Adsense

Sabtu, 11 Ogos 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


HBO Asia Sambut Ulang Tahun Ke-20 Bersama Rumah Kanak-Kanak Precious

Posted: 11 Aug 2012 07:47 AM PDT

HBO ASIA SAMBUT ULANG TAHUN KE-20 BERSAMA RUMAH KANAK-KANAK PRECIOUS
Dengan penampilan eksklusif oleh Aznil Nawawi, Yusri Abdul Halim, Lisa Surihani, Hafiz Suip, Budiey, Hazama, Hafizzudin dan selebriti-selebriti lain.

Kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak Precious telah dihibur dengan aktiviti 'Smurf' sepanjang hari pada Sabtu, 11 Ogos 2012. Program pendampingan anjuran HBO Asia dengan sokongan Astro ini adalah sempena sambutan ulang tahun ke-20 HBO Asia dan sempena tayangan perdana filem THE SMURFS di HBO (Astro Saluran 411) / HBO HD (Astro saluran 431), pada hari Ahad, 19 Ogos 2012 pukul 8:00 malam.

HBO SMURFS BUDIEY

Kanak-kanak ini diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti yang penuh keterujaan semasa siri jelajah HBO THE SMURFS yang diadakan di pusat beli-belah 1 Utama. Pada masa yang sama, mereka juga bertemu "The Smurfs" (maskot) dan selebriti alih suara filem tersebut, serta menjadi antara yang pertama menonton filem THE SMURFS dalam Bahasa Malaysia pada penyiaran khas di pawagam GSC, 1 Utama. Hari tersebut berakhir dengan majlis makan malam Buka Puasa bersama bakat selebriti alih suara, disusuli sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM15,000 kepada Rumah Kanak-Kanak Precious dari HBO Asia dan persembahan lagu oleh bakat selebriti alih suara filem berkenaan.

HBO SMURFS BUDIEY

"Tahun ini merupakan ulang tahun ke-20 HBO Asia di rantau ini, usaha kami untuk menghasilkan THE SMURFS dalam Bahasa Malaysia dengan usahasama Astro adalah sebagai mengucap terima kasih kepada penonton Malaysia sepanjang sokongan berterusan mereka. Kami khususnya teruja pada hari ini, untuk bersama-sama kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak Precious sebagai antara penonton terawal untuk menikmati hasil kerjasama kami," kata Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran Bersama di HBO Asia, Jacelyn Kek.

HBO Asia dan Astro bekerjasama pada bulan Jun lalu untuk membawa bersama sekumpulan artis dan personaliti popular Malaysia yang telah meminjamkan suara mereka untuk watak-watak dalam filem THE SMURFS – Aznil Nawawi selaku Gargamel, Yusri Abdul Halim selaku Brainy Smurf, Lisa Surihani selaku Smurfette, Hafiz Suip sebagai Clumsy Smurf, Dato' AC Mizal dan isteri beliau, Datin Emelia Rosnaida selaku Patrick dan Grace Winslow dan Elfira Loy selaku Odile. Turut dipaparkan adalah suara Datuk Jalaluddin Hassan selaku perawi jalan cerita filem, wartawan Elrafaei Sapi dan penulis hiburan Zaidi Mohamad selaku Hefty Smurf dan Farmer Smurf, blogger hiburan terkenal, Budi daripada Budiey.com selaku Vanity Smurf dan Nazuwan Ahmad daripada BeautifulNara.com selaku Greedy Smurf, Hafizuddin Fadzil selaku Papa Smurf, Haniff, Ray dan Adi dari Radio ERA masing-masing selaku Henri, Grouchy Smurf dan Handy Smurf, Hazama Ahmad Azmi selaku Gutsy Smurf dan Shiro selaku Jokey Smurf.

HBO SMURFS BUDIEY

HBO SMURFS BUDIEY

HBO SMURFS BUDIEY

HBO SMURFS BUDIEY

HBO SMURFS BUDIEY

HBO SMURFS BUDIEY

Mengenai filem THE SMURFS
Ketika ahli sihir yang jahat, Gargamel menghalau Smurfs yang biru lagi kecil dari kampung mereka, mereka tiba-tiba terguling dan jatuh dari dunia ajaib mereka ke dunia kita. Malah terpelanting ke tengah-tengah kawasan Central Park (New York). Hanya setinggi tiga epal dan terperangkap di 'Big Apple', Smurfs perlu mencari jalan untuk kembali ke kampung halaman mereka sebelum Gargamel berjaya menjejaki mereka.

