Adsense

Isnin, 17 Januari 2011

Sensasi

Sensasi


Jiran mesra ,Andrew Garfield dengan pakaian Spiderman

Posted: 17 Jan 2011 04:04 AM PST






Untuk pertama kalinya gambar Andrew Garfield mengenakan pakaian watak utamanya Spiderman,untuk Movie Spiderman Reboot akan datang akhirnya di siarkan oleh Sony Pictures.

Sebelum ini watak the Friendly Neighbourhood iaitu Spiderman dimainkan oleh Toby Maguire.
Kali ini Andrew Garfield pula menjadi spiderman dalam Movie Spriderman akan datang.

Sebelum nie badan Andrew agak kurus,demi menjayakan wataknya Andrew telah dilatih dan bina badan untuk menampakkan six pack..tapi apasal sensasi tengok masih cekeding jugak badan Andrew masa pakai outfit spiderman nie?

Spiderman Reboot nie akan memaparkan kisah awal Peter Parker menjadi Spiderman,iaitu semasa zaman persekolahannya.

Cover URTV Siti Nurhaliza dan Mia Sara

Posted: 17 Jan 2011 12:50 AM PST

Jarang kita tengok gambar siti Nurhaliza dengan kanak-kanak kan..Untuk cover Majalah URTV Siti Nurhaliza digandingkan dengan Mia Sara,kanak-kanak comel yang menjadi terkenal dan memanggil Lisa Surihani sebagai mama..

Caman sesuai tak kalau Siti jadi mama baru Mia Sara..asyik-asyik tengok Lisa dengan Mia je borink pulak...ada yang kata siti dan Mia kat sini nampak seiras?tapi sensasi rasa takla seiras pun..huhu..

Dua dua comel. :)


















Keluarga Baru bahagia, Rabecca bersama Suami dan 3 orang anak.

Posted: 17 Jan 2011 12:35 AM PST

Pelakon Rabecca Nur Islam sebelum ini sering dilanda kontroversi kerana sangat seksi dan memberi kenyataan yang tidak sepatutnya tentang tudung dan pernah dikatakan ditaja VIP.

Sebelum nie Rabecca pernah dikatakan mempunyai sugar daddy yang sudah mempunyai isteri.Namun gossip itu kini dah berakhir apabila akhirnya Rabecca berkahwin dengan Azam,seorang peguam berstatus duda dan mempunyai 2 org anak.

Azam juga adalah pemilik bersama sebuah firma guaman dan menghadiahkan sebuah rumah kepada Rabecca sebagai hantaran perkahwinan.

Rabecca Nur Al-Islam, 25, mengakhiri zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan Nor Azam Sulaiman, 43, pada 14 Januari 2010 di kediaman mereka di Ukay Perdana, kira-kira pukul 9.40 malam.




Pasangan pengantin tiba pada pukul 9 malam bersama 13 dulang hantaran bagi pihak lelaki dan 15 dulang dibalas oleh pihak perempuan. Dia turut menerima mas kahwin RM333.33 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan mempelai itu akan berbulan madu di London dan Paris selama dua minggu pada 14 Februari depan.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Sabtu untuk rakan-rakan dan pihak media di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan Inggeris.

Sementara majlis resepsi untuk keluarga pula akan diadakan di Menara Kuala Lumpur pada Ahad.



Rabecca dengan Azam sudah 3 tahun bercinta sebelum berkahwin,bahkan anak-anak Azam dan anak angkat Rabecca iaitu adam pun sangat mesra..kalau tengok betul2 dah mcm adik beradik dah muka Adam dan anak-anak tiri Rabecca.

Rabecca kelihatan gembira dan bahagia dengan Azam dan anak-anak.Gambar-gambar bawah nie diambil sekitar bulan Mei ,July hingga hujung tahun 2010.










Fact about what Man Promise to Woman

Posted: 16 Jan 2011 11:50 PM PST


About a month into a relationship, a woman will look at you and go

"*Woman tone* Promise me something. Promise.... you'll NEVER lie to me"
*Man Tone* "I promise"

And thats the first time we lie to you -Russell Peters-