Adsense

Jumaat, 6 Mei 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


TEATER: KAMPUNG SEMUT & TANDA KECIL

Posted: 06 May 2011 03:39 AM PDT

Rumah Anak Teater (RAT) dan Jarilima Productions dengan kerjasama rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mempertunjukkan dua pementasan teater kanak-kanak bertajuk KAMPUNG SEMUT & TANDA KECIL. Karya ini merupakan olahan dan diarahkan oleh pengarah muda berbakat, Taiyuddin Bakar dengan Nam Ron sebagai Penasihat.

Teater KAMPUNG SEMUT & TANDA KECIL ini akan dibintangi seramai lebih kurang 20 kanak-kanak berumur 4-16 tahun yang menghadiri bengkel teater kanak-kanak selama dua bulan di LINDA JASMINE STUDIO.

Antara tenaga produksi Teater ini ialah Nam Ron (penasihat), Norzazila Zulkifli & Faisal Mustaffa (penerbit), Taiyuddin Bakar (pengarah) dan Nawfal MZ (penolong pengarah). Pementasan teater ini bakal berlangsung pada hari Khamis, 2 Jun 2011 hingga Ahad 5 Jun 2011, jam 8.30 malam bertempat di Stor Teater DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Menurut produksi teater, Mesej KAMPUNG SEMUT & TANDA KECIL ini adalah Kita semua harus sedar dengan tanda-tanda kemusnahan alam yang berpunca dari kelalaian kita, tindakan segera harus di ambil untuk menyelamatkan alam dari kemusnahan.

Oleh yang demikian, timbul persoalan: Bagaimana sikap buruk manusia yang merosakan alam sekitar akan membawa kepada kemusnahan alam? Sejauh mana manusia bersedia untuk berhadapan dengan kemusnahan alam secara total? Apa langkah-langkah diambil oleh manusia terhadap tanda-tanda yang diisyaratkan oleh alam, sains dan agama?

Konsep persembahan teater ini pula berkonsepkan eksperimen bertemakan alam sekitar dan kemusnahan alam yang berdurasi 30 minit. Selain lakonan persembahan ini juga akan mengekspolitasikan cahaya, bunyi dan visual (multimedia) untuk memberi mood kepada persembahan.


SINOPSIS TANDA KECIL

Persembahan ini cuba untuk mendekati kelompok manusia yang menjalani kehidupan dari hari ke hari tanpa menyedari pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka adalah TANDA kepada kemusnahan alam. Malah ada tindakan yang dilakukan oleh mereka seperti sengaja mencipta TANDA tersebut.

Walaupun alam sudah memberi TANDA tentang keadaannya yang hampir musnah, manusia ini masih lagi tidak mempedulikannya. Mereka terus hidup dengan nafsu yang makin membesar untuk memenuhi tuntutan hidup. Akhirnya alam musnah dan manusia turut musnah bersamanya.


Klik untuk imej besar...



SINOPSIS KAMPUNG SEMUT

Mengisahkan kehidupan semut di perkampungan mereka. mereka hidup aman dan damai bersama rakan mereka yang lain iaitu kumbang, ulat bulu, rama-rama dan sesumpah. Setiap hujung minggu mereka akan adakan jamuan beramai-ramai bagi meraikan kelahiran baru.

Pada satu minggu mereka tidak dapat membuat jamuan mereka kerana telah dihalang oleh sekumpulan belalang yang jahat. Belalang telah menyekat sumber makanan da...n juga mencuri semua makanan mereka. Semut-semut dan kawan dalam kesedihan. Walau bagaimanapun, mereka ingin berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Setiap orang perlu memberi cadangan. Akhirnya cadangan seekor semut yang bernama Ahmad telah dipersetujui oleh semua serangga, Mereka ingin memerangkap kumpulan belalang dengan meminta tolong labah-labah.

Akhirnya mereka berjaya menangkap kumpulan belalang dan memberi nasihat kepada belalang. Mereka semua hidup bahagia dan dapat membuat upacara jamuan tersebut bagi menyambut kelahiran baru tersebut.

(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

POSING ARTIS BARU YANG MEMALUKAN..?

Posted: 05 May 2011 02:50 PM PDT

Masih baru dalam bidang seni tetapi sudah berani pose berahi..!

Demikianlah komen beberapa pihak mengenai pendatang baru dalam dunia lakonan, Nurul Ain Nordin yang didakwa sanggup berbuat begitu untuk membintangi filem Suatu Malam Kubur Berasap. Malah tujuan gambar seperti ini diambil juga amatlah kabur dan memalukan baik bagi empunya diri mahupun penerbit filem itu sendiri.

Oleh yang demikian, sudah sampai masanya masyarakat negara ini menolak aksi melampau seperti ini yang mengeksplotasikan anak-anak gadis bagi melariskan sesuatu produk. Bak kata pepatah: Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali.

Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya - Maksud hadis.


Klik untuk imej besar...




(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011