Dialih bahasa ke Bahasa Malaysia sebagai persembahan eksklusif Hari Raya Aidil Fitri, tayangan perdana THE SMURFS di HBO (Astro Saluran 411) / HBO HD (Astro Saluran 431) adalah pada hari Ahad, 19 Ogos 2012 jam 8 malam. Filem ini boleh didapati dengan sarikata bahasa tempatan serta dalam pilihan dwi bahasa – Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Tentang HBO Asia
Berpangkalan di Singapura, HBO Asia mampu menjadi peneraju dalam penyampaian filem-filem terbaik dari Hollywood di rantau Asia kerana memiliki perlesenan eksklusif dengan studio-studio utama Hollywood – Paramount Pictures, Sony Pictures, Universal Studios dan Warner Bros. Sebagai tambahan kepada penonton eksklusif HBO yang berpeluang menyaksikan program-program proprietari dan produksi HBO Original yang pernah memenangi anugerah, HBO Asia turut bekerjasama dengan sebilangan besar penerbit utama filem bebas bagi memperoleh hak tayangan eksklusif ke atas filem-filem yang bermutu tinggi. HBO Asia menawarkan lima saluran filem tanpa iklan untuk langganan – HBO, HBO SIGNATURE, HBO FAMILY, HBO HITS dan CINEMAX – serta perkhidmatan video atas permintaan, HBO ON DEMAND, HBO HD, saluran filem serantau yang pertama membawa siaran definisi tinggi di Asia, dan HBO HITS HD, yang menyampaikan blokbuster-blokbuster Hollywood hit 24-jam sehari dalam definisi tinggi 100%, di kawasan tertentu. HBO Asia adalah usahasama di antara HBO (sebuah syarikat Time Warner) dan Paramount. Untuk maklumat lanjut tentang HBO Asia dan salurannya, layari laman web www.hboasia.com.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Gambar Karl Shafek & Soo Wincci Di Bazar Terbaik Raya TV3

Posted: 10 Aug 2012 05:31 PM PDT

Bazar Terbaik Raya telah berlangsung dengan meriahnya di Perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama pada 9 & 10 Ogos lalu. Meriahnya sebab apa, sebab bukan hanya ramai sekali selebriti yang menjual barangan keperluan hari raya kat sini, malah diadakan juga Pelancaran Terbaik Raya TV3 yang menayangkan buat pertama kalinya senarai program TV3 yang Budiey rasa semuanya fresh dan wajib ditonton. Terutama sekali kepada peminat drama-drama bermutu TV3, pastinya ia tak pernaj mengecewakan.

Antara selebriti yang menjual barangan mereka ialah pengacara Hip TV dan peserta Masterchef Selebriti musim pertama iaitu Karl Shafek. Dengarnya, memang Karl tak menang tangan sepanjang 2 hari menjual barangan makanan seperti biskut raya Makan Hati (hahaha, unik betul nama biskut nih) dijual dengan harga RM30, Keropok #TeamKarlShafek dijual dengan harga RM6 dan Karl & Chips berharga RM15.

Budiey dah rasa kesemuanya dan rasanya… walaweih… memang sedap. Kalau tak caya, kena cuba beli, gerenti nak beli lagi. Kepada yang nak beli, korang boleh cari gerai #CelebrityCube di mana Karl ada menjual barang makanan ini di sebuah tapak di Jalan TAR dikongsi bersama dengan Fizo Omar dan Dean Daud.

Soo Wincci, rakan baik Karl dalam Masterchef Selebriti juga datang jenguk-jenguk. Ini gambar mereka.

Karl Shafek

Karl Shafek

Karl Shafek

Karl juga turut berkongsi tapak bersama penghias dalaman terkenal, Dean Daud yang menjual balang biskut raya rekaan beliau sendiri. Cantik & Elegan.

DeanDaud

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: