Nuffnang

Sensasi

sumber :-

Sensasi


Kim Kardashian minat dengan pemain bola keranjang Jeremy Lin,23 tahun

Posted: 29 Feb 2012 09:58 AM PST

Selepas bercerai dengan bekas suaminya Kris Humpries,Kim Kardashian dikatakan kini sedang memasang mata untuk mendekati pemain bola keranjang Knicks, Point guard iaitu Jeremy Lin.

Menurut Sumber: Kim Merasakan yang Jeremy seorang yang 'cute' dan Kim adalah kwn baik kepada isteri teman sepasukan Jeremy, Carmelo Anthony.Mereka akan keluar double date.

Jeremy Lin berusia 23 tahun,bekas pelajar Harvard, dengan ketinggian 191cm, pernah membuat kenyataan bahawa peminat tidak sepatutnya sinis terhadap bekas suami Kim Kardashian iaitu Kris Humpries ,setiap kali Kris memegang bola,peminat pasti akan membuat bunyi "boo"..

Kris yang mendengar kenyataan Jeremy memuji Jeremy seorang lelaki yang baik..hehe tapi dia tak tahu bekas bininya skrg tengah meminati Jeremy...


Kisah seorang bakal paderi Di Malaysia memeluk agama Islam

Posted: 29 Feb 2012 10:13 PM PST


Loo Jo Yee (sebelah kanan). Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber 'binti' kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak 'encourage' beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Liyana Jasmay bakal bertunang bulan depan

Posted: 29 Feb 2012 12:35 AM PST



Bijak juga penyanyi dan pelakon tempatan terkenal, Liyana Jasmay menyembunyikan kisah percintaannya.

Selepas pernah digosipkan dengan penyanyi Aizat Amdan serta pelakon dan pengarah muda Syamsul Yusof, Liyana atau mesra dengan panggilan Nana akhirnya menamatkan spekulasi pelbagai pihak apabila mengaku bakal mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan pada Mac ini.

Dipetik daripada Berita Harian, aktres filem "Papadom" memberitahu sudah menerima cincin merisik selepas bakal tunangnya yang berusia 28 tahun itu menghantar rombongan keluarga minggu lalu.

"Jika tiada aral melintang, kami akan bertunang pada bulan hadapan. Namun tarikhnya terpaksa dirahsiakan. InsyaAllah tahun depan kami akan berkahwin," ujar Liyana.

Mengulas lebih lanjut tentang ciri-ciri jejaka yang berjaya menawan hatinya, aktres berusia 23 tahun ini tidak menyangka bahawa jodohnya tinggal berdekatan dengannya.

"Dia adalah jiran saya. Kami sudah lama kenal tetapi tidak begitu rapat. Dia seorang yang baik dan memahami saya.

"Apa yang membuatkan saya suka kepadanya adalah kerana cara didikan kami sama seperti saya dididik oleh kedua ibu bapa saya.

"Walaupun dia bukanlah orang seni, dia tetap menyokong kerjaya saya dan begitu juga sebaliknya," jelas Liyana lagi.

Cuteness: what is it about Kitties and boxes?

Posted: 29 Feb 2012 12:34 AM PST

meow meow..kucing dan kotak memang susah untuk dipisahkan...suke betul derang melepak dalam kotak..hahaha...
so cute..

Jokes: British English vs. Malaysian English

Posted: 29 Feb 2012 12:09 AM PST

Who says our English is teruk? Just read below – Ours is simple, short, concise, straight-to-the-point, effective etc.

WHEN GIVING A CUSTOMER BAD NEWS

Britons: I'm sorry, sir, but we don't seem to have the sweater you want in your size, but if you give me a moment, I can call the other outlets for you.

Malaysians: No stock


RETURNING A CALL
Britons: Hello, this is John Smith. Did anyone call for me a few moments ago?

Malaysians: Hello, who call?

ASKING SOMEONE TO MAKE WAY
Britons: Excuse me, I would like to get by. Would you please make way?

Malaysians: S-kew me.


WHEN SOMEONE OFFERS TO PAY

Britons: Hey! Put your wallet away, this drink is on me.

Malaysians: No need lah.


WHEN ASKING FOR PERMISSION
Britons: Excuse me, but do you think it would be possible for me to enter through this door?

Malaysians: (pointing at the door) Can ah?


WHEN ENTERTAINING
Britons: Please make yourself right at home.

Malaysians: No need shy shy one lah!


WHEN DOUBTING SOMEONE

Britons: I don't recall you giving me the money.

Malaysians: Where got?

WHEN DECLINING AN OFFER
Britons: I would prefer not to do that, if you don't mind.

Malaysians: Don't want lah.

IN DISAGREEING ON A TOPIC OF DISCUSSION
Britons: Err…Tom, I have to stop you there. I understand where you're coming from, but I really have to disagree with what you said about the issue.

Malaysians: You mad ah?

WHEN ASKING SOMEONE TO LOWER THEIR VOICE.
Britons: Excuse me, but could you please lower your voice? I'm trying to concentrate over here.

Malaysians: Shut up lah!

WHEN ASKING SOMEONE IF HE/SHE KNOWS YOU.
Britons: Excuse me, but I noticed you staring at me for sometime. Do I know you?

Malaysians: See what, see what?

WHEN ASSESSING A TIGHT SITUATION.
Britons: We seem to be in a bit of a predicament at the moment..

Malaysians: Die lah!!

WHEN TRYING TO FIND OUT WHAT HAD HAPPENED
Britons: Will someone tell me what has just happened?

Malaysians: What happened ah? Why like that one lah?

WHEN SOMEONE DID SOMETHING WRONG
Britons: This isn't the way to do it. Here, let me show you.

Malaysians: Like that also don't know how to do!

WHEN ONE IS ANGRY
Britons: Would you mind not disturbing me?

Malaysians: Celaka you!

Laporan polis dibuat ibu kanak-kanak yang ditampal dan diikat di pusat asuhan kanak-kanak Taman Kota Masai Johor

Posted: 29 Feb 2012 12:04 AM PST

KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.


Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.

Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

"Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.


"Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya," katanya.

Video: Taska yang mengikat dan menampal plaster pada mulut kanak-kanak jagaan

Posted: 28 Feb 2012 11:54 PM PST

Heee, sakit hati Sensasi melihat taska bodoh ini menjalankan perniagaan sehingga menganiayai anak orang...

Ibu bapa membayar dan memberi amanat mereka kepada pengasuh taska untuk menjaga mereka ketika mereka keluar mencari nafkah..

Tapi mereka mengambil duit dan jalan mudah menjaga bayi dan kanak2 yang masih kecil dan badan masih lembut dan fragile dengan mengikat dan membalut seperti pocong dan ada yang ditampal pita pelekat..memang kurang hajar..

Bayangkan kalau bayi tue mengalami hidung tersumbat dan pengasuh tak tahu,main tampal je..lemas budak tue..lepas tue bila meninggal mula la nak mengaku tak bersalah..

Badn budak diikat sebegitu rupa,mau nye kebas atau sakit ,lemas,krem,tp kalau menangis dilekat pita pelekat pula..

Sensasi harap cepat-cepat la bungkus taska nie..sepandai tupai melompat akhirnya jatuh juga kan..kerja tak ikhlas takkan kemana.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen