Nuffnang

- Blog Hanz -

sumber :-

- Blog Hanz -


(VIDEO) Save The Date - Tomok & Ayu

Posted: 30 Jun 2011 07:50 AM PDT



Video dibawah ni merupaka video perjalanan kisah percintaan Tomok dan bakal bini dia, Ayu yang berdurasi selama 3.37 minit sahaje. Ringkas dan padat. Kalau nak lihat, memang lawa juga bini Tomok ni, memang tak disangka lah juga. nama video Save The Date - Tomok & Ayu memang membawa erti dan makna yang besar apatah lagi tinggal kurang daripada 24 jam lagi yakni 1 Julai (esok) mereka Insyallah akan diijab kabulkan. Tahniah Tomok. :)


Dulu Iwan Dangdut kini Sudah berubah.. Subhanallah

Posted: 30 Jun 2011 07:34 AM PDT



Siapa di sini masih menjadi peminat Iwan dangdut? Iwan yang dulu pernah bergelar raja dangdut Malaysia sejak beberapa tahun ini dia kelihatan sepi. Rupanya komposer ni dah berubah mendapat hidayah Allah yakni telah menjadi seorang yang lebih menumpukan ke jalanNYA. Alhamdulilah, penampilan Iwan juga sedikit sebanyak telah berubah dan sekaligus mencerminkan dirinya sebenar. Dan yang paling terbaru, dia masih lagi mengeluarkan album, dan album yang bakal keluar nanti adalah 'Segalanya Allah'. Subhanallah.



Jambatan Terpanjang Di Dunia Mula Dibuka

Posted: 30 Jun 2011 07:21 AM PDT


Jiaozhou Bay Bridge



BEIJING Jun 30, 2011- 
China pada Khamis mula membuka jambatan merentasi laut yang terpanjang di dunia.

Jambatan Jiaozhou Bay sepanjang 42 kilometer menghubungkan bandar pelabuhan Qingdao di bahagian timur China dengan pulau Huangdao.

Stesen televisyen tempatan, CCTV berkata binaan yang mempunyai lebar seluas 35 meter itu merupakan jambatan yang terpanjang di dunia dan menelan belanja lebih daripada RM4.5 bilion untuk dibina.

CCTV melaporkan jambatan tersebut dan satu terowong dalam laut lulus pemeriksaan pada Isnin dan dibuka untuk digunakan pada Khamis.

Jambatan yang mempunyai 5,000 batang tiang itu mengambil masa empat tahun untuk siap dibina.

Menurut Guinness World Records, rekod jambatan atas air terpanjang di dunia sebelum ini adalah milik jambatan Lake Pontchartrain Causeway di Louisiana, Amerika Syarikat (AS).

Namun jambatan Jiaozhou Bay yang didirikan China adalah 4 kilometer lebih panjang daripada jambatan di AS itu. -AP



(VIDEO) Tikus lepak dengan 3 anak kucing dan ibu kucing

Posted: 29 Jun 2011 05:06 PM PDT



Comel giler..sempat lagi tikus ni berkenalan dengan kcuing-kucing ini dan lepak bersama. Harap la kita semua sama juga seperti tikus dan kucing ini, tanpa mengira jenis bangsa atau agama.



(GAMBAR) Rozita Che Wan seperti barbie pink

Posted: 29 Jun 2011 08:45 AM PDT



Nak lihat gambar Rozita Che Wan aka RCW nampak seperti Barbie tak? gambar dibawah ni adalah gambar Rozita ketika sesi photoshoot perasmian Jari Spa kat Wangsa Maju bulan lalu (
website). Cuma tu lah, gambar baru dapat baru-baru ni, jadi korang layan sahajalah yer. Lama or baru tu sama sahaja, kalau belum nampak, sekarang lah waktunya. Hehe.


Lokasi Ujibakat Program Realiti Terbaru Dari TVALHIJRAH - SOLEHAH

Posted: 29 Jun 2011 08:47 AM PDT


Merujuk kembali kepada sidang akhbar pengumuman program SOLEHAH ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir B, Hj. Baharom dirakamkan berkata,"SOLEHAH merupakan sebuah program realiti yang berusaha mencari pendakwah wanita. Disamping mempunyai ciri keibuan, mereka yang terpilih adalah merupakan seorang pemidato yang baik serta berupaya menyampaikan ilmu di dada dengan berkesan kepada masyarakat."
Jika dilihat kepada kecenderungan penerbitan program realiti televisyen pada waktu ini, bilangan program realiti berkisar tentang wanita dan agama agak kecil jumlahnya berbanding program realiti sedia ada. Kewujudan SOLEHAH dijangka mampu menjadi program pendidikan Islam tidak formal yang mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita terhadap agama, bangsa dan negara.
Pada setiap sesi uji bakat yang bakal dijalankan, keupayaan peserta akan diukur melalui beberapa aspek. Antara ujian saringan yang bakal ditempuh adalah seperti ujian penguasaan ilmu agama, ujian penguasaan bahasa, ujian bakat serta kebolehan, ujian kepimpinan dan kekeluargaan dan tidak lupa juga penilaian aspek penampilan diri. Ini bertujuan untuk menyenarai pendek 10 peserta terbaik yang akan terpilih sebagai peserta.
Calon yang berminat untuk menjadi pendakwah dan ikon muslimah haruslah memenuhi kriteria-kriteria berikut;
  • Wanita Islam berumur 20-30 tahun
  • Mempunyai pengetahuan Islam yang baik
  • Berupaya menyampaikan dakwah secara lisan atau tulisan
  • Berupaya memimpin perbincangan dan mesra kamera
  • Mempunyai daya tahan fizikal dan mental
      Masa dan tempat seperti ketetapan berikut;


      Lokasi
      TarikhWilayahNegeri
      18 – 19 JUN 2011TENGAHSELANGOR / KUALA LUMPUR
      TV ALHIJRAH
      25-26 JUN 2011UTARAKEDAH DEWAN SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH
      KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH, (KUIN)
      1-2 JULAI 2011TIMURKELANTAN
      AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA (UM), NILAM PURI, KOTA BHARU, KELANTAN
      2-3 JULAI 2011TIMURTERENGGANU
      AUDITORIUM BANGUNAN AKEDEMIK UNISZA KAMPUS GONG BADAK (UNISZA),
      UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
      9-10 JULAI 2011SELATANPAHANG
      KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH
      DEWAN UTAMA, KOLEJ ISLAM PAHANG
      (KIPSAS)
      16-17 JULAI 2011JOHOR
      KOMPLEKS ISLAM JOHOR
      DEWAN BESAR PUSAT ISLAM ISKANDAR JOHOR
      JOHOR BAHARU
      23-24 JULAI 2011BARATKOTA KINABALU, SABAH
      GALERI ARAS 3, BANGUNAN CHANSELORI UMS
      UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)




      * Sila bawa bersama latar belakang keluarga, akademik, pendidikan, pekerjaan serta sekeping gambar bersaiz 4R.
        Untuk maklumat lanjut hubungi talian 03-22601677 sambungan 206/245/247 atau solehah@tvalhijrah.com

        • Digg
        • Del.icio.us
        • StumbleUpon
        • Reddit
        • RSS

        0 ulasan:

        Catat Ulasan