidak membabitkan hati dan perasaan. Ia memudahkan kami untuk menggerakkan perasaan cinta dalam filem dan mematikannya apabila penggambaran tamat," katanya.

Bercerita lanjut mengenai pembabitannya dalam Tiga Temu Janji, jelas Pierre, salah satu sebab diterima tawaran untuk berlakon dalam filem terbabit kerana ia diarahkan rakan baiknya sendiri.

"Antara sebab lain kerana saya sudah lama tidak bekerja dengan Yana. Kali terakhir dalam Selamat Pagi Cinta yang diarahkannya. Sepanjang membabitkan diri dalam projek ini kami bersikap profesional," katanya.

Walaupun Hashim adalah rakan baiknya, namun dalam menghayati watak Mohsin yang cuba memikat Riana yang agak keras sikapnya, kata Pierre, dia banyak berbincang.

"Senang apabila Hashim mudah menerima buah fikiran orang lain. Saya mungkin ada cara untuk melakonkan watak Mohsin namun saya tidak boleh menjangkau apa yang dimahukan pengarah.

"Saya juga tidak mahu mengganggu kreativitinya walaupun dalam waktu sama saya juga seorang pengarah dan punya idea sendiri bagaimana ia seharusnya digambarkan dalam visual.

"Perbincangan antara saya dan Hashim bagi memudahkan garapan dibuat. Saya faham apa yang dia mahukan dan begitu juga dengan Hashim tahu apa yang akan saya persembahkan," katanya.

Yana pula menegaskan sewaktu dilamar membintangi Tiga Temu Janji oleh Hashim, produksi tidak memberitahu siapa hero yang akan bergandingan dengannya.

"Apabila diberitahu saya akan bergandingan dengan Pierre, saya rasa kecut perut. Sejak putus cinta, hampir tiga tahun kami tidak bertemu. Saya tidak tahu pandangannya terhadap saya. Apatah lagi apabila digandingkan bersama sejak sekian lama.

"Saya juga tanya kepada Hashim adakah dia mengambil saya kerana antara kami punya sejarah sebelum ini. Bagaimanapun Hashim menegaskan bahawa watak Riana memang sesuai untuk saya. Mendengarkan penjelasannya itu sedikit sebanyak membuatkan saya rasa lega," katanya.

Walaupun ada perasaan kaget apabila digandingkan kembali dengan bekas kekasih, tetapi kata pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Adnan Sempit ini, dia cuba bersikap profesional.

"Sewaktu pertama kali bertemu, berdebar perasaan saya hanya Tuhan saja yang tahu.

"Saya cuba tidak memandang wajah Pierre di sesi pembacaan skrip. Bagaimanapun apabila melihat dia selamba jadi saya pun rasa lega," katanya.

Kata Yana lagi, dia bimbang sekiranya gandingannya bersama Pierre akan menimbulkan cerita tidak enak, sekali gus akan mempengaruhi hubungan aktor itu dengan kekasihnya sekarang.

Bagaimanapun selepas berada di lokasi ternyata kebimbangannya hanya mainan perasaan dan penggambaran berjalan lancar. Kedua-dua mampu memberikan penghayatan seperti apa yang dimahukan pengarah.

Bekerja dengan Hashim, jelas Yana, tidak banyak masalah kerana dia mudah diajak berbincang. Apatah lagi kedua-duanya meminati filem mahupun drama Korea jadi dari sudut itu pelakon berasal dari Yong Peng, Johor itu tahu apa yang dimahukan pengarah.

"Memang filem ini ada sedikit sentuhan karya dari Korea, tetapi tidaklah tiru seratus peratus. Dari sudut mood itu ada. Tambahan pula Tiga Temu Janji ini bertemakan komedi romantik, jadi saya berasakan ia sangat sesuai.

"Karakter saya sebagai Riana pula sebelum ini digambarkan agak keras, ini kerana masalah peribadi yang dialaminya telah mempengaruhi sikap. Bagaimanapun apabila berbincang kembali Hashim tidak mahu saya terlalu keras. Saya juga setuju dengan pandangannya. Dari sudut itu, ia memudahkan saya untuk membawakan watak ini," katanya.

PROFIL

NAMA PENUH: Mohd Pierre Andre Bin Nazarul Andre
PANGGILAN: Pierre Andre
TARIKH LAHIR: 17 Mac 1985
UMUR: 26 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
PENDIDIKAN: Akademi Seni Kebangsaan - Diploma Program Teater (Seni Lakonan)
KARIER: Penulis, pelakon, pengarah
STATUS: Bujang
ARTIS IDOLA: Dewa (Indonesia), Gun 'n' Roses, Johnny Depp,Anthony Hopkin
FILEM: Taiko, Jangan Tegur, Selamat Pagi Cinta, Sepi, Dunia Baru The Movie, 9 September, Jangan Pandang Belakang, Cinta, Main-Main Cinta, Pontianak Harum Sundal Malam 2, Salon, Gol & Gincu, Lady Boss, Cinta Fotokopi dan Potret Mistik.
DRAMA: Gol & Gincu, The TV Series, Rela Ku Pujuk, Dunia Baru, Cucu Tok Ayah, Tarian Melayu Terakhir dan Danniel
ARAHAN: Jangan Tegur, I'm Not Single, 9 September, Aku Kau dan Dia, Jangan Bernafas dan Seru

PROFIL

NAMA SEBENAR: Norliana Samsudin
PANGGILAN: Yana
TARIKH LAHIR: 25 September 1984
UMUR: 27 tahun
ASAL: Yong Peng, Johor
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Seni Layar, UiTM Shah Alam
STATUS: Bujang
KERJAYA: Penyanyi, pelakon dan pengarah
FILEM: Histeria, Shh... Dia Datang, 7 Perhentian, Mami Jarum Junior, Main-Main Cinta, Adnan Sempit, Aku Masih Dara dan Kongsi
DRAMA: E-toyol.com, Bionik, Lu'Lu, Siti Kelembai, 3 Janda dan Suri Bakawali
ALBUM: Yana Ceria (2004)
ARAHAN: Selamat Pagi Cinta
PENCAPAIAN: Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-23 (Adnan Sempit)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Aznil tak mampu tolak lamaran

Posted: 29 Jun 2011 08:17 AM PDT

ANEH apabila figura sepopular Aznil Nawawi menerima tawaran berlakon tanpa mengetahui hujung pangkal karakter yang akan dipersembahkannya.

Namun menilai dari mana datangnya tawaran itu, nyatalah ia tidak langsung menghairankan kerana ia menjadi sebahagian budaya kerja produksi Enfiniti Vison Media yang dikemudi Datin Seri Tiara Jacquelina.

Pencapaian mahupun reputasi produksi yang dikendalikan Tiara sebelum ini sudah terbukti melalui pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical dan P Ramlee The Musical. Ia sekali gus membawa teater tempatan di Istana Budaya (IB) ke tahap produksi bertaraf antarabangsa.

Dengan melamar Aznil yang juga pelakon watak Profesor Klon dalam Cicak-Man, produser handalan itu sudah bersedia kembali dengan pementasan unik, The Secret Life of Nora di IB pada September nanti.


"Terus-terang, hingga sekarang, saya masih belum secara terperinci bagaimana karakter saya. Saya hanya tahu watak saya adalah sebagai orang yang meminati Nora dalam diam-diam dan terbabit dalam perdagangan wanita," kata Aznil pada sidang media pementasan itu di Seventh Heaven di Pavilion, kelmarin.


Kata Aznil, dialah manusia yang 'paling rugi' sekiranya menolak tawaran Enfiniti Vison Media untuk membintangi The Secret Life of Nora.

"Sudah lama saya mengagumi produksi muzikal terbitan Tiara. Apabila menonton teater Puteri Gunung Ledang dan P Ramlee, terlintas di hati saya, kalau-kalau dapat jadi sebahagian daripada pementasan seperti itu.

"Justeru, apabila Tiara tawarkan saya salah satu watak dalam The Secret Life of Nora, tentu saya tidak akan berkata tidak.

"Walaupun belum tahu secara mendalam watak yang akan saya bawakan, saya sudah diminta meluangkan masa mulai awal Julai ini sehingga pementasan selesai nanti. Malah, cuti hari raya juga cuma dua hari," katanya yang mengakui dibayar tinggi untuk pementasan itu.

Turut hadir pada sidang media itu Tiara dan bintang utama yang kacak, Ryan Silverman dari Kanada.

The Secret Life of Nora yang menyingkap zaman kegemilangan kelab panggung hiburan di Pulau Pinang pada 1960-an dipentaskan bermula 29 September hingga 16 Oktober ini. Ia tulisan Raymond Miranda dan diarahkan sutradara dari United Kingdom, Steven Dexter.

Steven adalah aktivis teater berpengaruh dari West End yang sudah mengarahkan lebih dari 14 karya termasuk Alice in Wonderland, The Sound of Music dan The King And I.

The Secret Life of Nora akan diterbitkan secara dwibahasa iaitu 60 peratus dalam bahasa Malaysia manakala 40 peratus lagi dalam bahasa Inggeris.

Aznil berkata, dia terharu menjadi pilihan Tiara sedangkan ramai lagi pelakon lelaki yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik.

"Saya memaklumkan secara jujur kepada Tiara yang saya bukannya fasih berbahasa Inggeris di pentas, tapi Tiara cakap, saya ada ciri-ciri tertentu sesuai dengan watak," katanya.

Sementara itu, Tiara selaku eksekutif produser berkata, dia sengaja berahsia kepada pelakonnya berhubung watak yang bakal dilakonkan.

"Kalau mereka tahu nanti susah pula hendak menyimpan rahsia kalau ada orang bertanya. Kita akan maklumkan apabila tiba masa yang sesuai.

"Mengikut jadual, latihan akan dijalankan selama empat bulan," kata Tiara yang menganggap The Secret Life of Nora adalah produksi teater termahal Enfiniti setakat ini.

Tiara turut menjelaskan mengapa dia memilih The Secret Life of Nora untuk dipentaskan sedangkan dia begitu meminati kisah epik.

"Selepas watak Puteri Gunung Ledang tujuh tahun lalu saya tertanya-tanya juga apa yang sesuai dipentaskan selepas ini. Kemudian, Raja Malik (jurumekap dan pereka set) memberikan idea kenapa tidak saya mementaskan sebuah teater moden, menyeronokkan dan ada elemen aksi contohnya seperti Nora Zain. Saya dengar terus tertarik," jelasnya.

Selain Tiara dan Aznil, The Secret Life of Nora turut menampilkan Adibah Noor yang memegang watak Khatijah - orang kepercayaan Nora.

Ryan yang membawakan watak Roger, seorang perisik, pula begitu terkenal menerusi wataknya dalam pementasan Phantom of The Opera. Dia juga pernah membintangi siri komedi Gossip Girls di kaca TV.

"Saya dihubungi oleh Penerbit Bersekutu, Izan Satrina. Dia menceritakan kepada saya mengenai sejarah produksi Tiara dan meyakinkan saya mengenai produksi terbaru ini. Walaupun sebelum ini saya skeptikal mengenai mutu produksi teater di Asia, tetapi lepas membuat kajian, saya mula tertarik.

"Ini pengalaman pertama saya berlakon di Asia dan saya akan curahkan segala pengalaman saya dalam pementasan ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan