Adsense

Jumaat, 6 Mei 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Segala-galanya untuk Althea

Posted:

Segala-galanya untuk Althea

Segala-galanya untuk Althea

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR


BAIK Brian atau Nana, masing-masing mahu menumpukan perhatian kepada Althea sebelum memikirkan untuk menimang cahaya mata seterusnya.


SEJAK kelahiran cahaya mata sulungnya, Althea yang kini berusia enam bulan, penyampai radio XFM, Nana, 28, mengakui kehidupannya sudah banyak berubah.

Bukan hanya Nana, perkara itu turut diakui oleh suaminya, Mohamed Raqeem Brian Abdullah atau mesra disapa Brian, 36, yang menyifatkan kehidupan mereka suami isteri jauh berbeza jika dibandingkan sebelum Althea dilahirkan.

Bayangkan kata Nana, ada kalanya dia sendiri tidak mempunyai masa yang cukup untuk berbual dengan suaminya lantaran fokus mereka berdua kini semuanya tertumpu kepada Althea.

"Bukan bermakna saya tidak berkomunikasi dengan Brian tetapi sekarang ini, kami memang sukar untuk duduk bersembang seperti sebelum dan baru berkahwin dahulu.

"Malah, kami juga sudah jarang menghabiskan masa berdua seperti tengok wayang, menikmati makan malam romantis mahupun bercuti.

"Bukan itu sahaja, jika dulu, kalau hendak membeli-belah, semuanya adalah tentang kehendak diri kita sahaja. Tetapi, sekarang ini, anak yang didahulukan sehingga semuanya nampak cantik di mata saya untuk dibelikan buat Althea.

"Namun, saya dan Brian berasa puas kerana kami dapat membesarkan dan memerhatikan Althea di depan mata sendiri. Sehinggakan penat pun akan hilang serta-merta apabila dapat menatap wajahnya," kata Nana sambil melirik manja ke arah Brian yang sedang menyusukan Althea ketika itu.

Pasangan bahagia itu ditemui dalam satu sesi fotografi khas yang diadakan di rumah mereka di Puchong, Selangor, baru-baru ini.

Althea yang dilahirkan pada 21 November 2011 adalah hasil perkongsian hidup Nana dan Brian selepas diijabkabulkan pada 6 Jun 2009.

Lebih selesa membesarkan Althea dengan tangannya sendiri, Nana atau nama sebenarnya, Nurul Hana Che Mahazan hanya meminta bantuan ibunya, Rosnah Harun untuk menjaga Althea ketika dia bertugas sahaja.

Kata Nana, dia dan Brian berasa puas jika dapat membesarkan Althea sendiri di samping bantuan keluarga kerana dapat melihat perkembangan anak mereka sendiri.

"Walaupun penat dan ada kalanya tidak cukup tidur kerana menjaga Althea, tetapi saya puas kerana dapat merasai sendiri pengalaman menjadi seorang ibu.

"Sesungguhnya, kehidupan saya sudah jauh berubah sebanyak 80 peratus. Apa yang membuatkan saya bangga dan gembira apabila Brian juga telah menjalankan tugasnya sebagai seorang bapa dengan baik sekali.

"Jika Althea terjaga di tengah malam dan seandainya saya berasa penat, Brian sendiri akan menjenguk dan memerhatikan anak kami sehingga ada kalanya dia yang tertidur.

"Begitu juga dengan saya. Kadang-kala sewaktu hendak menidurkan Althea, saya sendiri yang akan tertidur sedangkan anak saya masih berjaga," cerita Nana yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama pada tahun 2003 ini lagi.

Walaupun Althea baru berusia enam bulan, Brian dan Nana sudah pun membuat perancangan rapi demi masa depan puteri kesayangan mereka itu.

Sementara itu, sewaktu diusik dengan pertanyaan bilangan anak yang mereka mahu miliki selepas kelahiran Althea, Brian dan Nana masing-masing berpandangan sambil ketawa.

"Masih terlalu awal untuk kami memperkatakan tentang soal ini. Seboleh-bolehnya, kami mahu membesarkan Althea terlebih dahulu sekurang-kurangnya sehingga dia berusia dua atau tiga tahun.

"Kami mahu mencurahkan kasih sayang yang secukupnya kepada Althea sebelum memikirkan tentang anak kedua.

"Jika ditanya kepada saya,cukuplah dengan hanya tiga cahaya mata," jelas Brian yang merupakan Pengurus Rangkaian Kandungan untuk XFM, Hitz FM dan Era FM di AMP Radio Networks.

Walau bagaimanapun, bermula semalam (6 Mei), Nana sudah pun meletakkan jawatannya sebagai penyampai radio XFM kerana mahu mengurus rumah tangga sepenuh masa. Pastinya celoteh Nana akan dirindui peminatnya!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mewah sebagai pelaris iklan

Posted:

Mewah sebagai pelaris iklan

Mewah sebagai pelaris iklan


BIG BANG muncul grup paling laris sebagai model iklan.


Mendapat tawaran membintangi filem komersial (CF) dianggap satu peningkatan prestij sebagai bintang berkelas yang bakal mempengaruhi bayaran kontrak drama dan filem mahupun penyertaan dalam program televisyen.

Semakin banyak tawaran iklan bermakna semakin tinggi status seseorang selebriti itu sebagai pelaris produk dan sudah tentulah semakin lumayan pendapatan yang diperolehi.

Laman web berita, Money Today baru-baru ini menyiarkan senarai selebriti yang mendapat bayaran tertinggi melalui kemunculan dalam iklan media elektronik atau CF.

Menariknya, bintang legenda yang setaraf Amy Search di Malaysia, Seo Taeji mendahului senarai dengan pendapatan lebih RM5.5 juta, diikuti grup anak muda Big Bang yang kini cukup popular dengan lagu Love Song daripada album terbaru mereka di tangga kedua dengan RM3.05 juta.

Penyanyi rap Big Bang, TOP pula secara individu menduduki tangga keempat dengan pendapatan iklan berjumlah RM2.5 juta iaitu kurang sedikit daripada bintang antarabangsa, Rain yang memperoleh RM2.7 juta.

2PM dan SS501 nampaknya bukan saingan Big Bang dari segi pendapatan iklan apabila hanya menduduki tangga ke-10 dan ke-17.

Dalam pada itu, heroin Jewel in The Palace, Lee Youngae menerajui takhta selebriti wanita paling mahal dibayar untuk iklan dengan RM3.3 juta.

Menyusulinya Presiden Korea wanita dalam Daemul-Big Thing, Ko Hyeon-jeong, artis jelita Kim Tae-hee dan bintang iklan Jeon Ji-hyun masing-masing di tangga kedua, ketiga dan keempat dengan pendapatan sekitar RM2.2 juta.

Wonder Girls, 2NE1 dan After School turut memperoleh RM2.2 juta pendapatan iklan meninggalkan Girls Generation yang hanya mengumpul RM1.9 juta - itupun terpaksa berkongsi dengan sembilan anggotanya berbanding artis comel Moon Geun Young yang mengaut sendiri jumlah sama.

Patutlah bakat-bakat baru tumbuh macam cendawan lepas hujan di republik itu. Bukan sahaja industri hiburannya berkembang pesat dengan pasaran melangkaui sempadan benua Asia, bahkan menjanjikan pulangan yang cukup lumayan!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.