Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Ayish Tersingkir dari Mentor 5 Posted: 01 May 2011 08:15 PM PDT Budiey nak ucapkan tahniah buat Ratnah dan Shiha yang berjaya melangkah ke Peringkat Separuh Akhir. Untuk Ayish yang tersingkir, jangan putus asa ya. Teruskan usaha untuk mempertajamkan lagi vokal anda. SHAH ALAM: Protege Ayish atau nama sebenarnya Muhammad Faris Mohamed Razali, 21, tersingkir pada konsert Mentor musim kelima, yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam tadi. Ayish Mentor 5 Ayish yang dididik di bawah mentornya Noh Hujan itu terpaksa akur apabila dia gagal mengumpul markahnya sepanjang empat minggu konsert diadakan dan hanya mampu memperoleh markah keseluruhan sebanyak 208 sekaligus membuatkan dia gagal mara ke peringkat separuh akhir. Peserta dari Shah Alam itu menjadi peserta pertama dalam kumpulan A, tewas kepada protege Datuk Sharifah Aini, Nurshiha Mohd Zikir, 24, yang memperoleh markah keseluruhan sebanyak 252 dan protege Afdlin Shauki, Ratnah Awal, 26, pula mendapat markah sebanyak 215. Menurut Ayish, dia mengakui persembahannya pada minggu-minggu sebelum ini terlalu banyak kekurangan sehingga mengganggu pemarkahan yang diterima. "Saya telah cuba melakukan yang terbaik pada persembahan malam tadi dan akur dengan keputusan yang diterima. Bagaimanapun, perjalanan muzik saya tidak akan terhenti begitu sahaja, katanya yang membawakan lagu daripada Nidji, Laskar Pelangi dan Nakal daripada kumpulan Gigi. Dalam pada itu, Datuk Ramli MS, selaku juri tetap memuji Ayish yang mempunyai banyak peningkatan dalam persembahannya dan meminta Ayish mengambil kelas vokal jika ingin menjadi seorang penyanyi profesional. Sementara itu, Noh pula berkata, dia sentiasa menerima Ayish dengan tangan terbuka jika protegenya itu ingin meminta bantuan untuk meneruskan karier dalam bidang nyanyian. "Saya tak kisah kalau dia (Ayish) mahu mendapat bantuan kami, tapi terpulanglah pada dia. Cuma, saya bangga dengannya kerana walaupun disingkir, sekurang-kurangnya Ayish meninggalkan memori Mentor 5 dengan persembahan terakhirnya yang terbaik," tuturnya. Sistem pemarkahan terbahagi kepada tiga iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20 peratus lagi daripada juri awam. Pada malam itu, penyanyi rap Joe Flizzow bertindak sebagai juri undangan. via Mstar Online Tags: Ayish, bandaraya shah alam, bangga, datuk sharifah aini, juri, katanya, laskar pelangi, majlis bandaraya shah alam, majlis bandaraya shah alam mbsa, mampu, memori, Mentor 5, nakal, noh, noh hujan, persembahan, Ramli MS, sahaja, tadi, Tersingkir, tidak akan, undian, vokal, zikir Tags: Berita, TV3, Ayish, Mentor 5, noh hujan, TersingkirClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Gambar Zed Zaidi & Nelly Nathalia Nikah Posted: 01 May 2011 08:02 PM PDT PELAKON Zed Zaidi, 31, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal, 28, pada 29 April lalu. Majlis akad nikah telah diadakan di Restoran Felda Villa, di Kuala Lumpur dengan tetamu terdiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Kedua-dua pasangan kemudiannya akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 7 Mei di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan tema moden tradisional. Bercerita tentang detik perkenalannya dengan wanita tersebut yang juga ahli perniagaan, Zed memberitahu mereka bermula sebagai rakan Facebook sehinggalah kemudian bertukar menjadi rakan perniagaan sebelum hadirnya bibit-bibit cinta. Seronok betul tengok gambar perkahwinan Zed Zaidi dengan Nelly Nathalia, yang bujang pun terus tiba-tiba semangat nak kumpul duit nak kahwin sebab tergambar kegembiraan Zed Zaidi dalam majlis pernikahan beliau ni. Perwatakan Zed Zaidi yang ceria dan gila-gila mungkin membuatkan beliau mampu untuk cover perasaan nervous walaupun dalam saat hendak akad nikah. Lihat saja reaksi Zed Zaidi yang tergelak dan tersenyum dalam gambar pernikahan Zed Zaidi ini. Namun setelah selesai majlis akad nikah, reaksi spontan Zed Zaidi menggenggam tangan tanda gembira dan puas hati kerana telah selesai segalanya. Kami ucapkan selamat pengantin baru buat pasangan Zed Zaidi dan Nelly Nathalia yang berkahwin pada 29 April lalu, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Warna putih menjadi pilihan Zed Zaidi dan Natalia, nampak cantik sangat pakaian yang dipakai oleh mereka. Tahniah buat perekanya. Zed Zaidi dan Nelly Nathalia sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua. Perkenalan antara Zed Zaidi dan Nelly Nathalia di facebook akhirnya sampai ke jinjing pelamin. Anda dah jumpa jodoh di facebook? Layan gambar sekitar majlis pernikahan Zed Zaidi dan Nelly Nathalia. Tags: Ahli Perniagaan, bibit, bujang, detik, dewan perdana felda, dewan perdana felda kuala lumpur, facebook, Gambar Perkahwinan, gambar zed zaidi, gila gila, kahwin, kumpul, majlis akad nikah, majlis pernikahan, mustafa kamal, nathalia, pelamin, rakan, selamat pengantin baru, seronok Tags: Artis Berkahwin, Zed Zaidi, Gambar, kahwin, majlis, Nelly Nathalia, Nikah, resepsiClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |