Nuffnang

macam macam hiburan terkini

sumber :-

macam macam hiburan terkini


Teater Mak Dara Nyonya Pada 9 Julai Dibatalkan Kerana 'Bersih'

Posted: 29 Jun 2011 06:14 PM PDT


PETALING JAYA: Selepas penangguhan konsert "2 Raksaksa 2011" gabungan Blues Gang dan Sweet Charity, gara-gara demonstrasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai depan, teater Mak Dara Nyonya turut mengambil langkah sama dengan membatalkan pementasannya pada tarikh tersebut.

Teater tersebut bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), pada 6 hingga 12 Julai depan.

Namun, kata penerbit teater itu, Siti Rohayah Attan, atas nasihat pihak polis, tarikh pementasan pada 9 Julai perlu dibatalkan supaya tidak timbul masalah lain yang berkaitan dengan demonstrasi berkenaan.

"Bukan kami sengaja mahu membatalkannya tetapi pihak kami takut jika isu Bersih mengganggu perjalanan persembahan seperti kesesakan lalu lintas yang membuatkan para penonton lewat hadir mengikut masa yang ditetapkan.

"Saya harap, bagi sesiapa yang telah pun membeli tiket pada tarikh berkenaan, diharap mereka boleh ke kaunter tiket semula dan tukar ke tarikh lain," jelasnya.

Tambah Rohayyah, dek kerana pembatalan tersebut, pihaknya akan menggantikannya pada 10 Julai (Ahad) iaitu pada pukul 3 petang.

Sementara itu, Rohayyah berkata kesemua pelakon seperti Juhara Ayob, Fara Fauzana, Misha Omar dan Sarimah Ibrahim telah pun bersiap sedia dengan pementasan teater tersebut.

Teater di bawah kerjasama Matic dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu mengisahkan tentang perjalanan dan kesengsaraan hidup pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah serta kisah seorang nyonya dari Indonesia.

Tiket untuk menyaksikan Teater Mak Dara Nyonya ini boleh didapati dengan harga RM32, RM52 dan RM82. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-41478600, 012-2977220 dan 013-6293825.

Salih Yaacob Mengaku Tiga Isterinya Terasa Hati

Posted: 29 Jun 2011 06:13 PM PDT


PETALING JAYA: Pelawak Salih Yaacob menyedari tiga isterinya yang lain agak kurang senang apabila isteri keempatnya, Samihah Sheikh Amy (Emi), 25, yang baru dikahwini lebih menonjol berbanding mereka.

Menurut Salih, walaupun isteri pertama sehingga ketiganya iaitu Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42 dan Norfara Wahida Sulaiman, 32, tidak meluahkan perasaan tersebut tetapi sebagai suami dia dapat merasai perkara itu.

"Saya sedar mereka rasa kurang selesa apabila Emi lebih menonjol. Bukan senang nak jaga hati mereka tetapi saya akan perjelaskan setiap hal yang saya lakukan di luar.

"Lagipun, bukan saya yang mahu tonjolkan Emi, pihak media yang kerap bertanyakan tentang dia, saya jawab macam biasa. Malah mereka (media) juga ada membuat temu bual dengannya," kata Salih yang ditemui selepas pelancaran program Salih Yaccob Show, I Follow di PJLA Theater, Jaya One, di sini, Rabu.

Tambah Salih, sejak bergelar isteri keempat, Emi agak terkejut kerana sering diberi perhatian dan kerana itu dia enggan mengambil gambar dengan pihak media.


Salih dan Emi
Persoalan kononnya Salih mengamalkan "pilih kasih" terhadap isterinya yang lain mula timbul apabila dia dilihat kerap membawa Emi bersamanya ke majlis-majlis hiburan termasuklah dalam program Maharaja Lawak di Johor dan Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

"Saya juga ingin menjelaskan bahawa tindakan saya membawa Emi ke majlis-majlis pelancaran atau acara yang membabitkan dengan kerja saya kerana dia kini merupakan pengurus peribadi saya. Tiada kaitan dengan isu pilih kasih seperti yang diperkatakan.

"Sebelum ini Fara yang menguruskan saya, tetapi disebabkan dia kini sibuk dengan anak, tugas itu diberikan kepada Emi.

"Saya harap kenyataan saya ini jelas dan tidak lagi timbul sebarang keraguan terhadap saya dan keluarga," jelas Salih.

Sazzy Mulai Seronok Punyai Anak Kembar

Posted: 29 Jun 2011 06:12 PM PDT


PETALING JAYA: Sejak melahirkan anak kembar, Iman Lilly dan Tiara Rose pada 29 April lalu, pelakon dan pengacara, Sazzy Falak mengakui sudah mula merasai beberapa perubahan dalam rumah tangganya.

Kata Sazzy, perubahan cara pengurusan masa dan kerja yang berlaku dalam dirinya serta suami, Nazril Idrus membuatkan mereka seronok menjalani fasa baru kehidupan sebagai seorang ibu dan ayah.

"Biasalah, perubahan ketara dalam hidup saya dan suami ialah menjadi ibu dan bapa. Kami perlu komited terhadap kedua-dua anak kembar kesayangan kami selain sibuk menguruskan kerjaya.

"Saya pun tak sangka, jika dulu, kalau anak orang yang saya dukung itu nangis, saya akan kembalikan anak tersebut kepada ibunya atau orang lain. Tapi kini saya mampu menjaga mereka dengan bantuan suami. Saya suka perubahan ini," katanya.

Tambah Sazzy, dia juga bersyukur perjalanan hidupnya berjalan dengan teratur di mana kesemua keinginannya seperti mengukuhkan kerjaya, alam perkahwinan bersama suami dan kini membina sebuah keluarga tercapai satu persatu.

"Alhamdulillah, kehadiran anak kembar kami sesuai dengan masanya dan ketika kelahiran mereka, saya sudah pun bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.

"Ini kerana saya dapat melalui dan mengukuhkan kerjaya saya dan kemudian mengharungi keseronokan berdua dengan suami sepanjang tiga tahun perkahwinan dan selepas itu, muncul pula Iman dan Tiara. Saya rasa perjalanan hidup saya begitu sempurna," ujarnya.

Sementara itu, Sazzy bakal muncul dengan filem terbarunya, Tolong! Awek Aku Pontianak yang akan ditayangkan pada 7 Julai depan.

Dalam filem arahan James Lee itu, Sazzy memegang watak seorang puntianak bernama Maya mencintai seorang lelaki lurus, Bob, yang dilakonkan oleh Zahiril Adzim.

Kata Sazzy, ini merupakan kali pertama dia membawakan watak seorang pontianak dan gembira kerana dapat berlakon dengan Zahiril yang pertama kali digandingkan.

"Alhamdulillah, saya mempunyai kumpulan produksi yang hebat terutama James Lee, yang banyak membantu saya dalam penghayatan watak.

"Sebenarnya, agak susah untuk saya menonton lakonan saya sendiri kerana takut jika gagal menjayakan watak yang digalas. Memang saya sangat kritikal dengan hasil kerja yang dibuat," tuturnya.

Selain Sazzy dan Zahiril, filem terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. tersebut turut dibintangi oleh Liyana Jasmay, Nurul Wahab, Faezah Elai, Bell Ngasri, Sufian Mohamed dan Ruminah Sidek.

Lisa Surihani Alami Lebam Gara-Gara 'Sekali Lagi'

Posted: 29 Jun 2011 06:11 PM PDT


PETALING JAYA: Demi menjayakan watak Shiela yang menerima padah akibat derhaka kepada bapanya dalam filem Sekali Lagi, pelakon Lisa Surihani sanggup "dicederakan" sehingga mengalami lebam di lengan.

Menurut Lisa, kejadian itu berlaku sewaktu melakonkan adegan dia diheret dan ditolak ke bawah tangga oleh pelakon Zul (Handy Black) yang melarang dia melihat jenazah ayahnya, lakonan Bob Lokman buat kali terakhir.

"Untuk menjayakan watak Shiela yang dianggap derhaka kepada bapanya, saya membenarkan abang Zul untuk melakukan sepenuh hati dengan mengheret dan menolak saya ke bawah tangga rumah.

"Tetapi akibatnya, saya mendapat lebam teruk di lengan dan terpaksa menahan kesakitan itu," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, dia tidak sanggup untuk memukul pelakon kanak-kanak Mia Sara Nasuha yang menjadi anaknya bernama Amy yang nakal dan tidak mendengar nasihat.


Aksi Shiela sewaktu memarahi Amy dalam Sekali Lagi....
"Saya patut pukul Amy (Mia) tetapi perasaan saya menjadi bercampur-baur untuk melakukan adegan itu kerana menganggap Mia seperti anak angkat saya.

"Jadi, saya meminta kebenaran daripada pengarah filem itu, Hashim Rejab untuk menukar adegan daripada memukul Amy kepada menghempas kerusi untuk menunjukkan emosi kemarahan itu," ujarnya lagi.

Bagaimanapun,di sebalik aksi dan babak mencabar yang dilakonkan itu, dia beranggapan filem tersebut memberikan mesej tentang kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Kata Lisa, filem tersebut turut mengajarnya untuk menyayangi keluarga dan berhati-hati dalam melakukan sesuatu.

"Dalam filem ini saya berkahwin pada usia muda serta tidak mendengar nasihat ayah," ujarnya lagi yang turut sibuk mengacarakan program Mari Menari musim kedua untuk Astro.

Filem Sekali Lagi… turut dilakonkan oleh Bront Palarae, Kartina Aziz, ShaSha Zurazie, Alex Yanz dan Tasya. Ia akan ditayangkan di pawagam mulai 30 Jun ini.

Selebriti Popular Diajak Bermalam Di Hutan

Posted: 29 Jun 2011 06:10 PM PDT


PETALING JAYA: Isu pemuliharaan hutan yang sering diabaikan memaksa Yayasan Pulau Banding memperkenalkan program Artis Pencipta Alam melibatkan golongan artis bagi membolehkan golongan itu berkongsi pengalaman masing-masing terhadap kepentingan menjaga alam semula jadi.

Ketua Pegawai Operasi yayasan itu, Dr Daniel Baskaran berkata, program yang akan berlangsung selama tiga hari dua malam itu akan diadakan di Belum Rainforest Resort, Pulau Banding, Gerik pada 8 hingga 10 Julai depan.

"Isu pemeliharaan dan pemuliharaan hutan perlu diambil berat oleh semua pihak. Jadi, kami ingin menggunakan kaedah ini untuk meningkatkan ilmu tentang alam kepada selebriti dan orang ramai," katanya ketika majlis siding media Artis Pencinta Alam di Menara Mustapha Kamal, di sini, Rabu.

Antara selebriti yang akan menyertai program tersebut ialah Miss Universe Malaysia 2010, Nadine Ann Thomas, penyanyi Farah Ashikin, Sabhi Saddi, pelakon Hasnul Rahmat dan Rafidah Ibrahim.

Turut serta akan terlibat dengan program itu termasuklah penyanyi Fauziah Latiff, Angkasawan Negara Mejar Dr Faiz Khaleed, penyanyi Ezlynn Ariffin dan Amanda Imani.

Mereka bakal bermalam di hutan itu dan berkongsi pengalaman tentang aktiviti mereka sepanjang mengikuti program tersebut.


Farah Ashikin
Sementara penyanyi Dayang Nurfaizah yang merupakan duta Yayasan Pulau Banding tidak berpeluang untuk menyertainya kerana mempunyai komitmen persembahan dan promosi album terbaru di Kuching, Sarawak.

Program tersebut diadakan bersempena dengan Tahun Perhutanan Antarabangsa Dunia 2011 yang dilancarkan oleh World Forestry Federation dengan sokongan Yayasan Emkay.

Selain berpeluang meneroka keindahan alam semula jadi di Kompleks Hutan Hujan Belum-Temenggor seluas 300,000 hektar yang berusia 130 tahun itu, para selebriti juga akan melawat perkampungan orang asli untuk mengalami sendiri dan memahami kehidupan masyarakat tersebut.

Maklumat berhubung mengenai acara itu boleh dikongsi menerusi laman sesawang Facebook iaitu www.facebook.com/ArtisPencintaAlam.

Aizat Gusar Sambutan Peminat Di Kuching

Posted: 29 Jun 2011 06:09 PM PDT


PETALING JAYA: Penyanyi popular, Aizat Amdan begitu gusar dengan sambutan yang akan diberikan oleh penonton Konsert Borneo Tour di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak, pada 16 Julai depan.

Ini kerana stadium tertutup itu mampu menghimpunkan 5,000 penonton dan dia bimbang sekiranya jumlah peminat kurang daripada sasarannya.

"Saya tahu penduduk di Sarawak agak ramai tetapi saya hanya mahu 5,000 penonton yang hadir ke konsert itu nanti.

"Saya mendapat respons ramai juga peminat saya di sana dan sebab itu saya berani untuk melakukan percubaan pertama ini," katanya kepada mStar Online.

Biarpun begitu, ia tidak melunturkan semangat penyanyi berasal dari Kuala Lumpur ini untuk merealisasikan impiannya menjayakan konsert di Bumi Kenyalang itu.

"Biar apa pun jadi selepas ini, saya tetap akan meneruskan konsert ini. Saya juga berharap peminat dapat menerima kehadiran saya di Kuching dan datang menonton konsert itu nanti," kata Aizat lagi.

Beberapa hari lalu, penyanyi lagu Pergi dan Kau Aku ini sempat mengadakan persembahan akustik di sebuah pusat hiburan di Kuching. Bagaimanapun dia tidak menyangka dengan sokongan peminat yang memenuhi tempat itu.

"Saya tidak tahu tujuan mereka ke pusat hiburan itu tetapi setelah saya keluar sebentar dari situ untuk menghantar ibu dan bapa saya ke hotel dan kembali semula ke situ, saya dapati mereka yang setia mendengar persembahan saya sudah tiada.

"Tetapi sebelum keluar, saya sempat berbual dan bertegur sapa dengan mereka," katanya yang turut akan mencipta sebuah lagu untuk Yayasan Taman Harapan berkonsepkan seperti lagu kumpulan Sheila On 7 dan kumpulan Hujan.

Lagu yang masih belum mempunyai judul itu akan dinyanyikan semasa Konsert Borneo Tour itu. Selain itu, dia juga dalam proses menggubah lagu untuk penyanyi rock popular Ella.

Selain ke Kuching, dia juga bakal meneruskan konsert tersebut di Penampang, Sabah pada 22 Julai ini.

Konsert bertemakan Celebration Of Music itu merupakan kesinambungan daripada persembahannya di Auditorium Bentley, Mutiara Damansara pada Januari lalu.

Tiket boleh didapati menerusi laman web www.mall.aizatamdan.com serta di kaunter tiket Stadium Perpaduan Kuching bermula pada 4 Julai dan Dewan KDCA, Penampang (18 Julai). Seramai 1000 pembeli tiket pertama akan ditempatkan di bahagian 'Rock Zone' yang terletak berdekatan dengan pentas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan