Berita Harian: Hip |
Posted: 05 May 2011 05:52 PM PDT Hip Tiada apa yang berubah biarpun selepas bergelar Bintang Paling PopularLAKONAN Shaheizy Sam sudah teruji apabila bergelar Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 tahun lalu. Dia juga mempunyai aura tersendiri di layar perak apabila kebanyakan filem lakonannya berjaya meraih kutipan pecah panggung. Dari segi populariti, gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) sudah berada di genggamannya. Ini membuktikan sokongan peminat yang cukup kuat ke atas dirinya. Tapi paling penting, kasihnya pada ibu memang tidak pernah berbelah bahagi. Tidak jemu-jemu Shahiezy Sam atau mesra dengan panggilan Sam sahaja menyatakan kejayaan yang dikecapi adalah hasil doa dan sokongan ibunya, Khaty Fauziah serta anggota keluarganya yang lain.Tapi apa yang manisnya mengenai anak bujang ini adalah, dia mengikut rasmi padi. Semakin berisi semakin tunduk menyembah bumi. Tiada sekelumit perasaan sombong ataupun perasan bagus hanya kerana dikurniakan keistimewaan yang jarang diperoleh anak seni yang lain. Gelaran satu pengiktirafan SETIAP nada pertuturannya, di susun dengan penuh hati-hati. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. Apa saja pertanyaan yang diajukan sama ada karier atau peribadi, seboleh mungkin dia akan cuba menjawabnya tanpa perlu membuat sesiapa yang mendengarnya terasa sakit hati. Itulah sifat peribadi Shaheizy Sam yang digemari media dari dulu hingga kini. "Terus terang, tiada apa perubahan yang berlaku kepada saya. Saya masih seperti Sam yang dulu. Gelaran Bintang Paling Popular tidak akan mengubah apa-apa dalam diri saya. "Saya anggap gelaran itu adalah pemberian peminat yang mengiktiraf hasil kerja saya selama ini.Itu saja," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah ABPBH 2010 yang berlangsung di Holiday Villa Hotel & Suite Subang, Subang Jaya petang kelmarin. Sebagai Bintang Paling Popular ABPBH2010, Sam menerima kereta Nissan Teana 2.0L berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), mutiara putih daripada koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia Mandalay bernilai RM180,000 dan hadiah iringan lain. Hadiah disampaikan oleh Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul Baid Mior Shahid dan turut disaksikan oleh wakil penaja ABPBH2010. Sebuah jawapan yang cukup luhur dari seorang anak seni yang sudah melalui pelbagai pengalaman pahit manis sebelum namanya berada di puncak. Bagi Sam, tidak ada sebab untuk dia menaikkan nilainya sesuka hati hanya kerana memegang gelaran popular itu. "Setakat ini saya puas hati dengan bayaran yang mereka berikan di atas hasil kerja saya. Apapun, saya percaya dalam hidup ini kita memerlukan peningkatan. Sama ada sedar atau tidak, Sam adalah antara artis yang jarang sekali dilanda gosip panas. Kalau adapun hanyalah sekadar usikan nakal. Tentunya ramai peminat pelakon yang terkenal dengan watak Adnan sempit ini mahu mengetahuinya. "Saya bukanlah terlalu menjaga diri supaya tidak dikenakan gosip, cuma mungkin saya tidak mendekatkan diri ke arah yang boleh menyebabkan timbulnya gosip. "Mungkin nasihat mummy serta pengalaman saya melihat sendiri apa yang berlaku pada diri dan orang lain membuatkan saya terpelihara dari sebarang cerita yang bukan-bukan mengenai diri saya," katanya. Bakal mencecah angka 29 tahun September depan, Sam masih memegang status single ketika ini. Tidak pernah melihat dia memperkenalkan mana-mana wanita sebagai teman istimewanya. Tertanya-tanya juga sampai bila Sam mahu berahsia mengenai kisah peribadinya. "Buat masa ini saya memang tidak terfikir untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana gadis. Saya tidak mahu sebarang komitmen kerana tumpuan saya hanyalah pada karier lakonan. Tunggulah, mungkin ketika usia saya mencecah angka 32, barulah saya mahu memikirkan soal jodoh. Siapapun jodoh saya, saya tak kisah. Saya tak pernah memilih," katanya. Sam juga menyatakan dia menghormati tugas wartawan dan memahaminya walaupun mereka pernah membangkitkan pertanyaan mengenai hal peribadinya. "Itu memang kerja anda dan saya memahaminya. Kerana tulisan awak semua, saya di tempat sekarang. Kita saling memerlukan antara satu sama lain. Wartawan perlukan saya untuk mendapatkan bahan berita, saya perlukan wartawan untuk publisiti," katanya yang cukup bijak memberikan pandangan. Mahu terbit filem sendiri PERANCANGAN itu sudah lama ada dalam benaknya namun selepas mendapat persetujuan dari kakaknya, Zizie Ezette, nampaknya hasrat untuk menerbitkan filem sendiri bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. "Saya akan bekerjasama dengan kakak untuk menerbitkan filem. Diapun sudah memberikan lampu hijau untuk menguruskannya kerana saya cukup berpengalaman dan mempunyai ramai kawan dalam bidang ini. Saya sudah ada beberapa nama pengarah yang bakal mengarahkan filem sulung ini. Saya akan umumkan kalau semua sudah selesai," katanya. Sam memberikan genre komedi sebagai percubaan pertamanya untuk bergelar produser filem. "Sebenarnya saya memang tidak berapa gemar dengan genre komedi. Namun selepas filem Adnan Sempit barulah sedar lawak yang dibuat oleh karakter Adnan itu sesuai dengan jiwa saya dan seperti itulah yang akan saya perkenalkan iaitu selamba sahaja," kata Sam lagi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 05 May 2011 05:46 PM PDT Hip Faralyna bayangkan wanita disayanginya menjadi pengurus jika masih hidupPADA majlis meraikan Hari Ibu anjuran Rafflesia yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini, kelihatan Faralyna Idris, 20, hadir bersendirian, sedangkan rakan artis lain kelihatan manja di sisi ibu masing-masing. Bagi yang kurang mengenali artis baru ini, tentunya mereka tertanya sendiri, kenapa pula ibunya tiada di sisi pada malam terbabit? Sebenarnya, 24 April lalu, genap empat tahun ibunya, Jalaliah Ismail pulang ke rahmatullah. Pada usia 50 tahun, orang tuanya itu meninggal dunia akibat penyakit kanser rahim.Maka tidak hairanlah apabila matanya mula bergenang tatkala bercerita mengenai ibu pada malam itu. Perbualan bersama pelakon ini menjadi lebih sayu apabila lagu Janji Manismu dendangan asal Aishah yang juga lagu kegemaran arwah ibunya dinyanyikan semula penyanyi seberang, Terry, yang turut diundang ke acara yang diadakan di PNB Darby Park itu. Malahan, Habsah Desa, ibu kepada pelakon Hairul Azreen yang dilaporkan cukup rapat dengan Faralyna sempat menenangkan gadis itu saat air mata terus membasahi pipinya. Mengerti perasaannya, Faralyna bagaimanapun masih tegar untuk meneruskan perbualan. "Arwah mummy dan bapa (Md Idris Osman, 67) bercerai masa umur saya belum sampai setahun lagi. Saya dan abang (Mohd Farid Idris, 26) tinggal bersama bapa hingga usia saya mencecah empat tahun. Selepas itu, arwah mummy berkahwin untuk kali kedua dan mengambil kami tinggal bersamanya. Menurut pelakon yang sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Sutera Cinta dan Si Jundai itu, bapanya sehingga kini masih hidup sendirian. Malah Faralyna sendiri pernah menyuruh bapanya untuk mencari isteri baru selepas sekian lama menduda. "Hingga sekarang, saya sendiri tidak tahu punca perpisahan bapa dan arwah mummy. Kasih sayangnya kepada arwah mummy masih berbekas biarpun takdir sudah lama memisahkan mereka. Jadi tidak hairanlah bapa tidak berkahwin lain. "Sampai sekarang, bapa masih mengusahakan kedai makanan dipanggil Gerai Jalaliah di pusat membeli belah, The Mall (bersebelahan Hotel Legend), sekalipun pengunjung sudah tidak ramai bertandang ke situ. Perniagaan itu sebenarnya sudah lama diusahakan bapa dengan arwah mummy. "Bapa pun menyayangi adik tiri kami seperti anaknya sendiri. Malah adik tiri pun rapat sangat dengannya. Apa yang dibelikan untuk kami pasti akan dibelikan juga untuknya. Bapa tiri kami pun sudah jarang menghubungi dan berjumpa dengannya," katanya yang bakal menyambut ulang tahun ketiga pembabitan dalam seni, Jun ini. Bercerita lebih lanjut mengenai ketiadaan ibunya, Faralyna mengakui berdepan dengan kesukaran terutama pada peringkat awal. Bayangkan hampir 24 jam, arwah ibu senantiasa bersama dengannya. Sekalipun arwah ibunya sibuk bekerja, masa bersama anak tetap dimanfaatkan. "Arwah mummy memanggil saya dengan panggilan A'a. Dialah yang selalu menghantar dan mengambil saya dari sekolah. Pulang dari sekolah, saya juga sering menemaninya bertemu pelanggan. Tetapi selalunya kalau ada masa terluang, walau 30 minit sekali pun, kami akan membeli-belah bersama-sama. "Dia juga sangat rapat dengan kawan saya. Kawan boleh melepak dengannya biarpun tanpa saya. "Minuman kegemarannya pula ialah teh tarik. Saya selalu menemani ibu tak kira masa untuk dia menikmati minuman kesukaannya itu. Saya membayangkan jika arwah mummy masih hidup, dia mungkin sudah jadi pengurus saya," katanya yang berterima kasih kepada ibu Diana Danielle, Norsiah Ramly yang menjadi penggalak untuk menyertai arena lakonan. Rapat dengan Hairul Azreen DARI sudut lain, pelakon yang mula membintangi drama Kisah Kaisara musim kedua ini sebenarnya cukup rapat dengan pelakon Hairul Azreen. Mereka mula mengenali sejak tiga tahun lalu, ketika terbabit dalam penggambaran drama Bionik. Ketika itu, Hairul menjadi pelakon lagak ngeri untuk drama yang dilakonkannya. Tidak lama selepas itu, mereka disatukan dalam telefilem Siti Tivi. "Pada awal-awal dulu, ketika berada di set penggambaran Bionik, saya menyampah dengannya. Masa dia mengajar lagak ngeri, perangainya memang nampak sombong. Tapi apabila kami berlakon buat kali pertama bersama di dalam telefilem Siti Tivi, kami boleh jadi kawan baik. "Cara dia melayan saya saling tak tumpah seperti arwah mummy. Saya pun sampai terbawa-bawa perangai sewaktu hayat mummy masih ada. Dia paling sabar dengan saya. Pernah ketika saya teringin nak makan mi rebus di Ipoh, pantas dia mengajak saya ke sana. "Tak dinafikan setakat ini, dia memang jejaka yang cukup rapat dengan saya. Malah selepas mengenalinya, saya juga boleh jadi rapat dengan ibunya. Ada masa lapang, saya juga selalu menemani ibunya melakukan pelbagai aktiviti bersama," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |