Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Amukan Pocong Dahagakan Darah 13 Gadis Sunti!

Posted: 29 Feb 2012 11:07 PM PST

Selepas drama "Santau Merasuk" menutup tirai, nantikan kemunculan drama bersiri terbaru slot SERAM, "AMUKAN POCONG" terbitan Padi Pictures Sdn Bhd yang akan mula bersiaran pada 15 Mac 2012, setiap hari Khamis jam 9.30malam, di TV3. Drama mengisahkan Long Husin, seorang kaki judi dan 2 orang rakannya yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenangi pertaruhan terbesar termasuklah menjalankan upacara ilmu hitam selepas berjumpa dengan bomoh Siam.

Walaupun berjaya mendapat habuan besar pertaruhan, namun tindakan mereka juga telah membangkitkan pocong yang kini berkeliaran ganas dan menuntut darah 13 gadis sunti seperti yang telah dijanjikan sebelum ini. Lebih tragis, tidak lama kemudian Long Husin sendiri terbunuh dan ilmu hitam yang telah memakan diri menyebabkan jasad dan rohnya tidak aman sehinggakan terpaksa menanggung akibat menjadi pocong yang digeruni semua penduduk kampung.

Mala bermula kisah ngeri Long Husin yang kini harus mencari dan membunuh 13 gadis sunti untuk melunaskan janji yang pernah dibuat dengan syaitan akibat dorongan perasaan tamak haloba. Siapakah yang bakal menjadi mangsa amukan si pocong dan siapa pula yang berjaya menumpaskan kuasa ilmu hitam ini?

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, "Sebenarnya ramai kalangan masyarakat bukan sahaja Cina dan India, malahan kaum Melayu sendiri sudah didedahkan dengan aktiviti berunsur judi seperti permainan tikam-tikam, seterusnya permainan komputer dan video dari zaman kanak-kanak sehinggakan apabila mencecah remaja mereka sudah biasa dengan perkara itu. Apa yang dikesalkan, orang kita tidak berfikir panjang tentang dosa dan akibat buruk yang timbul, tetapi lebih mementingkan wang ringgit sehingga sanggup mengadaikan maruah orang lain dan keluarga sendiri."

"AMUKAN POCONG" menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Azhan Rani, Ezany, Iqram Dinzly, Elly Mazlin, Nabila Huda, Neelofa, Namron, Sharifah Sakinah, Izara Aisyah, Siti Elizad, Faralyna Idris dan ramai lagi.

Trailer Terbaru “The Avengers” Sangat Awesome!

Posted: 29 Feb 2012 10:23 PM PST

Kalau anda peminat Iron Man, The Hulk, Captain America, Thor, Hawkeye dan Black Widow ataupun mana-mana superhero dari Marvel Comic, maka The Avengers adalah filem yang dinanti-nantikan.

Filem ini akan dibarisi oleh pelakon-pelakon yang hebat dan terkenal iaitu Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Tom Hiddleston, Stellan SkarsgÄrd , dan juga Samuel L. Jackson. Filem ini akan ke pawagam pada 5 Mei di luar negara tapi masih tidak dapat dipastikan bila ianya akan ditayangkan di Malaysia.

Kesemua mereka akan digabungkan dalam satu filem dan mereka bakal beraksi bersama dan memberikan kepuasan yang mendalam untuk ditonton. OHBULAN! pun tak mahu bercerita panjang, mari tonton trailer terbaru "The Avengers" selepas ini!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan