Nuffnang

Sensasi

sumber :-

Sensasi


Anne Ngasri sudah ada kekasih hati dan mahu berkahwin lagi

Posted: 26 Jan 2012 10:13 PM PST

Anne Ngasri nie kalau anda lahir sezaman dengan Sensasi iaitu era 80-an mesti korang ingat siri Cili Padi. Masa tue dia kecik lagi .

Pejam celik pelakon cilik ini dulu dahpun bergelar ibu kepada 3 orang anak dan berpisah dengan bekas suami ketika sedang mengandungkan anak ke-tiga.

Kini anne mengakui sedang rapat dengan seseorang dan tidak menolak untuk berkahwin semula jika ada jodoh.



Mengapa badan semakin mengecil, berdiet atau ada masalah?

Anne: Ya, saya sedang berdiet, bukan makan hati ya. Sebelum ini berat saya bertambah dengan banyak selepas melahirkan anak ketiga, jadi saya tekad untuk kuruskan badan.

Anne bergelar janda pada usia 26 tahun, sudah tiga tahun hidup bersendirian, bila mahu menamatkan zaman janda?

Tipulah kalau saya cakap saya tidak berkawan dengan sesiapa, memang ada tetapi masih dalam peringkat berkawan. Andai, jodoh datang dalam masa terdekat saya terima dengan hati yang terbuka. Saya tidak serik dengan perkahwinan tetapi setakat ini belum ada perancangan ke arah itu (perkahwinan).

Ada sebarang syarat untuk lelaki yang ingin menyunting Anne sebagai isteri?

Saya bukanlah orang cerewet tetapi lelaki itu haruslah seorang bertanggungjawab dan bersedia menerima diri saya seadanya kerana saya datang dengan pakej tiga orang anak. Saya tidak mahu minta lebih-lebih atau berkata saya tidak mahu lelaki seperti itu dan ini kerana selalunya yang tidak mahu itu yang akan kita dapat. Jadi, saya tidak kisah dan tidak meletakkan sebarang sasaran usia untuk menamatkan zaman janda.

Bagaimana dengan kehidupan Anne kini dan hubungan dengan bekas suami?

Alhamdulillah, saya bahagia dengan anak-anak. Walaupun kami sudah bercerai tetapi hubungan kami masih baik kerana anak. Saya yang menghantar anak saya Abdul Warits, 6, dan Abdul Wafri, 4, ke tadika setiap pagi, dan ayah mereka Wafi yang akan mengambil mereka pulang dari tadika setiap hari. Jika saya ada penggambaran drama, saya ada pembantu rumah yang akan menjaga anak, ibu saya dan bekas ibu mertua juga turut membantu untuk menjaga anak bongsu saya, Naszhara Afroza yang kini berusia dua tahun.

Gambar Kad Kahwin Lisa Surihani dan Yusry KRU

Posted: 26 Jan 2012 10:06 PM PST


Lagi sebulan kita bakal menyaksikan perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU.
Kad Kahwin juga sudah siap dicetak.

Simple dan tidak begitu "grand" seperti kebanyakkan selebriti lain,mungkin kerana Yusry pernah berkahwin dengan grand bersama Erra Fazira dulu jadi Yusry dah belajar dari pengalaman yang ke"grand"an sesebuah perkahwinan bukanlah jaminan kebahagiaan rumahtangga.

Lagipun kesederhaan itu adalah tuntutan agama.Sensasi rasa bagus sebenarnya mereka menjadi contoh kepada org zaman skrg yang berlumba nak kahwin grand-grand sangat sampai berbelanja berlebihan dan melakukan banyak pembaziran.

Apa yang penting ,lepas kahwin masing-masing berusaha untuk menjadi isteri solehah dan suami berusaha untuk menjaga isteri dan menjadi suami Mithali..

Yusry dan Lisa merupakan pasangan yang kelihatan 'matang' dari gaya percakapan mereka.hehe..

Tak sabar nak tunggu 26 February untuk tengok Lisa dengan baju pengantin.

Shah Jaszle pujuk Miera Liyana Di twitter ,kerana kantoi curang??

Posted: 26 Jan 2012 09:52 PM PST

Sekali lagi nama Shahz Jaszle terpalit kontroversi yang meilbatkan orang ketiga dalam hubungan cintanya.

Kebelakangan nie kedengaran cerita yang Shah Jaszle telah curang di belakang Miera Liyana dengan seorang pelajar perubatan.

Gossip ini seperti disahihkan apabila Miera Liyana meng-tweet dan retweet quote yang sedih-sedih dan tentang kecurangan lelaki.

Manakala Shah Jaszle pula seolah-olah memujuk Miera Liyana di twitter namun tiada balasan diterima.Dengar cerita shah Jaszle cuba menghubingi Miera tetapi tak dijawab,sms pun tak dibalas.

Susah makan hati dengan lelaki yang bermulut manis bagai menanam tebu ditepi bibir dengan semua wanita.huhu..Pandai-pandailah memujuk si dia..

Nasihat Sensasi untuk lelaki diluar sana,jangan nak jadi kasanova sgt ..aha

Miera juga meng re-tweet tentang lelaki akan berubah jadi baik dan romantis sebab nak memujuk bila dah kantoi menipu..

Shah Jaszle cuba memujuk Miera Liyana

Zed Zaidi sedih tak dapat anak kembar,bakal bergelar bapa

Posted: 26 Jan 2012 09:44 PM PST



Pada Mulanya Zed Zaidi telah mengtweet bahawa dia teruja untuk membuat pemeriksaan doktor keatas isterinya yang dijangka hamil anak kembar.namun selepas pemeriksaan didapati seorang anak sahaja anak dalam rahim isterinya.

Tak lama lagi tambah lagi seorang ahli keluarga Zed Zaidi.Jangan bersedih ye,Seorang anak pun dah cukup best dah.Anak sulung lah katakan..Semoga kandungan bayi sihat sentiasa.

Liam Neeson ingin memeluk agama Islam

Posted: 26 Jan 2012 09:00 PM PST


Liam Neeson merupakan pelakon terkenal Hollywood yang sering dicalonkan dalam anugerah Oscar,Bafta dan Golden Globe Awards.

Liam Neeson juga merupakan bintang filem Star Wars memegang watai Qui-Gonn Jin,berlakon dalam filem Batman begin dan Batman Dark Knight Rises ,menjadi suara Latar sebagai Aslan dalam Filem Narnia dan banyak lagi watak utama yang dipegangnya.


Liam Neeson sedang mempertimbangkan dan berfikir masak-masak untuk meninggalkan kepercayaannya terhadap Katolik dan memeluk Islam selepas menjalani penggambaran di bandar Istanbul.

Dipetik daripada The Sun, Liam mengakui azan apabila tiba waktu solat telah berjaya menarik perhatiannya sepanjang berada di sana.

"Azan untuk bersembahyang dilakukan sebanyak lima kali sehari dan pada minggu pertama, ia membuatkan saya tidak tahan. Walaubagaimanapun selepas itu ia mula menarik perhatian jiwa dan diri saya. Ia adalah satu perkara yang sangat indah.

"Di sana mempunyai lebih kurang 4,000 masjid. Kebanyakannya sangat cantik dan ia membuatkan saya ingin menjadi seorang beragama Islam."

Liam yang dibesarkan di Ireland Utara sebagai seorang penganut Katolik telah dinamakan sempena nama seorang paderi tempatan di sana.

Walaupun dibesarkan dengan kepercayaan Katolik, Liam yang pernah kehilangan isteri tercinta, Natasha Richardson akibat kemalangan ski pada 2009 telah mempersoalkan kehidupannya di bumi ini.



"Untuk apa kita hidup di dunia ini tanpa sebarang arah tujuan? Kini saya seringkali membaca buku tentang Tuhan supaya lebih memahaminya."

Aktor berusia 59 tahun ini pernah dikritik pada tahun 2010 selepas mendakwa bahawa watak singa Aslan dalam filem francais terkenal "The Chronicle Of Narnia" yang menggunakan suaranya itu bukanlah berdasarkan Kristian seperti yang didakwa oleh penulis novel C.S Lewis, sebaliknya ia adalah pemimpin rohani termasuklah Nabi Muhammad.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen