Adsense

Isnin, 17 Januari 2011

Celebrity News

Celebrity News


Saksikan Drama Terakhir Arwah Faizal Yusof di TV9 Esok 18/1/2011

Posted: 17 Jan 2011 06:53 AM PST

Sama-samalah kita menonton drama terakhir arwah Faizal Yusof sebelum kembali kepadanya, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. 



Telefilem bertajuk Jangan Hantar Aku Ke Neraka itu akan bersiaran menerusi slot Skrin Di 9 pada pukul 8.30 malam.
Selain Faizal, drama berkenaan turut diterajui Fadilah Mansor, Adeq Ku Yusry, Watie Sadalie, Wan Sharmila dan Wan Nor Azlin.


Kesemua pelakon itu turut merasai kehilangan Faizal kerana penggambaran berkenaan tamat beberapa hari sebelum kejadian itu.
Faizal meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam, Kuala Lumpur pada 1 Januari lalu akibat serangan jantung.


Info : Mstar



Zoom : Mesti keluarga beliau akan terasa kehilangan apabila menonton drama beliau :(, semoga arwah berada dikalangan orang-orang yang beriman - Al-Fatihah

Cerita Lawak : Kisah Lanun Kena Interview Jawatan Kosong

Posted: 16 Jan 2011 10:18 PM PST


Seorang lelaki yang kudung kakinya, tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.

Penemuduga : Bagaimana kaki kamu menjadi kudung..??

Lelaki : Cedera ketika perang dunia kedua.
Penemuduga : Mengapa tangan kamu bercangkuk..??
Lelaki : Terpotong dengan pisau besar.
Penemuduga : Mata kamu pula..??
Lelaki : Satu hari ketika hujan saya mendongak ke langit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya.
Penemuduga : Adakah kerana itu mata kamu rosak dan tinggal sebelah..??


Lelaki : Bukan sebab itu, mata saya terkeluar ketika saya menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu.

Cerita Lawak : Kisah Cikgu Sejarah Dan Muridnya

Posted: 16 Jan 2011 10:15 PM PST

Masuk jer kelas 3C nih, mesti aku menung panjang. Bukan ape diorang nih bukan minat sgt hal-hal sejarah tue. Paling aku bengang sekali nih ngan budak nama abu. Time aku ngajar je, asyik nak menguap jer. alik-alik sampai tertdo, Isshhh..

Bosan sgt ker sejarah nih. "Murid-murid, ari nih kita belajar kesultanan melayu melaka yer. semua kuarkan buku teks sejarah halaman 100.2". " Baiiikkkkk cikgu." masing-masing jawab pn xikhlas jer. huhu.. sedey tul aku. Xper.. xper.. sket lagi kena la korunk. So, aku pn mulakan la pelajaran hari ni. 

Seperti dijangka, si abu dah bnyak kali menguap. Then aku masuk bab hulubalang melaka " Kalau kamu semua pandai, melaka ade berapa hulu balang yang terkenal " baik punya soalan aku kasik. 

Tiba-tiba abu dgn cerdasnya menjawab " Ek eleh cikgu nih, soalan punya senang camnih budak darjah 1 pn tahu, ade 5 la cikgu.. hahaha. mudah sungguh". Ceh, berlagak ko abu. " tue la kamu, yang dalam buku tue mmg hanya nyatakan 5 sahaja, yang sebenarnya ada 7 org" aku balas. Abu xpuas hati "Ish, cikgu biar betul.. 

Hang tuah, Hang jebat, Hang lekir, Hang lekui dan Hang kasturi. sape lagi 2 cikgu?". " Hang tanya, Hang Bodo" haaa.. tue la lagi dua. hehehe..

ZoOm : hahahaha jahat giler jawapan :) 

Gambar Kekasih Heliza AF5 ?

Posted: 17 Jan 2011 03:19 AM PST

Menurut info yang Zoom dapat jejaka bernama Ahmad Syafiq ini ( Facebook ) adalah kekasih dan jantung hati Heliza AF. Dan juga jejaka ini dikatakan telah berjaya menambat hati Heliza yang comel ketika Matrikulas lagi sehinggalah sekarang.

Dan Gossip Heliza oleh Datuk sebelum ini sudah pasti hanya omongan kosong sahaja jika betullah jejaka ini kekasih beliau.

Daripada petikan utusan :



Heliza juga berkata, sehingga hari ini, pintu hatinya belum terbuka mahu bercinta, malah belum ada lelaki yang benar-benar boleh menakluk hatinya. Mungkin ada yang tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya.

"Percaya atau tidak terserahlah, tetapi empunya diri yang bernama Heliza ini sukar nak jatuh cinta. Bukan tiada yang cuba mendekati, tetapi hati saya belum terbuka nak menerima sesiapa. Mungkin kesibukan dengan jadual pelajaran, di samping jika bercuti, ada saja aktiviti nyannyian yang diaturkan membuatkan saya tiada masa nak fikir soal peribadi.

"Saya gembira hidup seperti ini, belum masanya saya bercinta lagi. Saya nak berjaya dalam pelajaran dan kerjaya terlebih dulu. Tanggungjawab terhadap keluarga lebih penting daripada segala-galanya. Saya mahu membahagiakan keluarga dan memberi limpahan kemewahan hidup pada mereka. Jadi soal lain biarlah ditolak ketepi dulu.




ZoOm : Entahlah mana yang betul info/fakta/gossip..tapi yang sebenarnya hanya empunya diri yang tahu..


Apa kata anda ?